ASAS ANUGERAH
- Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkalibar.
- Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang beriltizam, terlibat secara menyeluruh dan menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara dan dunia ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat.
- Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.
KRITERIA PEMOHON
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:
- Menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik.
- Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatifdalam kerjaya akademik.
- Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Telah mendapat anugerah atau pengiktirafan dari badan profesional dan ilmiah bagi sumbangannya dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
- Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
- Menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik yang diterajui.
- Calon mesti berumur di bawah 40 tahun pada 1 Januari tahun permohonan dibuat.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini dan lengkap.
JENIS ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK PERMOHONAN ANUGERAH
- Anugerah / pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH
Dalam proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima akan diambil kira.
NILAI ANUGERAH
Nilai hadiah Anugerah adalah RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) dan geran penyelidikan bernilai RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) beserta sijil pengiktirafan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
No comments:
Post a Comment