Social Icons

-

Wednesday, August 8, 2012

Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor


Sejarah
Selepas perang dunia kedua (1946), sebuah pertubuhan sukarela bernama Tabung Penjagaan Kanak-Kanak (Children Care Fund) yang beribu pejabat di Great Britain tiba di negara ini untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak terbiar, anak yatim dan anak miskin.

Pada 25 September 1946, pertubuhan ini telah mengambilalih bangunan lama Hospital Daerah Serendah dan menamakan Sekolah Budak Laki-Laki Serendah. Penghuni pertama seramai 32 orang kanak-kanak. Pentadbiran sekolah dipimpin olehPuan H.B. Bibby. Pada tahun 1947, Mr. Alan Adam telah dilantik menjadi Penguasa. Beliau telah mempergiatkan aktiviti di sekolah ini dengan memperkenalkan program akademik, latihan pertanian dan ternakan, tukang kayu dan motor mekanik.

Akta Rumah Kanak-Kanak Serendah 1950 diwujudkan dan institusi ini diwartakan sebagai tempat penjagaan dan perlindungan. Nama sekolah ini ditukar kepada Rumah Budak Laki-Laki Serendah dan Jemaah Lembaga Pengurus dilantik untuk membantu Penguasa.

Pada tahun 1950, Pertubuhan Tabung Penjagaan Kanak-Kanak Great Britain menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan ketika itu dan kemudiannya melatik sebuah badan keagamaan iaitu Brotherhood of St. Gaberial untuk mentadbir mulai 16 Januari 1957.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kerajaan dengan rasminya pada 1 Oktober 1959 meletakkan pentadbiran institusi ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Encik Abdullah Malim Baginda telah dilantik sebagai Penguasanya.

Pada 1 September 1982, institusi ini ditukar nama baru iaitu Rumah Budak Laki-Laki Tan Sri Abdul Hamid Khan, Serendah. Pada 23 Oktober 1996, Yg Berhormat Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah menukar nama institusi ini kepada Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKK Serendah). Ini kerana institusi ini adalah satu tempat selamat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) dan aktiviti yang dijalankan di insitutsi ini telah berubah mengikut arus kemajuan.

Program Bengkel Automasi Industri PPKK Serendah yang diperkenalkan telah mendapat pertaulihan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Malaysia pada 1 Oktober 1999 untuk Kursus Pembantu Industri Pembuatan Tahap 1 dan 2 (kod Pusat K10004).


Lokasi
PPKK Serendah terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu di dalam daerah Hulu Selangor. Jarak dari Kuala Lumpur ke PPKK Serendah ialah sejauh 34 kilometer dengan mengikut Jalan Persekutuan Ipoh - Kuala Lumpur atau Lebuhraya Utara Selatan mengikut susur keluar Bandar Rawang / Bukit Beruntung).

Alamat lengkap: 
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, 
48200 Serendah, 
Selangor. 
Tel: 03-60811289 
Faks: 03-60811289



Matlamat

"Memberi jagaan gantian demi menggalakkan perkembangan keseluruhan meliputi pertumbuhan jasmani, mental dan emosi, kesihatan dan pembelajaran dalam suasana selamat".


Tujuan

  • Memberi jagaan dan perlindungan kepada budak laki-laki berusia antara 12 - 18 tahun yang berkeperluan.
  • Memberi bimbingan dan khidmat rundingcara serta riadah.
  • Memberi pendidikan keagamaan, moral dan disiplin.
  • Memberi latihan kemahiran penekanan kepada aspek pekerjaan.

Had Muatan
Had muatan ialah seramai 100 orang kanak-kanak dan maksima yang boleh diterima seramai 120 orang dalam satu-satu masa.


Proses Kemasukan


Kemasukan penghuni ke PPKK Serendah adalah melalui 2 saluran kuasa berikut:
  • Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
  • Kes memerlukan perlindungan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kanak-Kanak 2002.
Arahan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  • Penjagaan dan Perlindungan lanjutan bagi kanak-kanak yang dipindahkan dari Rumah Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah meningkat usia 12 tahun mengikut Seksyen 80 Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Penjagaan dan Perlindungan rujukan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
  • Permohonan mengikuti kemahiran dari kanak-kanak keluarga miskin yang keciciran persekolahan rujukan PKMD melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
  • Perpindahan pelatih dari Sekolah Tunas Bakti (STB) ke PPKK Serendah untuk Kursus Automasi melalui kelulusan Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pembebasan

Panel Kaji Semula dan Pelepasan kanak-kanak dari institusi ini akan menimbang kanak-kanak untuk lebih berjaya dihari dewasanya. Selepas dibebaskan dari institusi kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah jagaan lanjutan selama setahun oleh PKMD dimana kanak-kanak tersebut tinggal. 


Pengurusan

Pengurusan institusi ini bertanggungjawab terus kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang seterusnya bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia. Struktur perjawatan di institusi ini mengandungi 31 orang kakitangan tetap seperti berikut:
  • Seorang Pengetua (S39)
  • 25 kakitangan tetap JKM
  • 5 jawatan yang dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 1 jawatan (juruteknik pertanian) yang dipinjamkan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • 6 tenaga pengajar sambilan

Struktur pengurusan institusi ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
  • Bahagian Khidmat Sokongan
  • Bahagian Jagaan dan Perlindungan
  • Bahagian Latihan Kemahiran

Sebuah Lembaga Pelawat dilantik oleh Menteri bagi tempoh 3 tahun untuk membantu pihak pentadbiran dalam pengurusan kebajikan penghuni institusi ini.


Bahagian Khidmat Sokongan Perkhidmatan

Perkhidmatan di institusi ini bertujuan untuk menjamin pertumbuhan jasmani, perkembangan mental, emosi dan akhlak yang baik dalam suasana yang baik dan selamat. Ini termasuk kegiatan-kegiatan pembelajaran dan latihan kemahiran sebagai bekal untuk berdikari apabila dewasa kelak.


Bahagian Jagaan dan Perlindungan


Hal - Ehwal Penghuni:
  • Mengurus Surat Beranak dan Kad Pengenalan Penghuni
  • Memberi keperluan asas harian sempurna dan menentukan kebajikan serta keselamatan diri terjamin dari gangguan dalaman dan luaran.
  • Memastikan kesihataan terjaga
  • Menentukan pertumbuhan fizikal seimbang dengan perkembangan usia
  • Kelas 3M kepada pelatih buta huruf
  • Kelas Bahasa Inggeris 

Kelas Bahasa Inggeris:
  • Memberi bimbingan sebagai keluarga gantian agar dapat membesar dalam suasana 'kekeluargaan'
  • Menentukan pertumbuhan mental seimbang dengan perkembangan usia
  • Membantu menyelesaikan masalah seperti menganjurkan Kem Motivasi Remaja

Rekreasi dan Riadah:
  • Menentukan perkembangan jasmani yang sihat dan berdisiplin seperti bersukan, Pasukan Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan lain-lain
  • Melibatkan diri dengan kerja-kerja amal dan mengikuti perkembangan suasana masyarakat luar. Aktiviti kerja amal di Masjid, Sekolah dan perkelahan tahunan.
  • Membuat kerja kumpulan iaitu membuat lanskap dan taman permainan kanak-kanak di institusi

Pendidikan Agama, Moral dan Disiplin
  • Mengikuti kelas-kelas agama
  • Membentuk akhlak yang baik dan berdisiplin
  • Memperkembangkan sifat kasih sayang dan bertanggungjawab
  • Menyediakan diri menghadapi kehidupan kedewasaan

Bahagian Latihan Kemahiran

Kursus Automasi

  • Kelayakan: PMR dan umur 16 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 18 bulan
Kursus Mekanik Kenderaan Motor
  • Kelayakan: PMR dan umur 16 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan
Kursus Membaiki Radio dan Televisyen
  • Kelayakan: PMR dan umur 17 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan
Kursus Penyejubekuan dan Penyamanan Udara
  • Kelayakan: PMR dan umur 17 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan
Kursus Pembuatan Perabot Kayu
  • Kelayakan: Darjah 6 dan umur 16 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan
Kursus Kimpalan
  • Kelayakan: Darjah 6 dan umur 16 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan
Kursus Jahitan
  • Kelayakan: Darjah 6 dan umur 15 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan
Kursus penurapan Batan dan Lanskap
  • Kelayakan: Darjah 6 dan umur 15 tahun ke atas
  • Tempoh kursus: 24 bulan

Kursus Komputer
Diberikan kepada pelatih kursus automasi dan lain-lain pelatih yang berminat. Kursus ini diadakan pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu

Ternakan
Bidang ini diberikan kepada pelatih-pelatih yang berminat. Bidang ini mengisi masa lapang dan memupuk sikap, sayangkan binatang. Ternakan yang diternak ialah lembu, ayam, ikan dan arnab.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara