Social Icons

-

Thursday, August 8, 2013

Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB)

Inisiatif bentuk semangat berpasukan, hasil pelajar berkebolehan

Kuala Lumpur: Pengetua, guru besar, guru dan kakitangan sokongan sekolah yang menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) menyifatkan inisiatif diperkenalkan Kementerian Pelajaran sejak 2010 itu sebagai pencetus perubahan kepada bidang pendidikan negara.

Selain menerima ganjaran wang tunai, lebih penting BITB berjaya membentuk semangat berpasukan antara pengetua atau guru besar dengan guru dan kakitangan sokongan sekolah.
Dengan memberi fokus kepada penghasilan pelajar berkebolehan dan peningkatan pencapaian, sekolah yang menerima BITB secara tidak langsung menjadi model kepada sekolah di sekitarnya untuk mencapai matlamat sama.


Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata penerimaan BITB pengiktirafan besar di samping peluang kepada pentadbiran sekolah merangka program bersesuaian bagi membentuk sahsiah serta kerohanian murid.

Selain itu, katanya, pelbagai modul pembangunan diri dan aktiviti sedia ada mampu diperbanyakkan dari segi pengisian dan kandungannya, selari dengan perkembangan minda serta kehendak semasa pelajar.

Cipta kejayaan murid

“BITB inisiatif membangun dan mendidik guru untuk lebih berusaha mencipta kejayaan murid. Ia perangsang untuk mendisiplinkan diri (semua guru) dalam menumpukan aspek pembangunan serta kecemerlangan sekolah.
“Ia tidak boleh dicapai berseorangan, setiap kakitangan memainkan peranan penting termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kejayaan tidak akan terhasil jika tiada pengorbanan semua pihak ini,” katanya.

Zarina berkata, BITB yang diterima sekolahnya tiga tahun berturut-turut sejak 2010 memberikan keyakinan pihaknya untuk menjadi pusat rujukan sekolah berhampiran.

“Sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, kami memikul tanggungjawab secara bersama untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah berdekatan. Bukan sebagai pemantau, tetapi mahu mereka juga menikmati apa yang kami peroleh,” katanya.

Sejak dinobat penerima BITB dan SBT, Zarina berkata sekolah meletakkan sasaran mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.30 serta peningkatan penyertaan kokurikulum pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dari sudut akademik, katanya, sekolah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) pencapaian meningkat dalam akademik dan kokurikulum setiap tahun.

Proses penentuan KPI akan ditentukan semua guru dengan mengikut keupayaan semasa sekolah menerusi mesyuarat yang diadakan setiap awal tahun.

Antara kokurikulum difokuskan termasuk tenis, persembahan tarian serta pembabitan dalam program alam sekitar di peringkat antarabangsa.

“Kita menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam usaha mempromosikan teknik menjaga persekitaran hijau di Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Sekolah menyertai program pengantarabangsaan di empat negara sebelum ini seperti Sweden, India, Australia serta Amerika Syarikat membabitkan 300 pelajar sejak 2010. Ini manfaat diterima selepas bergelar SBT dan (penerima) BITB,” katanya.

Guru Besar SK Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya, Mariah Mahat, pula berkata selain meletakkan sasaran kecemerlangan akademik dan kokurikulum, sekolah juga berusaha mencapai status sekolah kluster dan SBT.

BITB tambah keyakinan

“Ini sasaran kami, penerimaan BITB memberikan keyakinan untuk guru terus berusaha mencapai sasaran diimpikan. Ia galakan dan harapan, mengimpikan hasrat murni itu dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau juga beranggapan penganugerahan BITB antara kemuncak kepada keupayaan warga pendidik dalam mencapai sasaran ditetapkan melalui akad tawaran atau bai’ah.

Katanya, usaha murni kerajaan ini merapatkan jurang dan menyamaratakan akses pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar.

“Banyak faedah kita peroleh menerusi BITB. Manfaatnya tidak bertumpu kepada guru, bahkan pelajar dan kakitangan sokongan turut menerima manfaat,” katanya kini dibantu 78 guru dan 10 kakitangan.

Mariah berkata, penerimaan BITB membolehkan sekolah meningkatkan pencapaian sukan seperti bola sepak, hoki dan bola baling pada peringkat kebangsaan.
 
--------------------------------------------------------------------------------
 

BITB lonjak prestasi sekolah

Kuala Lumpur: Inisiatif Program Tawaran Baru yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran sejak 2010 terbukti berhasil melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Sejak dilancarkan pada 2010, inisiatif berkenaan menyaksikan 129 sekolah rendah seluruh negara berjaya menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) tiga kali berturut-turut, 75 (dua kali) dan 173 (sekali).  

Apabila menerima BITB, bermakna sekolah berkenaan diiktiraf meningkat kedudukannya ke peringkat lebih baik.


Menerusi program itu, pengetua dan guru besar sekolah terbabit lebih komited dan bertindak sebagai pemberi motivasi kepada guru dan seluruh anggota pentadbiran sekolah untuk bekerja dalam satu pasukan memastikan pencapaian akademik, kokurikulum dan elemen pembelajaran lain mencapai tahap terbaik.

Impak positif

“Ini akan memberikan impak positif kepada ‘kemenjadian’ pelajar,” kata Timbalan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran, Norhayati Alias.

Tawaran Baru adalah inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan sebagai strategi meningkatkan kedudukan atau ranking sesebuah sekolah dengan semua pelajar atau muridnya lulus peperiksaan, selain mengenal pasti sekolah layak diiktiraf Sekolah Berprestasi (SBT) dan sekolah kluster.
Ada 7,743 sekolah rendah, 2,340 sekolah menengah dan 28 sekolah pendidikan khas di seluruh negara pada masa ini.

Bagi mencapai matlamat itu, pengetua dan guru besar akan diberikan ganjaran yang dikenali BITB, sekiranya sekolah mencapai tahap Melepasi Sasaran (ET) selepas dinilai jemaah nazir.

Pada peringkat permulaan, pencapaian mereka diukur mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) berdasarkan keputusan peperiksaan awam dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) meliputi standard kualiti pendidikan negara termasuk akademik, kokurikulum dan elemen lain.

Skor komposit

Kombinasi GPS dan SKPM seterusnya membentuk Skor Komposit yang menentukan ranking sekolah, yang mana kedudukan sekolah paling tinggi akan dinilai dari aspek ET (sekolah mempamerkan prestasi tinggi) dan melakukan Lonjakan Perdana.

Menerusi BITB, pengetua dan guru besar cemerlang layak menerima sijil anugerah Tawaran Baru dan ganjaran wang RM7,500 berdasarkan merit dan dibuka kepada peluang untuk dinaikkan pangkat atau dihantar berkursus ke luar negara.

“Bukan setakat itu, ganjaran turut diberikan kepada guru dan staf sokongan apabila lima peratus daripada keseluruhan jumlah guru sekolah mendapat RM1,800 dan selebihnya diberikan RM900, manakala staf sokongan RM500,” katanya.

Beliau berkata menerusi Tawaran Baru, sekolah yang lemah dapat ditingkatkan apabila diminta menjalani program pembangunan prestasi dikendalikan Institut Aminuddin Baki berdasarkan keperluan masing-masing.

Pada masa sama, program ini membolehkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengetahui ranking guru dan sekolah, untuk seterusnya memperbaiki ‘lompang’ yang ada termasuk menjalankan program bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemantauan berkala.

“Kesannya, keputusan peperiksaan calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkat selepas pengetua dan guru besar dan guru memainkan peranan serta menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

“Menerusi Tawaran Baru, perbelanjaan di sekolah diurus dengan lebih cekap dan berkesan malah memberi tumpuan penuh kepada murid yang lemah,” katanya.

Beliau berkata insentif ini diberikan kepada semua sekolah termasuk jenis kebangsaan, vokasional, teknik dan pendidikan khas bantuan kerajaan.

“Daripada Tawaran Baru, kita boleh ada sekolah yang berpotensi untuk menjadi SBT dan sekolah kluster.

“Sekolah pendidikan khas yang dikenal pasti lemah sebelum ini juga berjaya memperbaiki ‘lompang’ dan memenuhi penilaian serta syarat, seperti terbaru tahun ini, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Miri sekali gus menerima BITB,” katanya.

 

 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara