Social Icons

-

Thursday, August 8, 2013

IZ Hero

Kemunculan era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang pada mulanya dianggap pencetus sains dan teknologi kini menjadi 'musuh dalam selimut' apabila kanak-kanak menjadi mangsa melalui keganasan Internet atau siber.

Keganasan ini merupakan satu lagi bentuk jenayah yang perlu ditangani segera memandangkan lebih ramai kanak-kanak terutama murid sekolah menjadi mangsa pemburu siber (cyber stalking) yang menggunakan ICT untuk berhubung dan mempermudah jenayah di dunia maya berlaku.

Oleh sebab itu, Pusat Sains Singapura (SCS) menjadikan permainan interaktif IZ Hero sebagai salah satu tarikan utama di samping memberi penerangan maklumat dan pengajaran kepada pengunjung terutama kanak-kanak yang menikmati satu pengembaraan penentangan jenayah siber persis imaginasi.

Bahan pameran dan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat dari Korea Selatan dengan kerjasama Universiti Teknologi Nanyang, Institut Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura itu menjadi tarikan yang akan mengangkat nama Kota Singa sebagai destinasi percutian bermaklumat terkemuka di peta dunia.

Permainan IZ Hero meletakkan enam watak hero kartun seperti Midnunvora, Joon-Joon, IZ Master Naam, Iz Master Raz, inzombs dan Magui, iaitu watak-watak yang menentang menghentikan jenayah melalui Internet dalam memberi panduan kepada pengunjung terutama kepada ibu bapa dan kanak-kanak sekolah daripada terlibat dengan gangguan seksual (sama ada dalam atau luar talian) dan pemburu siber.

Permainan interaktif digital ini akan membantu dan menerangkan kepada kanak-kanak supaya tidak merakam aksi diri sendiri di alam maya selain tindakan yang bertentangan dengan norma kehidupan supaya pengunjung sedar bahawa mereka mudah terdedah dan dijadikan mangsa seksual di Internet.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa gangguan siber, Iz Hero berfungsi dalam mengawal minda pengunjung dengan soalan ujian minda bermaklumat supaya tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali sama ada melalui e-mel berkali-kali, mesej pantas (IM), laman sembang walaupun selepas anda menyuruhnya berhenti.

Permainan ini akan menentang pemburu siber sehingga pengunjung faham supaya gangguan yang dibuat itu adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikaitkan dengan undang-undang jenayah.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara