Social Icons

-

Tuesday, August 6, 2013

Guru Kanan Mata Pelajaran

Bidang Tugas GKMP
  • Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik. 
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya. 
  • Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. 

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
Kurikulum
 
  • Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 
  • Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
  • Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 
  • Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 
  • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya
  • Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan pengkayaan. 
  • Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran. 
  • Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain. 
  • Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua. 
  • Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf. 
  • Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru. 
  • Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum. 
  • Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya. 

Kokurikulum
  • Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 
  • Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
Pengurusan
  • Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 
  • Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru. 
  • Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Membantu merancang takwim sekolah . 
  • Menyelia kerja –kerja guru di bawah bidang kawalannya. 
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan. 
  • Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 
  • Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah. 
  • Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya. 
  • Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang. 
Tugas –tugas lain
  • Berhubung dengan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru. 
  • Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 
  • Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil . 
  • Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 
  • Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber. 
  • Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara