Ditubuhkan pada 1957 dan mula didaftarkan pada 21 Feb 1959 dengan
nama Syarikat Berkerjasama Membeli Harta Guru-Guru Agama Johor Utara. Orang
yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan ini adalah Allahyarham Penghulu Yahya
Bin Abdul Aziz. Oleh kerana beliau sedar akan kepincangan ekomoni yang dialami
oleh guru-guru agama khususnya di Muar.
Tujuan penubuhan adalah untuk menghindarkan mereka (guru-guru
agama) daripada terjerumus kepada beban dan masalah hutang riba’ dan mengelakkan
tanah-tanah mereka tergadai.
Penaja Ahli Lembaga dimasa itu adalah seramai 10 orang termasuklah
Tn. Haji Abdul Hamid Bin Ali Hassan dengan keanggotaan seramai 90 orang.
Kesemua Ahli Anggota Lembaga tersebut telah kembali ke Rahmatullah. Al -
Fatihah.
Pada November 1972, nama Syarikat Berkerjasama - Berkerjasama
Guru-Guru Agama Johor Utara Kerana Berjimat Cermat Menyimpan Wang Membeli Harta
& Perniagaan Dengan Tanggungan Berhad ditukar kepada Syarikat Kerjasama
Perusahaan & Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Utara Johor Berhad.
Pada 29 September 1978 nama baru telah didaftarkan lagi iaitu
Koperasi Perusahaan & Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad.
KOGAJ berjaya untuk menjaga kepentingan anggotanya dan akan terus
berusaha untuk memantapkan lagi perkhidmatannya demi menjadikan KOGAJ satu
entiti yang dapat menjanakan pendapatan dan seterusnya memberikan manfaat
kepada anggotanya. Insya ALLAH.
Produk
Utama KOGAJ
Skim Bai Al Inah – Jual Beli Emas Secara Ansuran
Skim Bai Bithaman Ajil – Jual Beli Barang & Perkhidmatan Secara Bayaran Bertangguh.
Skim Al Qardhul Hasan – Hutang Kebajikan.
Skim Al Wadiah – Simpanan.
Skim Kebajikan Am
KEGIATAN UTAMA YANG LAIN
-PERLADANGAN KELAPA SAWIT
Skim Bai Al Inah – Jual Beli Emas Secara Ansuran
Skim Bai Bithaman Ajil – Jual Beli Barang & Perkhidmatan Secara Bayaran Bertangguh.
Skim Al Qardhul Hasan – Hutang Kebajikan.
Skim Al Wadiah – Simpanan.
Skim Kebajikan Am
KEGIATAN UTAMA YANG LAIN
-PERLADANGAN KELAPA SAWIT
- LADANG SG BALANG – 32 EKAR
- LADANG TG SEMBERONG – 26 EKAR
- HASIL BERSIH PURATA – RM 150,000.00
SETAHUN
-PENYEWAAN RUANG PEJABAT DAN BANGUNAN
- DIJALANKAN DI SETIAP PREMIS/ ASET
KEPUNYAAN KOGAJ.
- HASIL BERSIH PURATA – RM 100,000.00
SETAHUN
PROJEK TERBARU KOGAJ YANG
SEDANG DAN AKAN BERJALAN
-PROJEK
KEDAI KIOSK KOGAJ.NET
- MODAL PERMULAAN LEBIH KURANG RM 30,000.00
(termasuk ubahsuai)
- MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL
KOMPUTER DAN TELEFON BIMBIT, MENJUAL KAD TAMBAH NILAI (TOP
UP).
- PERKHIDMATAN INSURAN TAKAFUL
NASIONAL (MOTOR)
- PERKHIDMATAN FOTOSTAT.
-PROJEK
AR RAHNU (PAJAK GADAI ISLAM)
- DIJANGKA BEROPERASI PADA SUKU KEDUA
2007
- MODAL PERMULAAN DIJANGKA RM
300,000.00
- STATUS SEKARANG : PENYEDIAAN
ATURAN, BORANG-BORANG DAN PROSEDUR KERJA.
- KAKITANGAN DAN ALK TELAH MENGIKUTI
KURSUS INTENSIF MENGENAI AR RAHNU DI MKM, KAAK BATU PAHAT DAN AKAN
MENERUSKAN PEMBELAJARAN DENGAN BANK RAKYAT.
Sumber KOGAJ
No comments:
Post a Comment