Saturday, September 11, 2010
DVD Drama Kaunseling bantu tangani masalah disiplin
Perlakuan salah laku pelajar perlu ditangani dengan cara yang lebih efektif dan praktikal sebagai alternatif kepada pendekatan konvensional seperti memberi amaran, denda, rotan, nasihat atau tindakan buang sekolah.
Pengarah Urusan Nur-Ilmu Sdn Bhd, Zamsuri Zakaria berkata, kandungan DVD Siri Drama Kaunseling terbitan syarikatnya menyokong usaha ke arah pembentukan generasi muda yang kebal terhadap tarikan negatif oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, DVD ini dapat meningkatkan tahap disiplin dan mengurangkan gejala negatif bukan sahaja di dalam malah sehingga di luar sekolah.
"Pendekatan multimedia dalam format DVD ini amat serasi dengan jiwa dan naluri murid-murid," jelasnya.
Tambahnya, berdasarkan kajian membuktikan nasihat serta teguran melalui medium multimedia ini paling mudah diterima dan diingati murid.
DVD ini membincangkan isu-isu kontemporari gejala disiplin berkaitan kes culik, buli, merokok dan ponteng.
Sementara itu, Pengurus Pemasarannya william Foo berkata, DVD Drama Kaunseling yang berlatar belakangkan kehidupan sebenar murid sekolah di Malaysia ini bersifat merentas kurikulum.
Katanya, guru juga boleh menggunakan kandungan DVD tersebut sebagai bahan bantu mengajar untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih menarik, seronok dan berkesan.
"Kandungan DVD itu boleh dijadikan sebagai satu input untuk subjek pemahaman Bahasa Malaysia dan juga untuk tujuan motivasi," ujarnya.
Penerbitan DVD Drama Kaunseling ini bertujuan menyemai nilai murni yang berteraskan budaya kekeluargaan dan merangsang penglibatan ibu bapa serta masyarakat dalam aktiviti mendidik anak-anak.
Pada masa sama, ia merangsang penglibatan murid-murid secara aktif dalam
mendidik, menasihati dan memberi teladan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang masalah disiplin dalam kalangan murid.
Selain itu, ia memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang bantuan dan perlindungan yang boleh mereka peroleh daripada keluarga dan masyarakat berhubung isu disiplin.
DVD Siri Drama ini dijual pada harga RM200 yang mengandungi empat cakera.
Untuk pesanan atau pertanyaan lanjut, hubungi Nur-Ilmu di talian 03-61578201 atau e-mel nurilmu2@gmail.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment