Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan


VISI
PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

MISI
Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara."

PIAGAM PELANGGAN
Kami seluruh anggota Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi memberikan perkhidmatan yang berkesan dengan mengeluarkan:
  1. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid-murid yang berjaya dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan;
  2. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid-murid yang berjaya dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh PMR diumumkan;
  3. Surat pertukaran kepada murid yang memohon bertukar dari Sekolah Berasrama Penuh ke sekolah harian dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  4. Surat penempatan pertama bagi guru-guru baharu di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh data guru diterima dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian;
  5. Surat pertukaran guru kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan; dan
  6. Surat pelantikan warden kepada sekolah setelah diluluskan oleh panel mesyuarat dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.

OBJEKTIF
Objektif utama penstrukturan semula Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan:
  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid;
  2. Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan;
  3. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020;
  4. Mewujudkan permuafakatan di semua Sekolah Berasrama Penuh;
  5. Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara;
  6. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
  7. Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
  8. Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
  9. Meningkatkan tahap kebajikan guru;
  10. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar;
  11. Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid;
  12. Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;
  13. Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%;
  14. Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa;
  15. Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid; dan
  16. Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.

Struktur Organisasi
SEKTOR PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN SBT
Unit Pengurusan dan Perhubungan SBT
SEKTOR PENGURUSAN OPERASI SBT
Unit Pengurusan Operasi SBT
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK SBP
Unit Akademik SBP
Unit Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Antarabangsa
SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SBP
Unit Pengambilan dan Kemasukan Murid
Unit Pengurusan Disiplin dan Kaunseling
Unit Pengurusan Bantuan dan Kebajikan
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN DAN KEPEMIMPINAN SBP
Unit Pengurusan Asrama dan Sistem Rumah
Unit Pengurusan Sukan dan Kokurikulum SBP
Unit Kepimpinan dan Profesionalisme
SEKTOR PENGURUSAN DASAR, INOVASI DAN KOMUNIKASI
Unit Dasar dan Inovasi
Unit Perhubungan dan Keurusetiaan
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SEKTOR PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN OPERASI PENDIDIKAN
Unit Naik Pangkat dan Tatatertib
Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
Unit Perjawatan dan Pengurusan Sekolah
Unit Kewangan dan Akaun
Unit Pembangunan, Perolehan dan Pengurusan Aset
SEKTOR PENGURUSAN KEBITARAAN AKADEMIK
Unit Kebitaraan Akademik
SEKTOR PENGURUSAN KEBITARAAN KOKURIKULUM
Unit Kebitaraan Kokurikulum

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara