Social Icons

-

Wednesday, August 7, 2013

Guru Koperasi

Pengetua-Pengerusi
1.    Bertindak sebagai pengerusi koperasi sekolah di samping menjadi ahli koperasi sekolah itu sendri.
2.    Mempengerusikan semua mesyuarat koperasi sekolah dari semasa ke semasa.  Dengan ketiadaannya, mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh naib pengerusi.
3.    Sekiranya kedua-duanya tidak hadir, mesyuarat hendaklah memilih salah seorang daripada ahli-ahli yang hadir untuk mempengerusikannya.
4.    Pada amnya, pengerusi bertanggungjawab untuk memerhatikan secara dekat perjalanan urusan koperasi agaer berjalan dengan cekap dan teratur mengikut dasar yang telah ditetapkan itu.
5.    Pengerusi hendaklah menentukan bahawa semua pegawai adalah terdiri dari kalangan guru-guru dan pekerja-pekerja koperasi itu.
6.    Sebagai pengerusi, ia harus menentukan bahawa mereka menunaikan kewajipan dengan betul, cekap dan bertanggungjawab bagi mengatur dan melaksanakan kerja-kerja mereka.
7.    Menandatangani minit mesyuarat yang disahkan bersama-sama setiausaha dan sebagai pengesahan cabutan dan salinan dari rekod-rekod koperasi.
8.    Menandatangani bersama dua ahli lembaga pengarah yang lain permohonan bagi didaftarkan pindaan undang-undang kecil.
9.    Memanggil sendiri atau dengan melalui setiausaha mesyuarat lembaga pengarah pada bila-bila masa yang diperlukan.
10.  Mengarahkan juruaudit dalam supaya mengaudit akaun koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepadanya.
11.  Menyelia secara keseluruhannya pentadbiran hal ehwal dan kakitangan koperasi.
12.  Untuk meringankan beban tugas, undang-undang kecil koperasi sekolah memperuntukkan perlantikkan seorang naib pengerusi yang biasanya dipegang oleh seorang kanan hal ehwal pelajar.
Perkhidmatan Tiga Orang guru
Untuk melicinkan lagi pengurusan koperasi sesebuah sekolah itu, sekurang-kurangnya tiga ahli lembaga pengarah.  Mereka itu terdiri daripada guru koperasi, seorang guru memegang jawatan sebagai setiusaha dan seorang guru lagi bertindak sebagai Bendahari koperasi sekolah itu, sebagaimana berikut:
Guru Koperasi
1.    Memberi penerangan kepada ahli-ahli koperasi baru dalam memberi gambaran yang jelas mengenai faedah dan tujuannya
.2.    Menguruskan perlantikan ahli-ahli jawatankuasa koperasi yang akan mengendalikan perjalanan dan pengurusannya di sepanjang tahun.
3.    Menerangkan program sepanjang tahun bagi gerakan dan perjalanannya yang licin dan teratur.
4.    Mengagihkan tugas giliran para ahli dalam mengendalikan urusan jualan di kalangan mereka yang diberi tanggungjawab.
5.    Menghadiri kursus latihan yang dianjurkan oleh maktab kerjasama da semasa kle semasa.
6.    Mengurus dan mengaturkan kursus latihan bagi ahli-ahli jawatankuasa di maktab kerjasama.
7.    Mengaturkan pembelian barangan koperasi dengan firma dan syarikat-syarikat tempatan dan memastikan bekalan barangan sentiasa mencukupi untuk diurusniagakan di kalangan pelajar dan guru.
8.    Menyusun anggaran belanjawan tahunan dna menentukan agar penyelewengan tiada berlaku dalam koperasi.
9.    Menyediakan penyata akaun tahunan koperasi yang lengkap untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung.
10.  Menyediakan kunci kira-kira yang di sahih untuk dikemukakan kepada juruaudit koperasi sekolah.
11.  Mengagih-agihkan keuntungan di kalangan ahli-ahli koperasi sekolah dai semasa ke semasa.
Setiauasaha 
1.    menguruskan urusan surat-menyurat mengenai urusan pengurusan dan pantadbiran koperasi.
2.    Menandatangani surat-surat bagi pihak koperasi sekolah mengenai perjalanan koperasi.
3.    Memanggil dan manghadiri mesyuarat lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan mengikut pengerusi koperasi.
4.    Mancatatkan butir-butir mesyuarat dan menandatangi butiran mesyuarat bersama-sama dengan pengerusi koperasi.
5.    Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan sbelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
6.    Mengesahkan bersama pengerusi salinan-salinan segala perkara yang bertulis dalam buku-buku koperasi.
7.    Menjalankan lain-lain tugas dan tangungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi dan lembaga pengarah.]
Bendahari
1.    Menjaga dan menyimpan semua wang yang diterima oleh koperasi dan membuat pembayaran mengikut keputusan dan arahan lembaga pengarah.
2.    Memasukan semua yang diterima ke dalam bank atas koperasi sekolah yang berkenaan dalam masa 24 jam daripada penerimaan.
3.    Menyimpan wang tunai dalam tangan pada sesuatu masa sebanyak RM200 untuk perbelanjaan runcit
4.    Menyediakan semua baucer, resit dan panyata kewangan menurut undang-undang kecil kopeasi atau sebagaimana yang dikehendaki oleh lembaga pengarah.
5.    Menyimpan dengan sempurna dan kemas kini semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak yang berkuasa.
6.    Menyediakan penyata akaun tahunan koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
7.    Menyimpan dengan sempurna buku-buku daftar nama-nama ahli, lejar, stok barangan, undang-undang dan minit mesyuarat koperasi sekolah.buku-buku ini handaklah disimpan dengan teratur untuk diperiksa oleh lembaga pengarah sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Wakil dari Lembaga Pengurusan Sekolah
Lazimnya, salah seorang daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dilantik sebagai penasihat koperasi sekolah yang bekenaan.  Mungkin orang yang dilantik itu tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atas kerugian dan hutang koperasi.  Dengan itu, dia mungkin bertindak secara berkecuali oleh kerana dia tiada dikehendaki untuk membayar sebarang bayaran saham kepada koperasi.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara