Social Icons

-

Monday, November 7, 2011

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan) Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. (aktiviti) Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. (penilaian).

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.

MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF

Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja)

Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

CIRI-CIRI PELAKSANAAN

  • Rekod Bacaan (buku rekod murid)
  • Borang Rekod (penilaian guru)
  • Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)

(cth: Tokoh Membaca/Tokoh NILAM)

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari

Membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ ringkasan)

2. Rakan Pembaca

Sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan


NILAM TAHAP JAUHARI

Sekolah Rendah

Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).


JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH RENDAH

90 - 179 buku - Gangsa

180 - 269 buku - Perak

270 - 359 buku - Emas

360 buku ke atas - NILAM (permata)


NILAM TAHAP JAUHARI

Sekolah Menengah

Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu


JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH MENENGAH

72 - 143 buku - Gangsa

144 - 215 buku - Perak

216 - 287 buku - Emas

287 buku ke atas - NILAM (permata)


RAKAN PEMBACA

Ciri-ciri Rakan Pembaca :

sudah membaca lebih dari 100 buah buku dalam Tahap Jauhari.

menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.

Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas)

akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.

dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku

akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.

Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP



AKTIVITI RAKAN PEMBACA

Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.

Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories).

Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:

  • menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
  • menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
  • menerangkan tentang ‘13 Mei’ / gerakan ‘Enlightenment’ (Sejarah)



STRATEGI PELAKSANAAN


Langkah Pertama

Pengurusan Dan Pemantauan


Langkah Kedua

  • Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak
  • Mengadakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman
  • Menyediakan buku rekod (jual/ riso)


Langkah Ketiga

o Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :

- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.

- tarikh akhir hantar laporan atau data

- ada laporan ringkas peningkatan.

bacaan pelajar secara individu / kelas.

- ada profil murid pembaca NILAM.

- ada rekod pencapaian jumlah buku

ikut subjek – kelas – tingkatan.

o Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah

o Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK - beri sticker pd buku rekod / SM – beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap).

o Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :

- guru matapelajaran tanda semasa kelas.

- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan

- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS

- guru beri data kepada penyelaras NILAM

- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.


Langkah Keempat

· Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid

Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS / semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca


STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI & MASA PELAKSANAAN

Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :

- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.

- Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).

- Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)

- Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan Pembaca

- Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal

- Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.


CONTOH AKTIVITI MEMBACA

Ø Projek Pukal

Ø Projek Iqra’

Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)

Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)

Ø Bacaan Kegemaran Saya

Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)

Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)

Ø Projek Cakna

Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)

Ø Rantai Buku (sambung cerita)


Langkah Kelima

Mengadakan Promosi Galakan Membaca

o Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG

o Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari Kantin / Mesy. PIBG

o Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku

o Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :

- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.

- data murid menghantar ‘rekod bacaan’ NILAM teramai.

(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)


Langkah Keenam : Ganjaran

Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.

Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.


FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN

Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.

Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah

(pemantauan & kewangan)

Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN

Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO


BAHAN-BAHAN BACAAN KARYA AGUNG / ‘CANON LITERATURE’

* ‘Karya Agung’ / ‘Canon Literature’ adalah karya yang ditulis oleh sasterawan / penulis terkenal dan berwibawa.

* Mempunyai tema yg. boleh memberi kesan kepada masyarakat.

* Mempunyai mesej yang mendalam.


CONTOH BACAAN KARYA AGUNG

* Huckleberry Finn (Mark Twain) – tentang sistem perhambaan Amerika

* Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ttg keperitan masy. tani

* Pinnochio (Carlo Coloddi) ttg moral supaya anak-anak bercakap benar.


LAGU NILAM

Membaca dan belajar , amalan

hidup mulia

Jadikanlah panduan wawasan anda

NILAM program membaca,

memberikan semangat

Membaca dengan jaya, budaya kita

membaca, matlamat NILAM kita,

Ganjaran yang diterima, tidak terhingga

Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari

Pembaca yang bestari, Anugerah diberi

chorus

NILAM, NILAM, Anugerah NILAM

Menerangi jalan suram,

NILAM, NILAM, Anugerah NILAM

Idaman pembaca jaya.

Membaca dan belajar , amalan hidup mulia

Jadikanlah panduan wawasan anda

NILAM program membaca, memberikan semangat

Membaca dengan jaya,budaya kita

Tabiat membaca, matlamat NILAM kita,

Ganjaran yang diberi, tidak terhingga

Jika suka membaca, dunia indah sekali,

Akal bijak bistari, hidup berseri

chorus

NILAM, NILAM, Anugerah NILAM

Menerangi jalan suram,

NILAM, NILAM, Anugerah NILAM

Idaman pembaca jaya…

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara