Social Icons

-

Tuesday, August 28, 2012

Sekolah Integriti


SEKOLAH Integriti telah ditubuhkan pada April 2008 secara kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Sekolah Integriti ini beroperasi di enam buah penjara mengikut zon seperti berikut;

i. Sekolah Integriti Kluang [Penjara Kluang, Johor] - Zon Selatan
ii. Sekolah Integriti Kajang [Penjara Kajang, Selangor] - Zon Tengah
iii. Sekolah Integriti Marang [Penjara Marang, Terengganu] - Zon Timur
iv. Sekolah Integriti Sungai Petani [Penjara Sungai Petani, Kedah] - Zon Utara
v. Sekolah Integriti Puncak Borneo [Penjara Kuching, Sarawak] - Zon Sarawak
vi. Sekolah Integriti Kota Kinabalu [Penjara Kota Kinabalu, Sabah]- Zon Sabah

Terdapat juga dua buah Sekolah Henry Gurney yang berada di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia iaitu Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

Kedua-dua buah sekolah telah beropreasi sejak tahun 1950-an lagi.
Kesemua sekolah ini telah didaftarkan sebagai sekolah kerajaan pada Januari 2011.
Kesemua sekolah ini menjalankan aktiviti seperti mana sekolah kawalan penuh Kementerian Pelajaran dan membenarkan setiap pelajar yang berdaftar di sekolah ini untuk menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

--------------------------------------------

Pengenalan 

Jabatan Penjara Malaysia merupakan institusi terakhir dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia. Dalam konteks ini,Jabatan Penjara Malaysia telah diamanahkan untuk :.


  1. Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten ke atas penghuni sehingga penghuni dibebaskan;


  2. Memberi kawalan ke atas penghuni semasa mereka menjalani hukuman atau penahanan


  3. Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui berbagai pendekatan supaya dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang berguna dan produktif.


Syarat dan Peraturan 

  1. Mengemukakan permohonan kaji selidik tersebut kepada Pengarah Pengurusan Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh kajian bermula.


    1. Data peribadi pengkaji

    2. Tajuk kajian

    3. Jangkamasa kajian

    4. Maklumat yang diperlukan

    5. Surat sokongan dari institusi pengajian yang berkenaan


  2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui pengarah pusat pengajian masing-masing dan salinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Penjara berkaitan.


  3. Kajian yang dijalankan tidak boleh menyebabkan imej Jabatan Penjara dan Kerajaan Malaysia tercemar.


  4. Tidak dibenarkan mengambil foto banduan dan struktur fizikal dalam penjara. Pengambilan foto hanya dibenarkan bagi bahagian luar di hadapan pintu besar penjara.


  5. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian liputan/temubual/rencana bagi maksud penyiaran atau hebahan tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Penjara Malaysia.


  6. Pengkaji dan pusat pengajian yang terlibat adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap penyiaran liputan/temubual/rencana berkenaan.


  7. Senaskah hasil kaji selidik hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengarah Penjara berkenaan bagi maksud semakan dan rekod. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, Jabatan Penjara Malaysia tidak akan menimbangkan permohonan pelajar dari institusi pengajian berkenaan pada masa akan datang.


  8. Pihak pengkaji juga tertakluk kepada sebarang bentuk undangundang yang dikuatkuasakan dan sebarang pelanggaran boleh diambil tindakan, termasuk tindakan mahkamah.


  9. Jabatan Penjara berhak menarik balik kelulusan yang telah diberi atau penghasilan yang telah dihasilkan oleh pihak pengkaji jika kajian yang dilakukan tidak mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.


  10. Jabatan Penjara tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sewaktu kaji selidik dijalankan.


  11. Pengkaji perlu mematuhi dan tertakluk kepad asyarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Pengarah Penjara berkenaan dari semasa ke semasa.


Pegawai-Pegawai Yang Boleh Dihubungi 

Inspektor Rohayu binti Ismail 
Bahagian Pengurusan Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira, 43000 Kajang

E-mail : ayu@prison.gov.my 
No. Tel. : 03-87328000

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara