Social Icons

-

Thursday, August 30, 2012

Bantuan Pengajian Orang Kurang Upaya


Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan 2 jenis bantuan kewangan pengajian bagi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu di peringkat IPT dan Politeknik:
1.  Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT
2.  Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas Politeknik


Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT

OBJEKTIF    
Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan /                     berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan.

GOLONGAN SASARAN   
Pelajar OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU

PERINGKAT PENGAJIAN
PhD
Sarjana
Ijazah Pertama
Diploma Lepasan Ijazah
Diploma
Sijil (di politeknik dan kolej komuniti sahaja)

TEMPAT PENGAJIAN       
20 IPTA
IPTS yang diiktiraf oleh Kerajan
Politeknik
Kolej Komuniti

SYARAT - SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh   pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar                                  keistimewaannnya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima           biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaannnya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja;
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.


PERMOHONAN / PERTANYAAN
Permohonan bantuan wang saku dan yuran bagi pelajar OKU IPT boleh dibuat terus kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing. Dokumen permohonan boleh dikemukakan ke alamat seperti di para 7.2 atau menerusi email di alamatbkoku@mohe.gov.my. Penghantaran menerusi email bagi dokumen melibatkan tandatangan hendaklah diimbas “scan” terlebih dahulu.
Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.

•Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) (bagi tuntutan kali pertama sahaja);
f. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
h. ** Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja (bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat);
j. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).
** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat).
•           Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
•           Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar separuh masa memadai item ( h ) – ( j ) sahaja.
•           Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.

•           Bayaran bantuan wang saku akan dimasukkan terus ke akaun pelajar. Manakala bayaran bantuan yuran pengajian akan dimasukkan terus ke akaun institusi pengajian / akaun pelajar.
•           Proses ini bermula mulai 1 April 2010. Pelajar yang sedang menjalani semester sebelum tarikh ini tidak layak menuntut elemen yuran pengajian. Walau bagaimanapun, semua tuntutan adalah tertakluk kepada had peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Kerajaan.

Pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di setiap IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti yang mempunyai syarat-syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama                       03 – 8870 6000(samb.)
Faks   :           03 – 8870 6839




Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas Politeknik

OBJEKTIF    
Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja.
Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan. Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

GOLONGAN SASARAN   
  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU.
  • Pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa


PERINGKAT PENGAJIAN
  • Sijil
  • Diploma


TEMPAT PENGAJIAN       
  • Kolej Komuniti
  • Politeknik


SYARAT-SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
  • Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa di Politeknik atau Kolej Komuniti sahaja;
  • Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan;
  • Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi;


SYARAT-SYARAT KHAS
Syarat-syarat kelayakan bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:-
  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU;
  • Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.


SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
  • Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu di politeknik dan kolej komuniti terpilih sahaja.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi(tertiary) iaitu peringkat sijil dan diploma sahaja.
  • Pelajar PPK yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.


PERMOHONAN / PERTANYAAN
  • Senarai tuntutan bantuan kewangan pelajar PPK beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing
  • Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pegawai hal ehwal pelajar masing-masing yang disenaraikan dalam satu Borang Tuntutan Bantuan Kewangan PPK beserta dokumen sokongan setiap pemohon seperti berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar
  4. Salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) sahaja
  5. Salinan surat tawaran pengajian
  6. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM (untuk tuntutan kali pertama)
  7. Borang tuntutan bayaran pelajar PPK (menggunakan format yang disediakan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi)
  8. Slip pendaftaran setiap semester (jika ada);
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada).

* Nota:
Item (a) – (f) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja. Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar PPK memadai dengan item (g) – (i) sahaja.
Pelajar Program Pendidikan Khas (PPK) di setiap politeknik dan kolej komuniti yang memenuhi syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama                       03 – 8870 6000(samb.)
Faks   :           03 – 8870 6839



No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara