Perkhidmatan Patologi Pertuturan-Bahasa adalah bertujuan untuk mengenalpasti, menilai, membuat diagnosa, dan melakukan rehabilitasi atau intervensi dalam masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi. Selain itu, mereka juga terlibat dalam penilaian dan pengendalian masalah suara dan penelanan. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Patologi Pertuturan-Bahasa lebih berfokus kepada kes-kes berikut:
Skop Perkhidmatan Patologi Pertuturan-Bahasa 3PK
- Mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami kelewatan bahasa dan pertuturan
- Melakukan penilaian yang sesuai untuk mendapatkan tahap kefungsian bahasa dan pertuturan
- Merancang matlamat terapi berdasarkan hasil penilaian secara individu atau secara berkumpulan
- Memberi konsultasi kepada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat
- Mengadakan perbincangan berkaitan rehabilitasi klien bersama ahli profesional yang lain sekiranya diperlukan seperti pakar perubatan, kaunselor, terapis cara kerja, fisioterapis dan lain-lain
- Melakukan program saringan awal kepada murid-murid sekolah untuk mengenalpasti sebarang masalah pertuturan-bahasa sekiranya diperlukan
- Mengadakan program-program pencegahan dan memberi maklumat berkaitan masalah komunikasi kepada para profesional, ibu bapa dan juga orang awam sekiranya diperlukan
Pusat rujukan
- Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Johor
No comments:
Post a Comment