BAHAGIAN VIII
PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIkAN
Bab 1—Pendaftaran Institusi Pendidikan
79. Semua institusi pendidikan hendaklah
didaftarkan.
(1) Tertakluk kepada peruntukan lain dalam
Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Permohonan untuk didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
(3) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1).
80. Daftar.
Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu daftar institusi pendidikan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.
81. Perakuan pendaftaran sementara.
(1) Sementara menanti selesainya penyiasatan tentang permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 79(2), Ketua Pendaftar boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan perakuan pendaftaran sementara dalam bentuk dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan kepada orang yang akan bertindak sebagai pengerusi lembaga pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan.
(2) Perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, menurut budi bicara Ketua Pendaftar, dibatalkan pada bila-bila masa melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan.
82. Pendaftaran.
(1) Tanpa menjejaskan seksyen 81 dan tertakluk kepada subseksyen (3) dan seksyen 83, Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan dibuat dengan sewajarnya dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, dan apabila apa-apa fee yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan institusi pendidikan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pengerusi lembaga pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.
(2) Pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyebabkan sesalinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) sentiasa dipamerkan di suatu tempat yang ketara di premis institusi pendidikan itu.
(3) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut sebelum pendaftaran.
83. Perubahan berkenaan dengan premis institusi
pendidikan.
(1) Tiada suatu institusi pendidikan pun boleh menukar alamat premisnya atau membuat apa-apa perubahan kepada premis itu tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
(2) Permohonan untuk menukar alamat premis
institusi pendidikan atau untuk membuat perubahan
kepada premis hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.
84. Keengganan untuk mendaftarkan institusi
pendidikan.
Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan jika dia berpuas hati—
(a) bahawa institusi pendidikan itu tidak
memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan;
(b) bahawa institusi pendidikan itu digunakan
atau mungkin digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia, awam atau murid;
(c) bahawa nama yang dengannya institusi
pendidikan itu hendak didaftarkan adalah, pada pendapatnya, tidak sesuai;
(d) bahawa kemudahan pendidikan yang sedia
ada sudah mencukupi di dalam kawasan di mana institusi pendidikan itu dicadangkan dibuka;
(e) bahawa suatu pernyataan yang palsu atau
mengelirukan berkenaan dengan sesuatu butir yang material telah dibuat dalam atau berkaitan dengan permohonan pendaftaran itu;
(f) bahawa orang yang memohon mendaftarkan
institusi pendidikan itu tidak atau enggan mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(3); atau
(g) bahawa orang yang dilantik menjadi
pengerusi lembaga pengelola atau guru besar bukanlah seorang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
85. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan
institusi pendidikan.
(1) Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah seksyen 84, dia hendaklah memberitahu pemohon melalui notis bertulis tentang keengganannya itu, dengan menyatakan alasan keengganannya dalam notis itu.
(2) Pemohon yang terkilan dengan keengganan
Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh notis itu disampaikan kepadanya mengikut subseksyen (1), merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
86. Larangan tentang pengiklanan, dsb.
(1) Tiada seorang pun boleh mempromosi sesuatu institusi pendidikan, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika institusi pendidikan itu telah didaftarkan atau perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan di bawah subseksyen 81(1).
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bab 2 —Pembatalan Pendaftaran
87. Alasan bagi pembatalan pendaftaran institusi
pendidikan.
(1) Ketua Pendaftar boleh menyampaikan notis kepada pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tentang niat untuk membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suaimanfaat untuk
berbuat sedemikian berdasarkan mana-mana alasan yang berikut:
(a) alasan yang dinyatakan dalam perenggan
84(a);
(b) bahawa disiplin di institusi pendidikan itu
tidak dijaga dengan secukupnya;
(c) bahawa pendaftaran institusi pendidikan itu
diperolehi oleh sebab kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan;
(d) bahawa pengerusi lembaga pengelola atau
mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan suatu butir yang material pada mempromosi institusi pendidikan itu;
(e) bahawa terdapat pelanggaran mana-mana
terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 79(3);
(f) bahawa lembaga pengelola institusi
pendidikan itu tidak ada pengerusi, atau bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau menjadi guru besar bukanlah orang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Ketua Pendaftar boleh bertindak di bawah subseksyen (1) jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa suatu institusi pendidikan berdaftar tidak lagi wujud.
(3) Notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan alasan yang berasaskannya pendaftaran dicadangkan dibatalkan.
(4) Jika notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada orang yang disebut dalam subseksyen itu, dia boleh dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh notis itu disampaikan kepadanya merayu kepada Menteri.
(5) Jika tiada rayuan dibuat di bawah subseksyen
(4), atau jika suatu rayuan telah dibuat tetapi ditolak,
Ketua Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu dengan serta-merta; dan dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh pembatalan itu, pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dan suratcara pengelolaannya kepada Ketua Pendaftar, dan pengerusi dan pengelolapengelola serta tiap-tiap pekerja institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran mereka yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepada Ketua Pendaftar.
Bab 3—Pendaftaran Pengelola dan Pekerja
88. Semua pengelola dan pekerja hendaklah
didaftarkan.
(1) Tiap-tiap orang yang bertindak sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan hendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan institusi pendidikan itu.
(2) Permohonan untuk didaftarkan sebagai pengelola atau pekeria sesuatu institusi pendidikan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.
89. Pendaftaran pengelola dan pekerja.
(1) Tertakluk kepada seksyen 90, Ketua
Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya dan selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja berkenaan dengan suatu institusi pendidikan dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada orang itu.
(2) Ketua Pendaftar boleh menurut budi
bicaranya mengeluarkan—
(a) kepada seseorang yang memohon untuk
didaftarkan di bawah Bab ini (sama ada semasa institusi pendidikan itu didaftarkan atau selepasnya); atau
(b) kepada seseorang yang diperlukan untuk
bertindak secara sementara sebagai pengelola atau pekerja,
suatu permit, dalam apa-apa borang yang ditetapkan, untuk bertindak atas sifat itu, dan semasa permit itu berkuatkuasa orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai berdaftar di bawah Akta ini.
(3) Permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen
(2) boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar pada bila-bila masa dan, dalam hal seseorang yang memohon untuk didaftarkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa apabila orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan didaftarkan di bawah Akta ini.
90. Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkan
pengelola atau pekerja.
(1) Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatu iflstitusi pendidikan jika—
(a) orang itu telah disabitkan atas suatu
kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit;
(b) orang itu telab, selain daripada atas sebab
sesuatu institusi pendidikan tidak lagi wujud sahaja, dikeluarkan daripada mana-mana daftar yang diwujudkan di bawah Akta ini atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bersamaan yang terdahulu;
(c) orang itu telah membuat pernyataan yang
palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan, permohonannya untuk didaftarkan, atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu; atau
(d) orang itu bukan warganegara Malaysia.
(2) Ketua Pendaftar hendaklah enggan mendaftarkan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun sebagai pengelola.
91. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan
pengelola atau pekerja.
Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan di bawah seksyen 90 dia hendaklah memberitahu orang itu melalui notis bertulis tentang keengganan itu.
92. Rayuan terhadap keengganan untuk
mendaftarkan pengelola atau pekerja.
Seseorang yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkannya sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam
masa dua puluh satu hari dan tarikh dia diberitahu tentang keengganan itu mengikut seksyen 91, merayu kepada Menteri.
93. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan
pengelola atau pekerja daripada daftar.
(1) Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan
daripada daftar seseorang pengelola atau pekerja—
(a) atas alasan yang dinyatakan dalam
perenggan 90(1 )(a);
(b) jika didapati oleh Ketua Pendaftar bahawa
orang itu bukanlah seorang yang, demi kepentingan Malaysia, awam atau mana-mana orang, patut kekal sebagai pengelola atau pekerja; atau
(c) yang telah memperolehi pendaftarannya
akibat suatu kesilapan atau apa-apa butir yang palsu atau mengelirukan yang diberikan dalam atau berkaitan dengan permohonannya untuk didaftarkan.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun boleh dikeluarkan daripada daftar di bawah perenggan (1)(a) atas sebab apa-apa fakta atau hal yang berlaku sebelum tarikh pendaftarannya dan yang telah diberitahu kepada Pendaftar sebelum tarikh itu.
94. Persaraan pengelola dan pekerja.
(1) Apabila seseorang pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan bersara atau berhenti bertindak sebagai yang sedemikian, pengerusi lembaga pengelola institusi pendidikan itu atau seseorang yang diberikuasa olehnya bagi maksud itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh pengelola atau pekerja itu bersara atau berhenti sedemikian, melaporkan hakikat itu kepada Ketua Pendaftar secara bertulis.
(2) Ketua Pendaftar hendaklah, apabila menerima laporan di bawah subseksyen (1), dengan segera mengeluarkan pengelola atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada daftar.
95. Orang yang dikeluarkan daripada daftar
hendaklah diberitahu.
Apabila seseorang dikeluarkan daripada daftar di bawah seksyen 93 atau 94 Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera memberitahu orang itu melalui notis bertulis bahawa dia telah dikeluarkan sedemikian dan alasan pengeluarannya itu.
96. Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar.
Seseorang yang dikeluarkan daripada daftar di bawah seksyen 93 atau 94 boleh, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh notis disampaikan kepadanya mengikut seksyen 95, merayu kepada Menteri.
97. Penyerahan balik perakuan pendaftaran.
(1) Seseorang yang telah dikeluarkan daripada daftar hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dan tarikh penyampaian notis di bawah seksyen 95, menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan pendaftaran pengelola atau pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, sesuatu institusi pendidikan.
(2) Jika rayuan dibuat di bawah seksyen 96, perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak perlu diserahkan balik sehingga rayuan itu diputuskan dengan memihak kepada Ketua Pendaftar.
Bab 4—Pendaftaran Murid
98. Pendaftaran murid.
Pengelola, guru besar atau orang lain yang bertanggungjawab tentang pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan, mengikut cara yang ditetapkan, suatu daftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan mengenai semua murid di institusi pendidikan itu.
Bab 5—Pemeriksaan Institusi Pendidikan
oleh Ketua Pendaftar
99. Pemeriksaan hendaklah dibuat dan semasa ke
semasa.
Ketua Pendaftar hendaklah, dan semasa ke semasa, memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi.
100. Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa
institusi pendidikan yang berdaftar.
(1) Semasa menjalankan pemeriksaan menurut
seksyen 99, Ketua Pendaftar boleh—
(a) memasuki mana-mana premis dan
memeriksa mana-mana buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang difikirkannya perlu; dan
(b) mengambil dan menahan apa-apa buku,
dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang didapatinya memudaratkan kepentingan awam atau murid atau yang, pada pendapatnya, boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa ketika menjalankan dengan sahnya pemeriksaan di sesuatu institusi pendidikan di bawah Akta ini menghendaki mana-mana orang, yang menjadi pengelola, pekerja, guru atau murid institusi pendidikan itu, supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang berhubungan dengan pengurusan, atau pengajaran yang dijalankan di, institusi pendidikan itu yang ada dalam milikan orang itu atau yang di bawah kawalannya atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk mengemukakan.
101. Pemeriksaan premis institusi pendidikan yang tak
berdaftar.
Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu, boleh—
(a) memasuki dan memeriksa rumah bangunan
atau tempat itu; dan
(b) menyita dan menahan apa-apa buku,
dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang terdapat di dalamnya yang didapatinya boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau yang tampaknya adalah harta, atau telah digunakan berkaitan dengan, sesuatu institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
102. Kuasa untuk menutup institusi pendidikan yang
tak berdaftar.
(1) Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftan di bawah Akta ini atau sedang digunakan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen 47(2) atau 77(3), maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu boleh, tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 99, 100 dan 101, dengan segera mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara menutup institusi pendidikan itu.
(2) Apa-apa tindakan yang diambil di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang Ketua Pendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini.
BAHAGIAN IX
PENDAFTARAN GURU
Bab 1 Pendaftaran Guru
103. Larangan mengajar.
(1) Tertakluk kepada su6seksyen (2), tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagai guru di bawah Akta ini.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai –
(a) bagi seseorang yang menjadi
anggota Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;
(b) bagi seseorang yang kepadanya
suatu permit untuk mengajar telah dikeluarkan di bawah seksyen 114; dan
(c) bagi seseorang murid di sesuatu
institusi pendidikan bagi latihan guru yang ditubuhkan oleh dan di bawah kawalan langsung Menteri.
104. Daftar guru.
Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang ditetapkan suatu daftar guru yang di dalamnya hendaklah dicatatkan apa-apa butir yang ditetapkan.
105. Permohonan untuk didaftarkan
sebagai guru
Permohonan untuk didaftarkan sebagai guru hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan.
106. Kuasa Ketua Pendaftar untuk enggan
mendaftarkan seseorang sebagai guru.
Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru di bawah Akta ini jika dia berpuas hati bahawa orang itu -
(a) berumur kurang daripada lapan belas
tahun;
(b) tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar
atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu;
(c) telah membuat pernyataan yang palsu atau
mengelirukan atau yang orang itu tahu adalah palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan permohonannya supaya didaftarkan atau telah dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu;
(d) menanggung suatu kecacatan jasmani atau
mental atau penyakit, yang pada pendapat Ketua Pendaftar, menjadikan orang itu tidak sesuai menjadi guru;
(e) telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh
mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit; atau
(f) bukanlah seorang yang layak dan sesuai
didaftarkan sebagai guru.
107. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan
seseorang sebagai guru.
Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan seseorang di bawah seksyen 106 dia hendaklah, melalui notis bertulis, memberitahu orang itu tentang keengganannya dengan menyatakan alasan bagi keengganan itu.
108. Rayuan terhadap keengganan untuk
mendaftarkan seseorang sebagai guru.
Seseorang yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkannya sebagai guru boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis disampaikan kepadanya mengikut seksyen 107, merayu kepada Menteri.
109. Pendaftaran guru
(1) Tertakluk kepada seksyen 106 dan 108,
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan untuk didaftarkan di bawah Bab ini dibuat dengan sewajarnya dan selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, dan apabila fee yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan pemohon itu dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sebagai guru kepadanya mengikut cara yang ditetapkan.
(2) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan seseorang pemohon di bawah subseksyen (1) dan dia boleh pada bila-bila masa membatalkan, mengubah atau menambah terma dan syarat itu.
110. Pembatalan pendaftaran selepas diberikan
notis.
(1) Jika Ketua Pendaftar berpuas hati –
(a) bahawa adalah suaimanfaat untuk berbuat
sedemikian atas mana-mana alasan yang disebut dalam perenggan 106(c) hingga (e);
(b) bahawa seseorang guru berdaftar telah
melakukan pelanggaran atau telah tidak mematuhi manamana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2);
(c) bahawa pendaftaran seseorang guru telah
diperolehi disebabkan oleh kesilapan atau apaapa pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkaitan dengan suatu permohonan untuk didaftarkan; atau
(d) bahawa ada alasan yang munasabah untuk
mempercayai bahawa pengekalan pendaftaran orang itu sebagai guru akan memudaratkan kepentingan institusi pendidikan itu atau murid, dia boleh menyampaikan kepada guru itu notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran guru itu.
(2) Seseorang guru yang kepadanya telah disampaikan suatu notis menurut subseksyen (1) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, merayu kepada Menteri.
(3) Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau jika rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan pendaftaran itu dan menyampaikan suatu notis kepada guru itu yang memberitahunya bahawa pendaftarannya telah dibatalkan.
(4) Tiada pembatalan pendaftaran boleh dibuat di bawah seksyen ini berasaskan mana-mana alasan yang disebut dalam perenggan 106(d) dan (e) disebabkan apaapa fakta atau hat yang berlaku sebelum tarikh pendaftaran seseorang guru dan yang telah diberitahu kepada Ketua Pendaftar sebelum tarikh itu.
111. Rayuan.
(1) Jika atas suatu rayuan yang dibuat di bawah Bab ini Menteri memerintahkan supaya seseorang guru didaftarkan, atau hendaklah kekal didaftarkan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan, maka Ketua Pendaftar hendaklah mengenakan syarat-syarat itu.
(2) Syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2).
112. Pengeluaran daripada daftar
Jika pendaftaran seseorang guru telah dibatalkan di bawah seksyen 110 dan notis telah disampaikan di bawah subseksyen 110(3), Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera mengeluarkan guru itu daripada daftar, dan guru itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, menyerahkan balik perakuan pendaftarannya kepada Ketua Pendaftar.
113. Peruntukan peralihan tentang pendaftaran
guru.
Seseorang yang pada ta rikh yang ditetapkan adalah berdaftar atau disifatkan berdaftar sebagai guru di bawah Akta Pelajaran 1961 hendaklah disifatkan telah didaftarkan sedemikian di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada Akta ini.
Bab 2 - Permit Mengajar
114. Pengeluaran permit mengajar.
(1) Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kepada orang yang berikut, yang bukan merupakan guru berdaftar:
(a) seseorang guru pelatih, selain daripada
mereka yang dinyatakan dalam perenggan 103(2)(c), yang sedang menjalani latihan menjadi guru mengikut mana-mana skim yang diluluskan oleh Menteri;
(b) seseorang yang telah memohon untuk
didaftarkan sebagai guru dan permohonan-nya belum diputuskan lagi; atau
(c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak
sebagai guru untuk sementara.
(2) Permit mengajar hendaklah dalam borang
dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan.
(3) Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa dan menurut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dengan memberikan notis bertulis kepada pemegang permit itu.
Bab 3 - Pelbagai
115. Penyerahan balik perakuan pendaftaran
sebagai guru
Perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undangundang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan pendaftaran guru atau apa-apa dokumen yang menjadi keterangan mengenai pendaftaran atau pengecualian daripada pendaftaran guru atau bahawa seorang guru itu disifatkan sebagai didaftarkan di bawah undang-undang itu, atau suatu permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 hendaklah -
(a) apabila perakuan, dokumen atau permit itu
dibatalkan;
(b) apabila orang yang kepadanya perakuan,
dokumen atau permit itu dikeluarkan berhenti mengajar di sesuatu institusi pendidikan di Malaysia selama suatu tempoh berterusan yang melebihi dua tahun, atau apabila orang itu meninggal dunia;
(c) apabila diminta secara bertulis oleh Ketua
Pendaftar bagi tujuan penggubahan, pemindaan, pengendorsan atau penggantian; atau
(d) dalam hal suatu permit, apabila tempoh
kesahannya tamat,
diserahkan balik kepada Ketua Pendaftar dalam masa dua puluh satu hari oleh orang yang kepadanya perakuan, dokumen atau permit itu dikeluarkan atau mana-mana orang yang ada dalam milikannya perakuan, dokumen atau permit itu.
116. Kewajipan guru untuk memberitahu tentang
pertukaran institusi pendidikan.
Tiap-tiap guru berdaftar hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh dia mula atau berhenti mengajar di sesuatu institusi pendidikan melaporkan secara bertulis kepada Ketua Pendaftar nama institusi pendidikan tempat dia mengajar atau berhenti mengajar dan tarikh dia mula mengajar atau berhenti mengajar di institusi pendidikan itu.
BAHAGIAN X
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Bab 1 Jemaah Nazir
117. Kewajipan Ketua Nazir.
Ketua Nazir hendaklah-
(a) bertanggungjawab, dengan kerjasama
mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan;
(b) memeriksa institusi pendidikan atau
menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkannya sesuai;
(c) apabila diarahkan supaya berbuat
sedemikian oleh Menteri, memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; dan
(d) menjalankan apa-apa kewajipan lain ber-
hubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.
118. Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan
nasihat.
Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.
119. Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah.
Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberikuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
120. Laporan Nazir Sekolah.
(1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu.
(2) Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri, disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran institusi pendidikan itu dan manamana guru di institusi pendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.
Bab 2 –Am
121. Kuasa am Nazir Sekolah.
Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut "Nazir") boleh –
(a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu
institusi pendidikan; dan
(b) menghendaki pengerusi lembaga pengelola
atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu -
(i) mengemukakan bagi pemeriksaan-
nya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau apa-apa buku, bahan; dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang pada pendapat Nazir itu mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan
(ii) memberikan kepada Nazir itu apa-
apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau
orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.
122. Ketua Nazir boleh memberikuasa Pegawai
Pendidikan untuk bertindak bagi pihaknya.
Ketua Nazir boleh secara bertulis memberikuasa Pegawai Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam penjalanan kuasa kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.
BAHAGIAN XI
KEWANGAN
123. Kecualian berhubungan dengan Menteri.
Kecuali setakat yang wang diluluskan atau diperuntukkan bagi maksud itu oleh Parlimen atau selainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengenakan apa-apa kewajipan kepada Menteri untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu institusi pendidikan di bawah Akta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atau sebahagian daripada suatu institusi pendidikan.
124. Sumbangan bantuan dan sumbangan modal
hendaklah tertakluk kepada syarat, dsb. yang ditetapkan.
Apa-apa sumbangan bantuan atau sumbangan modal yang boleh dibayar di bawah Akta ini kepada sesuatu institusi pendidikan, selain daripada institusi pendidikan kerajaan, daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud itu hendaklah dibayar tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang ditetapkan.
125. Kuasa Menteri untuk menggantung atau
mengkensel pembayaran apa-apa sumbangan.
Menteri boleh menggantung atau mengkensel atau menyebabkan digantung atau dikensel pembayaran apaapa sumbangan kepada sesuatu institusi pendidikan jika pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
BAHAGIAN XII
RAYUAN
126. Menteri hendaklah memutuskan rayuan selepas
penyiasatan.
(1) Apabila rayuan dibuat kepada Menteri terhadap keputusan Ketua Pendaftar, Menteri, melainkan jika dia membenarkan rayuan itu dengan segera, hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada orang yang difikirkannya layak untuk menyiasat fakta dan mengemukakan laporan tentang fakta itu kepadanya.
(2) Selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah memutuskan perkara rayuan itu clan membuat apa-apa perintah tentangnya sebagaimana yang difikirkannya wajar dan patut.
(3) Keputusan Menteri mengenai sesuatu
rayuan adalah muktamad.
127. Kuasa Jawatankuasa Siasatan.
Tertakluk kepada seksyen 129 dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Jawatankuasa Siasatan hendaklah mempunyai kuasa –
(c) untuk memperoleh dan menerima segala
keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang (termasuklah perayu) yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa Siasatan;
(d) untuk menghendaki supaya keterangan
seseorang diberikan dengan sumpah atau ikrar atau dengan akuan berkanun;
(e) untuk memanggil mana-mana orang
termasuklah perayu supaya hadir dan memberikan keterangan walau apa pun peruntukan mana-mana undang, undang bertulis yang lain;
(f) untuk menerima apa-apa keterangan
bertulis atau lisan, walaupun keterangan itu tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
(g) untuk tidak membenarkan orang awam
menyertai apa-apa penyiasatan atau mana-mana bahagiannya dan, jika Jawatankuasa Siasatan berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian, menerima keterangan tanpa kehadiran perayu; tetapi jika keterangan diterima tanpa kehadiran perayu, Jawatankuasa Siasatan hendaklah memberitahu perayu tentang isi keterangan itu setakat yang bersesuaian dengan kepentingan awam untuk berbu-at sedemikian, dan hendaklah dalam tiaptiap kes sedemikian memasukkan dalam laporan kepada Menteri suatu kenyataan
tentang hal keadaan yang membuatkan keterangan itu diterima.
128. Peguambela dan peguamcara tidak boleh hadir
di hadapan Jawatankuasa Siasatan.
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada peguambela atau peguamcara boleh dibenarkan hadir dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Siasatan.
129. Keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan.
(1) Tiada seorang pun yang dikehendaki memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan berkewajipan mendedahkan nama atau alamat mana-mana orang yang telah memberikan maklumat secara sulit kepada seorang pegawai awam berhubungan dengan apa-apa fakta yang menjadi hal perkara penyiasatan dan tidaklah juga mana-mana orang berkewajipan menyatakan apa-apa perkara yang pada pendapatnya mungkin membawa kepada penemuan orang yang telah memberikan maklumat sedemikian.
(2) Tiada seorang pun yang dikehendaki di bawah seksyen 127 untuk memberikan keterangan berkewajipan memberikan apa-apa kete-rangan yang mungkin boleh menunjukkan bahawa dia bersalah.
BAHAGIAN XIII
PERATURAN-PERATURAN
130. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan.
(1) Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturanperaturan bagi atau berkenaan dengan semua atau manamana perkara yang berikut:
(a) penerimaan masuk murid ke institusi
pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana-mana kelas di institusi pendidikan itu;
(b) tempoh penggal institusi pendidikan,
hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu clan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan;
(c) penubuhan dan pengurusan institusi
pendidikan, dan kewajipan pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu;
(d) bentuk yang mengikutnya daftar bagi
pendaftaran institusi pendidikan atau pengelola atau pekerja hendaklah disimpan atau disenggarakan dan prosedur bagi pengeluaran cabutan daripadanya;
(e) prosedur yang hendaklah diikuti dan
fee yang disifatkan patut dikenakan berhubungan dengan sesuatu permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa perakuan atau permit atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
(f) prosedur yang hendaklah diikuti bagi
pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan penggantian perakuan atau permit sedemikian yang hilang atau rosak;
(g) disiplin di institusi pendidikan dan
apa-apa kegiatan murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, yang pada pendapat Menteri mungkin mempunyai kesan terhadap disiplin sesuatu institusi pendidikan;
(h) Kurikulum Kebangsaan termasuklah
mata pelajaran dan perkara, yang bukan pengajian yang berhubungan dengan agama di Malaysia, yang mengenainya ajaran boleh atau hendaklah diberikan di institusi pendidikan dan masa yang hendaklah ditumpukan kepada pengajian setiap mata pelajaran yang diajarkan di institusi pendidikan;
(i) penubuhan, penyusunan, pengu-
rusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid atau persatuan murid dan guru, atau persatuan guru dan ibu bapa sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini boleh membuat peruntukan supaya persatuan guru dan ibu bapa sedemikian mengandungi mana-mana orang selain daripada guru atau ibu bapa murid di institusi pendidikan yang berkenaan;
(j) buku, bahan dan radas yang
hendaklah digunakan di institusi pendidikan, dan kaedah pembelian buku, bahan dan radas itu;
(k) larangan tentang penggunaan di
sesuatu institusi pendidikan atau mana-mana golongan institusi yang ditentukan apa-apa buku atau bahan yang penggunaannya didapati tidak diingini;
(l) larangan tentang penggunaan atau
penghantaran kepada mana-mana murid oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh atau pembekalan, pengimportan atau penjualan bagi kegunaan atau penghantaran oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh, apa-apa bahan, buku, pelajaran, pengajaran atau bahan lain yang bercetak atau bertulis atau selainnya yang penggunaannya oleh pusat pendidikan jarak jauh itu didapati tidak diingini;
(m) penyimpanan buku akaun dan
pengauditan akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan;
(n) piawaian, termasuklah piawaian
kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan premis institusi pendidikan yang perlu dipatuhi, dan penetapan piawaian dan kegunaan yang berlainan bagi apaapa perihal institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sedemikian;
(o) pendaftaran murid di institusi
pendidikan, pemeriksaan daftar murid berkenaan, pengambilan cabutan dari daftar itu bagi maksud Akta ini oleh orang yang diberikuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu di bawah peraturanperaturan, dan pemberian kepada mana-mana pihak berkuasa yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, penyata tentang
kandungan daftar itu yang suaimanfaat, oleh orang yang dikehendaki menyimpan daftar berkenaan di bawah peraturan-peraturan;
(p) bentuk yang mengikutnya daftar guru
yang disimpan di bawah seksyen 104 hendaklah disimpan atau disenggarakan, dan prosedur bagi pengeluaran salinan yang diperakui tentang butiran-butiran yang terkandung dalam daftar itu;
(q) prosedur yang hendaklah diikuti bagi
pengendorsan, pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 dan penggantian perakuan atau permit mengajar yang hilang atau rosak;
(r) prosedur yang hendaklah diikuti dan
akibat langsung berikutan pembatalan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 atau pembatalan permit mengajar;
(s) apa-apa fee yang disifatkan patut
dikenakan bagi permohonan untuk didaftarkan sebagai guru di bawah, atau apabila dikeluarkan perakuan atau permit mengajar atau selainnya berkenaan dengan apa-apa perkara yang tersebut dalam Bahagian IX;
(t) amalan dan prosedur yang hendaklah
diikuti berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 126(1);
(u) cara merayu terhadap keputusan
Ketua Pendaftar yang hendaklah
dibuat kepada Menteri dan fee yang hendaklah dibayar berkenaan dengan sesuatu rayuan;
(v) penubuhan, penyusunan,
pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa sukan di institusi pendidikan dan bagi institusi-institusi pendidikan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan;
(w) peruntukan bagi pendidikan
pengembangan di institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini;
(x) pengedaran oleh murid atau murid-
murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, apa-apa majalah, risalah atau bahan bercetak atau bahan bertulis yang seumpamanya;
(y) cara menentukan amaun sumbangan
bantuan yang hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan;
(z) syarat-syarat dan batasan-batasan
yang menurutnya atau tertakluk kepadanya sumbangan bantuan atau sumbangan modal hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan;
(aa) penentuan yuran yang diluluskan yang
dikenakan berkenaan dengan kehadiran untuk belajar di institusi pendidikan secara amnya, atau di mana mana golongan institusi pendidikan bantuan kerajaan dan pembayaran atau peremitan yuran sedemikian;
(ab) cara untuk memindahmilikkan atau
meletak-hakkan apa-apa harta yang dipindahmilikkan atau diletakhakkan di bawah Akta ini dan cara mendaftarkan hakmilik mana-mana harta sedemikian;
(ac) apa-apa fee yang disifatkan patut
dilevi berkenaan dengan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini;
(ad) borang yang boleh digunakan bagi
melaksanakan peruntukan Akta ini dan yang boleh digunakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan atau yang dikehendaki dalam Akta ini supaya ditetapkan oleh Menteri; dan
(ae) apa-apa perkara lain yang disifatkan
oleh Menteri sebagai suaimanfaat atau perlu bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
131. Peraturan boleh menetapkan penalti kerana
pelanggarannya
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi enam bulan.
BAHAGIAN XIII
KESALAHAN DAN PENALTI
132. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan
pendaftaran institusi pendidikan.
(1) Seseorang yang, sebagai pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan, membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam mempromosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2) Seseorang yang -
(a) apabila membuat permohonan di
bawah Akta ini bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan, atau bagi pendaftaran sebagai pengelola atau pekerja, atau selainnya bagi maksud mendorong Ketua Pendaftar untuk menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;
(b) menghalang atau menggendalakan
Ketua Pendaftar, pegawai awam atau pegawai polis dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada pegawai itu di bawah seksyen 100, 101 atau 102;
(c) enggan mengemukakan apa-apa
buku, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subseksyen
100(2) atau memberikan apa-apa maklumat yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar;
(d) sebagai pengerusi lembaga
pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1);
(e) sebagai pengelola atau orang yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang bertindak sebagai pengelola atau orang yang ber-anggungjawab ke atas pengurusan, atau sebagai pekerja institusi pendidikan itu tanpa didaftarkan di bawah Akta ini;
(f) bertindak sebagai pengelola atau
pekerja di institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di ; bawah Akta ini; atau
(g) sbagai pengerusi lembaga pengelola
atau pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud suatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang,
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(3) Seseorang yang -
(a) sebagai pengerusi lembagf penge-
lola atau sebagai orang yang bertanggung-jawab ke atas penguru-san sesuatu institusi pendidikan tidak menyebabkan salinan pera-kuan pendaftaran institusi pendidikan itu dipamerkan mengikut subseksyen 82(2);
(b) tidak menyerahkan balik kepada
Ketua Pendaftar mana-mana perakuan pendaftaran atau suratcara pengelo-laan di bawah subseksyen 87(5) atau 97(1);
(c) sebagai pengerusi Iembaga
pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1); atau
(d) sebagai tuan punya atau penghuni
mana-mana premis dan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa premis itu atau sebahagian daripadanya digunakan sebagai institusi pendidikan yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta ini tetapi tidak didaftarkan sedemikian, telah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang penggunaan sedemikian,
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
133. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan
pendaftaran guru.
(1) Seseorang yang, semasa membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai guru atau selainnya bagi maksud mendorong Ketua Pendaftar menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia ketahui adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2) Seseorang yang –
(a) bertindak sebagai guru di sesuatu
institusi pendidikan dengan melanggar subseksyen 103(1);
(b) menyebabkan, membenarkan atau
mengambil kerja seseorang untuk bertindak sebagai guru dengan melanggar subseksyen 103(1);
(c) bertindak sebagai guru di suatu
institusi pendidikan yang tak berdaftar;
(d) sebagai guru berdaftar mengajar di
suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2) atau sebagai pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114, mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh permit itu;
(e) menyebabkan, membenarkan atau
mengambil kerja seseorang guru berdaftar untuk mengajar di suatu
institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang berhubungan dengan guru itu yang dikenakan di bawah seksyen 109 atau menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 untuk mengajar selain daripada mengikut syarat yang dikenakan oleh permit itu;
(f) tidak menyerahkan balik perakuan,
dokumen atau permit mengikut seksyen 115; atau
(g) sebagai guru berdaftar tidak
membuat laporan kepada Ketua Pendaftar mengikut seksyen 116,
boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (b) atau (e), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (a), (c), (d), (f) atau (g), didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
134. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan
Nazir.
Seseorang yang-
(a) menghalang atau menggendalakan
Ketua Nazir atau Nazir Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121;
(b) enggan mengemukakan mana-mana
jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat, dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau
(c) memberikan apa-apa maklumat yang
palsu dalam apa-apa perkara yang
material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar,
(d) adalah melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
135. Penalti am
(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
136. Kuasa untuk menyiasat.
(1) Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2) Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini,
menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Prosedur Jenayah dalam mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan oleh Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis.
137. Kuasa untuk masuk tanpa waran.
Tanpa menjejaskan seksyen 136, jika Ketua Peridaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tujuan apa-apa penggeledahan yang hendak dilakukan di mana-mana premis bagi maksud Akta ini mungkin terkecewa oleh sebab apa-apa kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah Kanun Prosedur Jenayah, dia boleh, tanpa waran, memasuki mana-mana premis itu bagi maksud sedemikian dengan menggunakan hanya apa-apa kekerasan yang perlu sahaja supaya dia dapat masuk.
138. Memulakan dan menjalankan pendakwaan.
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau seorang pegawai polis, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, memulakan dan menjalankan pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
139. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan.
(1) Ketua Pendaftar boleh, dalam sesuatu hal apabila difikirkannya layak dan patut untuk berbuat sedemikian, dan dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan
oleh seseorang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, kecuali suatu kesalahan di bawah seksyen 72 dan subseksyen 132(1), atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pendaftar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan, yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan, jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pendaftar, maka pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di
bawah subseksyen (1) maka -
(a) tiada pendakwaan boleh dibuat selepas
itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk meng-kompaun itu telah dibuat; dan
(b) Apa-apa barang, benda atau artikel lain
yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.
(4) Apa-apa wang yang dibayar kepada Ketua
Pendaftar menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
BAHAGIAN XV
PELBAGAI
140. Pegawai disifatkan sebagai pengkhidmat awam.
Tiap-tiap orang yang dilantik, atau yang secara sah menjalankan kuasa seseorang yang dilantik, di bawah Bahagian II, hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan.
141. Kehendak tentang premis.
(1) Pengelola atau orang yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah memastikan bahawa premis institusi pendidikan itu mematuhi apa-apa piawaian yang ditetapkan bagi institusi pendidikan yang sama perihalnya dengan institusi pendidikan itu.
(2) Jika Menteri berpuas hati, berkenaan dengan sesuatu institusi pendidikan, bahawa setelah mengambil kira keadaan tapak atau mana-mana bangunan yang sedia ada di situ atau hal keadaan tertentu yang lain yang menyentuh premis itu tidaklah munasabah dalam hal yang sedemikian untuk menghendaki pematuhan piawaian yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) mana-mana ' aspek tertentu, dia boleh mengarahkan supaya premis itu disifatkan sebagai mematuhi piawaian yang ditetapkan jika sebagai ganti pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan itu premis itu mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan dalam arahan itu.
142. Pendaftaran murid di institusi pendidikan
kerajaan atau bantuan kerajaan.
Kecuali dengan kebenaran Pendaftar, seseorang murid yang berdaftar sebagai murid di suatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan tidak boleh, semasa masih berdaftar sedemikian, mendaftar di manamana institusi pendidikan sedemikian yang lain.
143. Kuasa untuk mengecualikan institusi
pendidikan.
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan tentang pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengkensel atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
144. Jawatankuasa Khas.
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membentuk suatu jawatankuasa khas yang terdiri daripada orang yang dilantik oleh Menteri berkenaan dengan –
(a) Mana-mana institusi pendidikan atau
golongan institusi pendidikan tertentu; atau
(b) apa-apa perkara atau projek pendidikan,
bagi maksud menasihatinya dalam perkara yang berhubungan dengan institusi pendidikan, golongan institusi pendidikan atau perkara atau projek pendidikan itu dan dia boleh menurut budi bicaranya memberikan jawatankuasa sedemikian segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada suatu Jawatankuasa Siasatan oleh seksyen 127.
145. Penyampaian notis, dsb.
(1) Mana-mana notis, perintah atau komunikasi, yang dikehendaki oleh, atau boleh dihantar atau disampaikan kepada –
(a) pengerusi lembaga pengelola, pengelola
atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan, atau pekerja, sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah Akta ini, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada pengerusi, pengelola, orang atau pekerja itu di alamat berdaftar institusi pendidikan itu atau boleh disampaikan dengan melekatkan notis, perintah atau komunikasi itu di suatu bahagian yang ketara di premis institusi pendidikan itu yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pendaftar;
(b) seseorang yang memohon supaya sesuatu
institusi pendidikan didaftarkan atau supaya didaftarkan sebagai guru, pengelola atau pekerja, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada orang itu di alamat yang dinyatakan dalam borang permohonannya;
(c) seseorang guru berdaftar, bolehlah
disampaikan melalui surat yang dialamatkan ke institusi pendidikan atau alamat terakhir yang dilaporkan kepada Ketua Pendaftar di bawah seksyen 116;
(d) pemegang permit mengajar yang
dikeluarkan di bawah seksyen 114, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan ke institusi, pendidikan yang berkenaan dengannya permit itu dikeluarkan; dan
(e) mana-mana orang selain daripada orang
yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d), bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggalnya yang terakhir yang diketahui.
Walau apa pun perenggan (1)(a), jika pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan belum dilantik, maka notis, perintah atau komunikasi yang hendak disampaikan kepada pengerusi itu bolehlah dialamatkan atau disampaikan kepada orang yang, pada pendapat Ketua Pendaftar, bertanggungjawab ke atas institusi pendidikan itu.
BAB XVI
PERALIHAN DAN PEMANSUHAN
146. Pertukaran nama institusi pendidikan tertentu
Pada tarikh yang ditetapkan semua nama institusi
pendidikan yang, sebaik sahaja sebelum tarikh itu ialah
(a) sekolah rendah kebangsaan hendaklah
dikenali sebagai sekolah kebangsaan; dan
(b) sekolah rendah jenis kebangsaan
hendaklah dikenali sebagai sekolah jenis kebangsaan.
147. Sekolah menengah vokasional hendaklah
menjadi sebahagian daripada sekolah menengah kebangsaan sehingga dimansuhkan.
Sekolah menengah vokasional yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terus menjadi sebahagian daripada sekolah menengah kebangsaan di bawah perenggan 30 (1)(b) sehingga sekolah sedemikian dimansuhkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
148. Bantuan kepada institusi pendidikan yang sedia
ada.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri hendaklah terus membantu semua institusi pendidikan yang menerima sumbangan bantuan atau bantuan kewangan lain yang serupa daripada Kerajaan atau daripada wang awam pada hari sebaik sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan.
149. Kecualian berkenaan dengan sumbangan untuk
pengajaran agama.
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, Kerajaan Persekutuan boleh terus membuat bayaran berkenaan dengan kos yang disebut dalam seksyen 37 Akta Pelajaran 1961 berhubungan dengan ajaran agama yang diberikan di bawah seksyen 36 Akta itu seolaholah seksyen-seksyen itu tidak dimansuhkan oleh Akta ini.
150. Kecualian berkenaan dengan institusi
pendidikan terkecuali tertentu, dsb.
Sehingga apa-apa tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta –
(a) semua institusi pendidikan yang terkecuali
daripada peruntukan Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 127 Akta itu hendaklah terkecuali daripada peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini; dan
(b) seseorang guru yang terkecuali daripada
peruntukan Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128 Akta itu hendaklah terkecuali daripada peruntukan Bahagian IX Akta ini.
151. Kecualian berkenaan dengan institusi
pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja berdaftar.
Mana-mana institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja yang berdaftar atau disifatkan berdaftar di bawah peruntukan Akta Pelajaran 1961 hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan berdaftar di bawah Akta ini dan -
(a) tertakluk kepada perenggan (b),
peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu seolah-olah institusi pendidikan, pengelola, pengurus
atau pekerja itu telah berdaftar di bawah
Akta ini; dan
(b) syarat-syarat yang dikenakan kepada
institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah syarat-syarat itu telah dikenakan di bawah Akta ini.
152. Penggulungan Lembaga Pusat.
(1) Menteri boleh, pada tarikh yang ditentukan olehnya, melalui notis yang disiarkan dalam Warta, memerintahkan penggulungan Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta Pelajaran 1961.
(2) Dengan penggulungannya -
(a) anggota-anggotanya, termasuk
Pengerusi Lembaga, hendaklah terhenti memegang jawatan;
(b) Lembaga hendaklah terhenti menjadi
majikan kepada guru-guru di institusi pendidikan;
(c) apa-apa kepentingan mengenai mana-
mana harta alih atau tak alih dan apa-apa hak dan liabiliti yang sebelum ini terletakhak pada atau mungkin dipunyai oleh Lembaga sebaik sahaja sebelum tarikh penggulungan Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan; dan
(d) Menteri boleh memberikan apa-apa
arahan yang difikirkannya patut berkenaan dengan mana-mana kakitangan atau pekerja Lembaga.
153. Penyenggaraan kumpulan wang caruman.
(1) Mana-mana kumpulan wang caruman (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Guru) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelajaran 1961 atau mana -mana peraturan yang dibuat di bawah Akta itu hendaklah terus disenggarakan dan diuruskan mengikut mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kumpulan wang itu sehinggalah Yang di-Pertuan Agong membuat perintah bagi penggulungannya atau selainnya.
(2) Perintah penggulungan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat hanya atas nasihat Menteri Kewangan.
(3) Menteri boleh melalui peraturan-peraturan meminda mana-mana kaedah atau peraturan berhubungan dengan kumpulan wang itu yang dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan pentadbiran yang lebih baik bagi kumpulan wang itu atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan berhubungan dengan kumpulan wang itu.
154. Sebutan mengenai pengelola atau lembaga
pengelola hendaklah termasuk pengurus dan lembaga pengurus.
Sebutan dalam Akta ini mengenai seseorang pengelola hendaklah termasuk sebutan mengenai pengurus yang didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan sebutan mengenai lembaga pengelola hendaklah termasuk sebutan mengenai lembaga pengurus di bawah Akta itu.
155. Pemansuhan.
(1) Akta Pelajaran 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975 dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 adalah dimansuhkan.
(2) Semua perlantikan, peraturan, kaedah,
undang-undang kecil, pengecualian, arahan dan
perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan atau sijil yang diberikan atau mempunyai kuatkuasa di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuatkuasa atau mempunyai kuatkuasa pada tarikh Akta ini mula berkuatkuasa, hendaklah (tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan, kaedah dan undang-undang kecil sedemikian, melalui mana-mana peraturan atau meminda, membatalkan atau menarik balik pengecualian, arahan, perakuan atau sijil itu melalui perintah atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang perlu untuk menjadikan peraturan, kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan, atau perintah itu selaras dengan Akta ini) terus berkuatkuasa dan mempunyai kuatkuasa seolah-olah ia telah dibuat, disimpan, atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.
156. Kuasa Menteri Kewangan.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dianggap menyentuh penjalanan oleh Menteri Kewangan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 6 Akta Prosedur Kewangan 1957 berkenaan dengan pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan berkenaan dengan pengawasan, pengawalan dan arahan tentang perkara yang berhubungan dengan hal-ehwal kewangan Malaysia.
JADUAL
[Subseksyen 18(2)]
MATA PELAJARAN TERAS DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
1. Mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan,
Mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan hendaklah menjadi asas utama pendidikan murid di semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
2. Mata pelajaran teras pada peringkat rendah.
Mata pelajaran teras pada peringkat sekolah rendah ialah
(a) Bahasa Kebangsaan;
(b) Bahasa Inggeris;
(c) Bahasa Cina, bagi murid di sekolah jenis
kebangsaan (Cina);
(d) Bahasa Tamil, bagi murid di sekolah jenis
kebangsaan (Tamil);
(e) Matematik;
(f) Sains;
(g) Kajian Tempatan;
(h) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama
Islam; dan
(i) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut
agama Islam.
3. Mata pelajaran teras pada peringkat menengah.
Mata pelajaran teras pada peringkat sekolah menengah ialah
(a) Bahasa Kebangsaan;
(b) Bahasa Inggeris;
(c) Matematik;
(d) Sains;
(e) Sejarah;
(f) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama
Islam; dan
(g) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut
agama Islam.
No comments:
Post a Comment