Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus
kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di
kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan
kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada
pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat
diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan,
memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.
Objektif
- Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen
terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan
peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung
berkhidmat sebagai anggota sukarela.
- Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah
keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang
kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi
seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran
khusus dalam Pertahanan Awam.
- Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam
sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan,
bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat
menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi
pengurusan Pertahanan Awam.
Keanggotaan
Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada
syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berusia 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika
diperlukan ).
- Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
- Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS.
- Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia.
- Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.
Bayaran Elaun
- Anggota Kor SISPA yang telah sah keanggotaannya layak menerima
elaun jika mengikuti latihan yang di anjurkan oleh Jabatan Pertahanan
Awam. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum di IPTA/ IPTS.
- Pegawai Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut
pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai
oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
- Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti
kokurikulum Kor SISPA akan dibayar oleh pihak universiti mengikut kadar
IPTA/ IPTS masing-masing.
Sukatan Latihan
- Pihak Pengurusan IPTA/IPTS adalah digalakkan untuk mengadakan
kursus kokurikulum Kor SISPA selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan
silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan
akan diadakan setiap semester.
- Anggota Kor SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam
selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa
yang menamatkan semester 2 dengan jayanya
- Pada semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran
Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan
mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.
- Pada semester keempat iaitu semester terakhir dan SISPA telah
tamat dengan jayanya, mereka akan mendapat Sijil Tamat SISPA.
- Pelajar yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan
meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka
perlu bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani
Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang
pangkat Leftenan Muda.
- Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi
melayakkan pelajar mendapat 1 jam kredit yang diiktiraf oleh IPTA/ IPTS.
Penilaian berterusan - 70%
Peperiksaan akhir - 30%
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut sila Hubungi :
Mohamad Azri bin Abu Hassan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-26871432
Email : mazri@civildefence.gov.my
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-26871432
Email : mazri@civildefence.gov.my
No comments:
Post a Comment