Social Icons

-

Wednesday, June 6, 2012

Yayasan Sultan Iskandar Johor



Pengenalan

Latar Belakang
Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").


Misi & Wawasan Korporat
BERUSAHA untuk:
  • menjadi pemimpin dalam kerja-kerja sukarela.
  • memain peranan dalam bidang pendidikan saintifik dan kebajikan.
  • menjadi lebih peka terhadap golongan yang tertindas, tidak berkemampuan dan menjadi mangsa.


Objektif
Objektif Yayasan yang utama adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:
  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang patut menerima dan memerlukan.
  3. Penganugerahan biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
  4. Meringankan beban si miskin dan yang terdesak oleh umur, keuzuran, kurang bernasib baik, tidak terdaya menjaga diri dan tanggungan khasnya balu-balu dan anak-anak yatim.
  5. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
  6. Membantu mangsa kebakaran, banjir, kebuluran, takdir tuhan atau lain-lain bencana.
  7. Meringankan kesengsaraan seterusnya meningkatkan taraf hidup manusia dengan memerangi, merawat dan melindungi daripada kesakitan atau keuzuran mahupun penyakit melalui peruntukan perubatan, kemudahan pembedahan dan perkhidmatan.
  8. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
  9. Memberi, membangun dan meningkatkan semua jenis sukan tetapi tidak terhad kepada memberi padang permainan, kawasan rekreasi dan kemudahan sukan untuk orang awam semata-mata.



Program & Aktiviti


Pada masa ini Yayasan menumpukan perhatian kepada aspek-aspek kebajikan iaitu biasiswa dan derma:


Biasiswa
  1. Pra ijazah - anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai.
  2. Lepas ijazah  - anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.
Sehingga 2011, seramai 188 orang pelajar telah diberikan anugerah biasiswa Yayasan di mana 119 orang daripadanya sudah menamatkan pengajian.


Derma
  1. Projek Literasi Komputer bagi sekolah-sekolah menengah luar bandar di negeri Johor.
  2. Mesin dialisis bagi pusat-pusat dialisis di negeri Johor.
  3. Pertubuhan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan di negeri Johor.
  4. Mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.



Permohonan Biasiswa


1. Pra Ijazah (UTM Skudai Sahaja)
Bidang Pengajian 
Kejuruteraan, Alam Bina dan Sains Komputer.
Nilai Anugerah
RM11,000 setahun (RM5,500 bagi satu semester).
Syarat Kelayakan
  1. Dilahirkan di Johor atau ibu/bapa anak negeri Johor.
  2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU
    Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU
    Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas.
  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM.
  4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai atau muat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup: 12hb. September 2011 (sebelum 12 tengahari) - akan dibuka semula pada Ogos 2012.



2. Lepas Ijazah
Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Sains & Matematik.
Nilai Anugerah
Suatu elaun biasiswa yang merangkumi perbelanjaan sarahidup dan yuran pengajian akan disediakan oleh Yayasan Sultan Iskandar Johor. Tiada jaminan dikenakan ke atas biasiswa. Penerima biasiswa bebas mendapatkan pekerjaan di dalam negara dalam sektor awam atau swasta.
Syarat Kelayakan 
  1. Berumur 40 tahun dan ke bawah.
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana Muda.
  3. Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat pengesahan daripada majikan.
  4. Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.
  5. Mesti bersedia menjalani pengajian sepenuh masa. Pelajar separuh masa tidak digalakkan memohon.
  6. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana organisasi lain.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup: 26hb. Jun 2012.


Permohonan Derma


Projek Literasi Komputer
Projek Literasi Komputer Yayasan di sekolah-sekolah menengah luar bandar di negeri Johor dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mencadangkan beberapa buah sekolah yang memerlukan bantuan kepada Yayasan. Pihak Yayasan yang akan memilih sekolah-sekolah yang bakal menerima bantuan komputer beserta jumlahnya.
Sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan komputer bolehlah menghubungi Unit ICT & Perkomputeraan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk dicalonkan sebagai penerima bantuan Projek Literasi Komputer Yayasan.


Mesin Dialisis
Yayasan menyumbang mesin-mesin dialisis kepada pusat-pusat dialisis di seluruh negeri Johor. Yayasan juga membantu menggantikan mesin-mesin dialisis lama yang telah diderma tetapi tidak boleh digunakan lagi dengan mesin yang baru.


Pertubuhan Anak-Anak Yatim
Yayasan memberi derma kepada pertubuhan anak-anak yatim baik daripada segi infrastruktur, peralatan, pendidikan dan sebagainya.


Bencana Alam
Yayasan memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.


Pusat-pusat dialisis, pertubuhan-pertubuhan anak yatim dan mangsa-mangsa bencana alam yang memerlukan bantuan bolehlah menghantar surat permohonan rasmi yang dialamatkan kepada Pejabat Pentadbiran Yayasan.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara