Social Icons

-

Wednesday, August 7, 2013

Setiausaha Sukan

Setiausaha sukan adalah satu tugas yang amat penting dalam menjayakan kegiatan sukan di mana-mana sekolah jua.  Pada amnya, setiausaha sukan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala program sukan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala program sukan sekolah, membimbing latihan , menyelaras olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan sebagainya.  Ia bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan, perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping menjadi sebagai untuk memperkembangkan minat mereka dalam bidang sukan dan permainan.  Tugas-tugas setiausaha sukan yang lain adalah seperti berikut:
1.    Menyelaras semua permainan antara sekolah dengan Majlis Sukan Sekolah Menengah Malaysia (MSSSM).

2.    Menyelaraskan semua sukan dan sukan antara pasukan yang ada di peringkat sekolah.


3.    Menyelaras semua kegiatan sukan dan permainan antara rumah-rumah di peringkat sekolah.

4.    Berhubung dengan pengerusi majlis sukan untuk mangadakan mesyuarat dengan guru-guru sukan dan permainan, rumah dan jawantankuasa palajar.


5.    Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan dan permainan tahunan dan membuat pesanan terhadap peralatan yang diperlukan oleh sekolah.

6.    Menyediakan jadual latihan untuk semua guru bertugas dan menetapkan hari, masa dan tempat latihan.


7.    Menyelaraskan semua acara sukan dan permainan sebelum dan sehingga hari sukan dan permainan.

8.    Mengurus dan menyediakan gelanggang, padang dan tempat-tempat pertandingan dan memastikan semnuanya berada dalam keadaan baik dan mengikut peraturan sebelum hari perlawanan.


9.    Menyemak dan menyelaraskan urusan permohonan wang pendahuluan untuk membeli pakaian pemai-pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian para peserta sukan dan permainan.

10.  Mandapat pengadil bagi pertandingan peringkat majlis sukan sekolah-sekolah dengan kerjasama guru majlis sukan.


11.  Mambahagikan para pelajar mengikut pasukan rumah masing-masing di sekolahnya.

12.  Menyimpan senarai daftar pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru-guru rumah.


13.  Membantu dan mambahagikan tugas sukan dan permainan di kalangan guru-guru sekolah.

14.  Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan memesan segala peralatan sukan dan permainan sekolah.


15.  Menyimpan stok alatan sukan dan permainan yang diperlukan oleh sekolah dan memastikan stok itu berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

16.  Mengawas dengan rapi penggunaan dan keselamatan alatan sukan dan permainan sekolah seluruhnya.


17.  Menguruskan pengangkutan para pemain sekolah yang akan mengambil bahagian dalam sukan dan permainan di luar sekolah.

18.  Menguruskan surat-surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil bahagian mewakili sekolah.


19.  Menjaga dan menentukan kesihatan kesihatan pelajar yang mewakili sukan dan permainan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

20.  Menyediakan laporan lengkap sukan dan permainan bagi pelajar untuk tujuan menyediakan surat akaun dan sijil berhenti sekolah.


21.  Menyusun program yang teratur untuk perancangan sukan dan permainan sekolah sekolah sepanjang tahun.

22.  Menentukan pelaksanaan prancangan sukan dan permainan yang telah disusun itu dilakukan sepenuhnya.

23.  Mengambil langkah-langkah tegas untuk meninggikan mutu dan prestasi sukan dan permainan sekolah.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara