Social Icons

-

Tuesday, September 4, 2012

Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan Negeri Johor (M4PJ)


UNDANG-UNDANG BAGI
MAJLIS PERHUBUNGAN PEMIMPIN PELAPIS PENDIDKAN
NEGERI JOHOR

FASAL 1 : NAMA
Pertubuhan ini dinamakan “ Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan Negeri Johor” . dan selepas ini disebut sebagai M4PJ.

FASAL 2: ALAMAT
Alamat tempat urusan berdaftar M4PJ ialah d/a
Sektor Pengurusan Sekolah
Wisma Pendidikan
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Jln Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
( U.P: Unit Menengah)
Atau di tempat lain atau tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa.

 

FASAL 3: LOGO/LAMBANG

FASAL 4 : TUJUAN/MATLAMAT
4.1 MATLAMAT
Membolehkan para pemimpin pelapis memberi sumbangan terhadap warga guru, anak didik, masyarakat dan negara selaras dengan tuntutan pendidikan masa kini dan masa depan dengan bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.2 OBJEKTIF
4.2.1 Menggembleng tenaga pemimpin pelapis supaya dapat berperanan secara proaktif dalam membangunkan pendidikan yang berkualiti.
4.2.2 Memanfaatkan kepakaran , kemahiran dan penguasaan keilmuan yang sedia ada dalam kalangan ahli untuk kepentingan agama , bangsa dan negara.
4.2.3 Mempertingkat dan memperluas kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) , latihan, penulisan ilmiah dan bimbingan untuk ahli-ahli dalam semua bidang keilmuan .
4.2.4 Menjalin hubungan yang lebih erat dengan organisasi kepimpinan yang lain sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
4.2.5 Memaju, mengukuh dan mengembangkan profesionalisme ahli.
4.2.6 Bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran , agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta dalam konteks mencerna idea dan tenaga kepakaran.
4.2.7 Memperjuangkan kepentingan dan kebajikan ahli.

FASAL 5: KEAHLIAN
5.1 Semua ahli M4P setiap daerah secara automatik menjadi ahli M4PJ.
5.2 Pengerusi dan Naib Pengerusi setiap daerah mestilah terdiri dari kalangan
Penolong Kanan Pentadbiran.
5.3 Keahliannya terdiri daripada dua kategori:
5.3.1 Ahli biasa.
5.3.2 Ahli bersekutu.

FASAL 6 : SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
6.1 Ahli biasa
Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang memegang jawatan :
6.1.1 Penolong Kanan Pentadbiran
6.1.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
6.1.3 Penolong Kanan Kokurikulum
6.1.4 Penyelia Petang
6.1.5 Guru Kanan Mata Pelajaran
6.2 Ahli bersekutu
Orang perseorangan boleh dipertimbangkan untuk menjadi ahli bersekutu sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :
6.2.1 Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah selain daripada
para 6.1 di atas dengan kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
6.2.2 Bekas ahli jawatankuasa M4PJ yang memohon dan mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

FASAL 7: PERMOHONAN DAN PELUCUTAN KEAHLIAN
7.1 PERMOHONAN MENJADI AHLI
7.1.1 Permohonan sebagai ahli bersekutu hanya dibenarkan sekali sahaja dan permohonan ini mestilah mendapat kelulusan secara bertulis daripada pihak Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
7.2 PELUCUTAN KEAHLIAN
7.2.1 Ahli biasa yang tidak lagi menjawat mana-mana jawatan seperti di para 6.1 secara automatik terlucut keahliannya.
7.2.2 Ahli bersekutu boleh memohon menarik diri sebagai ahli M4PJ.
7.2.3 Ahli bersekutu boleh dilucutkan keahliannya jika didapati melanggar perlembagaan M4PJ.

FASAL 8 : TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
8.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli :
8.1.1 Memegang teguh konsep M4PJ dan melaksanakan tugas-tugasnya.
8.1.2 Mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin M4PJ.
8.1.3 Memberitahu setiausaha dengan kadar segera apabila berpindah atau
bertukar sekolah/tempat bertugas.
8.1.4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dengan memberi kerjasama dan mengambil bahagian cergas dalam kegiatan yang dirancang.
8.1.5 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat M4PJ melainkan dengan alasan-alasan yang munasabah dan memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada pihak yang dipertanggungjawabkan
8.1.6 Menjaga kerahsiaan dan integriti M4PJ.
8.1.7 Memelihara nama baik M4PJ.
8.2 Hak ahli
8.2.1 Semua ahli berhak untuk bersuara dan memberi pendapat dalam mesyuarat-mesyuarat M4PJ.
8.2.2 Ahli bersekutu tidak boleh menjadi exco M4PJ dan tidak berhak mengundi untuk pemilihan dan membuat keputusan dalam semua mesyuarat.

FASAL 9: MESYUARAT AGUNG
9.1 Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada setiap 2 tahun sekali tidak lewat daripada bulan September tahun berkenaan tetapi dengan kehendak Pengerusi bolehlah ditangguhkan.
9.2 Mesyuarat Agung M4P Daerah mesti diadakan sebelum 31 Julai pada tahun yang sama seperti para 9.1 di atas.
9.3 Setiap Daerah boleh menghantar 10 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan tidak termasuk exco M4PJ.
9.4 Exco M4PJ secara automatik menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
9.5 Korum Mesyuarat Agung adalah dua kali ganda daripada jumlah exco M4PJ.
9.6 Pengerusi Mesyuarat Agung boleh meluluskan sesuatu keputusan apabila undi terbahagi sama banyak.
9.7 Pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada semua Pengerusi Daerah dan exco M4PJ sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung dijalankan.
9.8 Segala usul dan cadangan hendaklah disampaikan kepada setiausaha M4PJ selewat-lewatnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung dijalankan.
9.9 Sekiranya tidak cukup korum, Mesyuarat Agung hendaklah ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika kemudian korum masih tidak mencukupi juga , ahli yang hadir berkuasa meminda perlembagaan.
9.10 Sembilan orang exco dipilih dalam Mesyuarat Agung . Setiausaha 1 dipilih oleh Pengerusi manakala Setiausaha 2 dipilih oleh Naib Pengerusi. Penolong Bendahari akan dipilih oleh Bendahari.
9.11 Pengerusi boleh menggunakan kuasa eksekutifnya untuk melantik 3 orang exco tambahan berdasarkan keahlian pada Fasal 6 (6.1) mengikut keperluan.
9.12 Mesyuarat Agung di peringkat Daerah dan Negeri dikehendaki memilih 2 orang juruaudit dalaman.

FASAL 10: JAWATANKUASA M4PJ
10.1 Jawatankuasa M4PJ merupakan badan yang menjalankan dasar pentadbiran dan hal- ehwal M4PJ di bawah keputusan hasil Mesyuarat Agung dan mesyuarat-mesyuarat exco M4PJ yang diadakan dari semasa ke semasa.
10.2 Jawatankuasa Induk M4PJ mestilah terdiri daripada:
Penaung : Pengarah Pelajaran Johor
: Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
Penasihat : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Penyelaras : Ketua Unit Menengah
: Pegawai Khas Menengah
Exco M4PJ:
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha 1 :
Setiausaha 2 :
Bendahari :
Penolong Bendahari :
Ahli jawatankuasa :
10.3 Exco M4PJ akan memegang jawatan selagi diperlukan oleh pihak JPNJ melainkan atas perpindahan ke negeri lain, meletakkan jawatan atas faktor yang munasabah, naik pangkat sebagai pengetua atau ke jawatan lain, meninggalkan profesion keguruan atau seumpamanya.
10.4 Exco hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
10.5 Jawatankuasa Induk M4P Daerah mestilah terdiri daripada:
Penaung : Pengarah Pelajaran Johor
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah
Penyelaras : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
(Menengah)

AJK M4P Daerah:
Pengerusi : ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : ( PK Pentadbiran)
Setiausaha 1 : ( Dipilih oleh Pengerusi )
Setiausaha 2 : ( Dipilih oleh Naib Pengerusi )
Bendahari :
Ahli jawatankuasa : 1. Setiausaha Majlis PK Pentadbiran
2. Pengerusi Majlis PK HEM
3. Pengerusi Majlis PK Kokurikulum
4. Pengerusi Majlis Penyelia Petang
5. Pengerusi Majlis GK MP Bahasa
6. Pengerusi Majlis GK MP Sains dan Matematik
7. Pengerusi Majlis GK MP Teknik dan Vokasional.
8. Pengerusi Majlis GK MP Sains Kemasyarakatan.
FASAL 11: TUGAS EXCO
Tugas-tugas Exco M4PJ adalah seperti berikut:
11.1 Pengerusi
11.1.1 Menjadi ketua yang bertanggungjawab di atas kesempurnaan pentadbiran M4PJ.
11.1.2 Mempengerusi semua mesyuarat jawatan kecuali jika keperluan untuk pihak pegawai JPNJ untuk berbuat demikan.
11.1.3 Berkuasa untuk memberi undi pemutus apabila hasil undian tidak dapat memutuskan sesuatu masalah kerana bilangan undi yang sama.
11.1.4 Mengetuai segala urusan komunikasi dan protokol.
11.1.5 Menjalankan segala tanggungjawab dan memastikan matlamat,objektif dan program dilaksankan sebagaimana yang dirancang dan yang telah diarahkan oleh pihak atasan.
11.1.6 Pengerusi adalah dilantik daripada kalangan Penolong Kanan Pentadbiran.

11.2 Naib Pengerusi
11.2.1 Hendaklah memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan segala urusan dan tanggungjawab dalam M4PJ semasa ketiadaan Pengerusi.
11.2.2 Membantu Pengerusi mentadbir dan mengurus M4PJ berdasarkan Perlembagaan M4PJ yang ada.

11.3 Setiausaha 1
11.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi.
11.3.2 Melaporkan kepada pengerusi segala tindakan dan kegiatan yang
dijalankan.
11.3.3 Menguruskan semua surat-menyurat, surat panggilan mesyuarat atas arahan dan persetujuan pengerusi.
11.3.4 Menyiap, memfailkan, menyimpan dengan selamat dan mengedar minit mesyuarat agung serta semua minit mesyuarat exco untuk pengesahan.
11.3.5 Menyimpan dan memfailkan segala surat-surat, maklumat dan dokumen berkaitan dengan M4PJ.
11.3.6 Mengurus segala urusan surat-menyurat M4PJ .
11.3.7 Menghantar laporan minit mesyuarat agung dan mesyuarat-mesyuarat lain kepada pihak Pendaftar Pertubuhan.

11.4 Setiausaha 2
11.4.1 Bertanggungjawab membantu Setiausaha 1 menjalankan tugasnya.
11.4.2 Memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya.
11.4.3 Melaksanakan arahan Pengerusi dari semasa ke semasa berkaitan dengan kelancaran majlis dan program M4PJ.

11.5 Bendahari
11.5.1 Mengendalikan dan menguruskan kewangan M4PJ dengan baik.
11.5.2 Menyimpan Penyata Kewangan dan Penyata kira-kira M4PJ dengan selamat.
11.5.3 Menyediakan penyata kewangan atau Laporan Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa dan membentangkannya apabila dikehendaki.

11.6 Penolong Bendahari
11.6.1 Membantu Bendahari dalam urusan kewangan .
11.6.2 Membentangkan penyata kewangan kepada ahli mesyuarat jika ketiadaan Bendahari.
11.6.3 Melaksanakan semua tugas bendahari jika diperlukan oleh Pengerusi dan exco jika ketiadaan Bendahari.

11.7 Ahli Jawatankuasa
11.7.1 Berkuasa melantik jawatankuasa kecil untuk melicinkan perjalanan program dan aktiviti biro yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
11.7.2 Membentuk asas, dasar dan perancangan dalam pelaksanaan perlembagaan M4PJ.
11.7.3 Menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang bersama jawatankuasa yang telah dilantik.

FASAL 12 : PUNCA PENDAPATAN
12.1 Kewangan M4PJ adalah diperolehi daripada:
12.1.1 Yuran tahunan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung.
12.1.2 Sumbangan dan derma.

12.2 Tahun kewangan M4PJ ialah daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

FASAL 13: CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG M4PJ
13.1 Segala kewangan M4PJ boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut:
13.1.1 Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran oleh exco.
13.1.2 Bayaran mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang surat, berita jurnal, buletin dan lain-lain penerbitan yang diterbitkan oleh M4PJ untuk melaksanakan dan menjayakan matlamatnya.
13.1.3 Membiayai segala rancangan yang selaras dengan matlamat M4PJ.

13.2 Semua wang lebih daripada RM 500.00 hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang
diluluskan oleh exco tidak lewat daripada 7 hari wang tersebut diterima.
13.3 Bendahari M4PJ bolehlah memegang wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00 pada
satu-satu masa.
13.4 Bendahari tidak boleh membelanjakan lebih daripada RM 100.00 pada satu masa
tanpa kebenaran Pengerusi.
13.5 Exco M4PJ boleh memeriksa buku kewangan dan daftar ahli pada bila-bila
masa yang munasabah dengan syarat membuat permintaan terlebih dahulu.
13.6 Cek-cek pengeluaran wang di bank hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 2 orang daripada 3 penama di bawah iaitu sama ada:

13.6.1 Pengerusi
13.6.2 Bendahari
13.6.3 Setiausaha


FASAL 14: JURUAUDIT DALAMAN
14.1 Exco M4PJ hendaklah melantik 2 orang Juruaudit Dalaman yang bukan daripada kalangan exco untuk memeriksa penyata kewangan.
14.2 Kedua-dua Juruaudit Dalaman hendaklah membuat audit Penyata Kewangan dan mengesahkan penyata kewangan tahunan yang diedarkan oleh Bendahari.
14.3 Juruaudit Dalaman berhak melihat dan memeriksa resit-resit , baucer-baucer dan lain-lain surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas.

FASAL 15: PERATURAN MESYUARAT
15.1 Exco berkuasa membuat peraturan mesyuarat dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan M4PJ.
15.2 Peraturan mesyuarat M4PJ adalah disifatkan sebahagian daripada Perlembagaan ini dan berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan daripada Mesyuarat Agung.
15.3 Aturan peraturan mesyuarat M4PJ bolehlah dipinda atau dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut kelebihan undi.

FASAL 16: MEMINDA PERLEMBAGAAN
16.1 Perlembagaan ini atau sebahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada 2/3 ( dua pertiga ) ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung dengan persetujuan Penasihat.
16.2 Peraturan mesyuarat M4PJ adalah disifatkan sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kuatkuasa setelah mendapat persetujuan daripada Mesyuarat Agung.
16.3 Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan, bermakna termansuh Perlembagaan terdahulu.

…………………………… …………………………………
Pengerusi Setiausaha

 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara