Program
Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang
diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses
taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.
Program
NPQEL mod baru dilaksanakan dalam tempoh
5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning.
Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar
dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang. Kandungan mod baru NPQEL
mengambil kira semua aspek keterampilan kepimpinan sekolah dan meliputi kesemua
bidang relevan yang terkandung dalam mod sedia ada.