Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud telah
dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada 4 November 2010 yang
lalu.
Y.Bhg. Dato Abd Ghafar bin Mahmud berkelulusan Ijazah Sarjana dalam
bidang pendidikan dari Universiti of East Aglia, Norwich, United Kingdom
serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.
Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai perkhidmatan pelajaran pada 1 Mei 1977.
Sepanjang perkhidmatannya di Kementerian Pelajaran, Dato Abd. Ghafar
memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengarah Institut Aminuddin
Baki sejak tahun lepas, Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
pada 2008 dan Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum pada 2007.
Di samping itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Penolong
Pengarah, Unit Berasrama Penuh serta Ketua Penolong Pengarah, Unit
Perancang dan Pembangunan, Bahagian Sekolah pada 2001.