ASAS ANUGERAH
Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang menghasilkan makalah jurnal terbaik, satu dalam bidang Sains dan satu dalam bidang Sains Sosial/Sastera bagi tahun yang dinilai, iaitu dari 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya.
- Makalah yang diterbitkan dalam jurnal yang tersenarai di laman web http://www.mohe.gov.my/aan2011 layak dipertimbangkan. Senarai tersebut boleh berubah dari semasa ke semasa dan ditentukan seperti berikut:
- Bagi bidang Sains, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Science Edition terkini dibahagikan kepada 174 disiplin, dan 10% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan.(Lihat senarai jurnal bidang Sains)
- Bagi bidang Sains Sosial/Sastera, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Social Sciences Edition terkini dibahagikan kepada 56 disiplin, dan 25% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan. (Lihat senarai jurnal bidang Sains Sosial/Sastera)
- Untuk disiplin khusus seperti Kesusasteraan, Pengajian Melayu, Pengajian Islam dan Pengajian Seni, satu senarai berasingan disediakan dalam laman web tersebut.(Lihat senarai khas jurnal)
- Bagi bidang Sains, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Science Edition terkini dibahagikan kepada 174 disiplin, dan 10% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan.(Lihat senarai jurnal bidang Sains)
- Hanya penulis utama (principal / corresponding author) yang makalahnya beralamatkan universiti tempatan layak memohon.
- Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya SATU makalah sahaja untuk dipertimbangkan.
- Makalah tersebut mestilah diterbitkan pada tahun penerbitan yang dinilai. Tarikh penerbitan preview/early viewtidak diambil kira.
KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH
- Hanya makalah dalam jurnal yang tersenarai di laman web http://www.mohe.gov.my/aan2011 akan dipertimbangkan.
- Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor yang diberi kepada perkara berikut :
(i) Keaslian makalah
(ii) Impak dalam bidang ilmu
(iii) Sumbangan kepada negara
(iv) Impak kepada manusia sejagat
- Pakar luar daripada Jawatankuasa Penilai AAN akan dirujuk untuk menilai makalah jurnal yang telah disenarai pendek, jika perlu.
NILAI ANUGERAH
Nilai setiap anugerah adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta sijil penghargaan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anugerah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan bertanggungjawab membahagikannya sama rata kepada semua penulis lain (warganegara Malaysia sahaja).
No comments:
Post a Comment