Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

Anugerah Akademik Negara




P E N G E N A L A N

Pencapaian kesarjanaan ahli akademik dalam pelbagai bidang di IPT Negara ini telah pun diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pengiktirafan negara ini ialah: Anugerah Saintis Negara, Anugerah Inovasi Negara, Langkawi Award, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara, Anugerah Medal Emas Penyelidikan (MPOB) dan Yayasan Sains Toray Malaysia. Sementara di peringkat antarabangsa pula termasuklah: ISESCO Literacy Prize, Carlos J. Finlay Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist Award (UNESCO), King Faisal Award (Saudi Arabia), World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards dan Pameran Inovasi dan Teknologi (I-TEX) oleh MINDS.

Sarjana Malaysia juga telah mengharumkan nama negara melalui penyelidikan dan penerbitan mereka dalam jurnal yang berimpak tinggi, karya asal yang bermutu, karya seni dan kreativiti terbaik, usaha mengkomersialkan produk penyelidikan atau menjadi pengajar cemerlang. Namun sebuah Anugerah yang mengiktiraf secara khusus kejayaan akademik tertinggi belum diperkenalkan. Justeru itu, pada tahun 2006 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sebuah anugerah tertinggi kesarjanaan yang dikenali sebagai “Anugerah Akademik Negara” (AAN) yang dapat mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan ilmuan di Malaysia.

Konsep AAN ini, pada tahap awalnya, didasarkan kepada konsep Anugerah Sanggar Sanjung yang mula dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), pada tahun 2001. Anugerah ini dihadiahkan kepada ahli akademik yang memperlihatkan kejayaan yang cemerlang serta pengiktirafan yang telah diperoleh daripada badan-badan kebangsaan dan antarabangsa.


K O N S E P   A A N
AAN ialah sejumlah anugerah tahunan tertinggi yang merangkumi tujuh kategori utama, iaitu:
Sebuah Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh KPT ditugaskan untuk menilai  pencapaian dan sumbangan akademik calon. Pemenang akan dipilih dari antara ahli akademik yang cemerlang dalam bidang masing-masing berdasarkan sumbangan ilmu dan pengiktirafan akademik yang telah diterima.



S Y A R A T   &   P E R A T U R A N   U M U M
  1. Permohonan AAN dibuka hanya kepada warganegara Malaysia.
  2. Permohonan semua kategori AAN, kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara, terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai di Universiti dan Kolej Universiti awam serta swasta tempatan.
  3. Bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara, penilaian didasarkan kepada sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).
  4. Bagi kategori Anugerah Ahli Akademik Harapan, hanya calon yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat serta memberi sumbangan dan menjadi model kepada masyarakat secara berterusan layak untuk dipertimbangkan.
  5. Bagi Anugerah Penerbitan Buku dan Anugerah Seni dan Kreativiti, calon mesti menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2011.
  6. Bagi kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, hanya produk yang telah dikomersialkan dan mendapat pulangan daripada jualan layak untuk dipertimbangkan.
  7. Sekiranya tiada calon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberi.
  8. Bagi kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Penerbitan Buku dan Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, apabila terdapat pemenang yang bergabung usaha dengan bukan warganegara, nilai anugerah akan diagihkan mengikut bilangan penulis/penyelidik/pemenang, namun bahagian warganegara sahaja yang akan diberi.
  9. Pemohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini dimuat turun dari laman webhttp://www.mohe.gov.my/AAN2011. Permohonan / pencalonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf dengannya atau wakil yang menjalankan tugasnya/Pemangku atau Pengerusi Majlis Profesor Negara. Sekiranya borang pencalonan/permohonan ditanda tangani oleh wakil Naib Canselor, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif perlu disertakan. Setiap permohonan/pencalonan perlu menggunakan borang berasingan. Bagi Naib Canselor atau yang setaraf dengannya, perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi Lembaga atau ahli Lembaga Pengarah Universiti atau setaraf dengannya.
  10. Calon yang memenuhi kriteria bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara boleh juga dicalonkan melalui Majlis Profesor Negara. Pencalonan ini perlu diperakukan oleh Pengerusi Majlis Profesor Negara.
  11. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  12. Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Julai 2012.  Permohonan hendaklah dihantar  ke alamat berikut:
    Ketua Pengarah
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA
    (UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2011)
    dan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tersebut.
    Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
  13. Ahli Jawatankuasa Pemilih yang menjadi calon dalam sesuatu kategori tidak boleh terlibat dalam proses penilaian bagi kategori tersebut pada tahun yang dinilai.
  14. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel AAN berhak untuk menarik balik anugerah.
  15. Keputusan Panel AAN adalah muktamad.


B O R A N G    P E R M O H O N A N
Borang permohonan boleh dimuat-turun di sini.
Bil.Kategori Anugerah
Muat-turun
1.Anugerah Tokoh Akademik Negara      
Butir Jaya Diri      
2.Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal      
3.Anugerah Penerbitan Buku      
4.Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk      
5.Anugerah Seni dan Kreativiti      
Butir Jaya Diri      
6.Anugerah Pengajaran      
7.Anugerah Ahli Akademik Harapan      
Butir Jaya Diri      
PDF - memerlukan Perisian ADOBE Reader





S E N A R A I    P E M E N A N G    A A N
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA
TAHUNNAMA PEMENANG
2006Yang Mulia Prof. Dr. Diraja Ungku Abdul Aziz
2007YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim
Pengerusi
Lembaga Pengarah UPM
2008YBhg. Prof. Mohamad bin Salleh
Pensyarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia (USM)
2009-Tiada Pemenang-
2010YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Haji Omar bin Abdul Rahman Pengerusi
Bostonweb Academy Sdn. Bhd.
 
ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL
TAHUNNAMA PEMENANG
2006-Tiada Pemenang-
2007YBhg. Prof. Dr. Onn bin Haji Hashim
Ketua Jabatan Perubatan Molekul
Fakulti Perubatan
Universiti Malaya(UM)
2008-Tiada Pemenang-
2009-Tiada Pemenang-
2010Kelompok Sains :
YBrs. Prof. Madya Mohamad Pauzi bin Zakaria 

Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Pembangunan)
Fakulti Pengajian Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
ANUGERAH PENERBITAN BUKU
TAHUNNAMA PEMENANG
2006-Tiada Pemenang-
2007YBhg. Prof. Dr. Nordin bin Hussin
Pengerusi
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2008YBrs. Dr. Jelani bin Harun
Pensyarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia (USM)
2009YBrs. Prof. Madya Dr. Jelani bin Harun
Pensyarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia (USM)

YBrs. Prof. Dr. Nik Azis bin Nik Pa
Pensyarah
Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya (UM)
2010-Tiada Pemenang-
 
ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
TAHUNNAMA PEMENANG
2006YBrs. Prof. Asma binti Ismail
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi )
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
2007YBrs. Prof. Madya Dr. Syed Omar bin Syed Rastan
Pensyarah
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia (UPM)
2008YBrs. Prof. Sureswaran Ramadass
Pengarah
Pusat IPV6 Termaju Negara
Universiti Sains Malaysia (USM)
2009-Tiada Pemenang-
2010YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI
TAHUNNAMA PEMENANG
2006-Tiada Pemenang-
2007YBrs. Prof. Madya Dr. Zulkifli bin Yusof
Pensyarah
Jabatan Multimedia dan Ekspresi Digital
Fakulti Seni, Komputeran dan Seni Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2008YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan
Pensyarah
Fakulti Filem, Teater dan Animasi
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2009-Tiada Pemenang-
2010YBrs. Encik Junaidi bin Awang
Pensyarah
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
 
ANUGERAH PENGAJARAN
TAHUNNAMA PEMENANG
2006Kelompok Kejuruteraan:
YBrs. Dr. Aisyah binti Abu Bakar
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaya (UM)

Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan:
YBhg. Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran), Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2007-Tiada Pemenang-
2008Kelompok Kejuruteraan:
YBhg. Prof. Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad
Ketua Program Perniagaan
Graduate Business School, College of Graduate Studies
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – semasa mendapat anugerah beliau berkhidmat di Universiti Sains Malaysia(USM)

Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan:
YBhg. Prof. Dr. Abdul Karim Alias
Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri
Universiti Sains Malaysia (USM)
2009Kelompok Sains Kesihatan:
YBhg. Dato' Prof. Dr. Raymond Azman Ali
Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2010Kelompok Sains Kesihatan:
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din

Pensyarah Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kelompok Sains Tulen:
YBrs. Prof. Madya Dr. Jaafar bin Jantan

Pensyarah Fakulti Sains Gunaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan:
YBrs. Dr. Lee Ai Choo
Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kelompok Sastera dan Sains Sosial:
YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Shatar bin Sabran
Pensyarah Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kelompok Kejuruteraan:
YBrs. Prof. Madya Ir. Hayati binti Abdullah 
Pensyarah Jabatan Termobendalir
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)




J E R A Y A W A R A    A A N 2 0 1 1
Berikut adalah pembentangan semasa Bengkel Jerayawara AAN 2011 untuk rujukan :
 
Bil.Kategori Anugerah
1.Taklimat Anugerah Akademik Negara 2011
2.Taklimat Anugerah Tokoh Akademik Negara
3.Taklimat Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
4.Taklimat Anugerah Penerbitan Buku
5.Taklimat Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
6.Taklimat Anugerah Seni dan Kreativiti
7.Taklimat Anugerah Pengajaran
8.Taklimat Anugerah Ahli Akademik Harapan




Sumber : AAN2011


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara