Social Icons

-

Thursday, August 8, 2013

Guru Bertugas Mingguan

  • Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum      persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
  • Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
  • Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
  • Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
  • Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
  • Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah.
  • Mengeluarkansuratkebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
  • Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
  • Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
  • Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
  • Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
  • Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang di catat ialah : Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan, Pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit, Lawatan-lawatan/pelawat, Ucapan/ pengumuman –pengumuman dalam perhimpunan
    Laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan




  • Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil

  • Perhimpunan

         Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
         Bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
         Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara