Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

Program Strategi Ambang Peperiksaan (SAP)



SEKOLAH Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur, baru-baru ini telah menganjurkan Program Strategi Ambang Peperiksaan (SAP) yang memberi fokus kepada bimbingan dan panduan dalam proses persiapan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan.

Menurut guru penyelaras program, Datin Zaiton Baharuddin, seramai 204 menyertai program tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator yang juga Penasihat Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain, yang sering mengendalikan program motivasi di sekolah itu sebelum ini.

"Sekolah ini telah mencapai 78 murid yang mendapat 5A pada tahun lepas dan pada tahun ini pihak sekolah menyasarkan 60 peratus atau 120 murid mendapat keputusan 5A," katanya.
Sementara itu, Guru Besar, Nik Nab Sulaiman berkata, sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), warga sekolah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi murid dalam semua lapangan termasuklah persiapan murid menghadapi peperiksaan.

"Hal ini adalah wajar kerana pada saat akhir, murid-murid harus diberi dorongan dan bimbingan agar mereka sentiasa bermotivasi untuk terus belajar mencapai kecemerlangan," jelasnya.

Sehubungan itu tambahnya, pelbagai program dilaksanakan termasuk program Bengkel Gagasan Cemerlang, Program Hebat Sains Matematik, Program Bijak Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta Program Dulang Emas.
Seorang murid, Sachidanandan a/l Viruthasalam berkata, program ini amat berguna untuk dirinya sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. 
"Program ini amat menyeronokkan dan penuh informasi," katanya.
Rakannya, Danial Arif Heron Khalid Goh pula berharap agar usahanya pada kali ini membawa ke arah kejayaan.

Iman Che Mohd Zulkifli pula berkata, dia yakin dengan menghadiri program ini, dia mampu memberi motivasi pada dirinya untuk terus berusaha sehingga berjaya. 

Dalam pada itu, Masturah Merican Hashim Naina Merican yang bercita-cita menjadi pakar bedah amat tertarik dengan corak penyampaian yang dikendalikan oleh Dr. Ismail yang mampu memberi keyakinan kepada dirinya.

Program Motivasi Pendidikan Utusan akan terus bergerak dengan menumpukan perhatian kepada Seminar Strategi Menjawab  Soalan (SSMS) dan Strategi Ambang Peperiksaan untuk semua peringkat peperiksaan selain daripada mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan pembentukan keperibadian murid dan kemahiran belajar secara kritis dan kreatif.
Peserta kursus dibekalkan dengan fail, bahan kursus, sijil penyertaan serta laporan ringkas dalam sisipan ADaP.

Pihak sekolah atau organisasi luar yang ingin menganjur kursus yang ditawarkan boleh menghubungi talian 019-5713745 atau mendapat maklumat dengan melayari www.tutor.com.my/motivasi. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara