Social Icons

-

Saturday, May 26, 2012

Sekolah Berprestasi Tinggi


Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009.

Sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT Kohort 1 oleh Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010 dan majlis pengiktirafannya telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010. Pada 18 Februari 2011, sebanyak 23 buah sekolah pula telah diumumkan sebagai SBT Kohort 2 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak. Pada 4 Februari 2012 pula, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan lagi senarai 14 buah sekolah sebagai SBT Kohort 3 dalam satu majlis pengiktirafan SBT di Putrajaya.

Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:
  1. Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik.
  2. Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
  3. Menghasilkan Murid Cemerlang
  4. Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
  5. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem
  6. Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lenih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.


Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Pendidikan, TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dan Sekretariat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysian (SKPM).


Pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan:

Saringan Pertama: Sekolah berada dalam band satu (1), iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.

Saringan Kedua: KPM akan memilih sekolah yang layak daripada band satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan menggunakan instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.

Saringan Ketiga: Sekolah yang telahdiverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 % dalam penarafan SKPMnyang telah diverifikasi oleh JNJK akan diambil kira. Jawatankuasa pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi dan pemilihan murid.


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) KOHORT 1
BIL
JENIS 
SEK
 NAMA SEKOLAH
 ALAMAT
 TEL / FAKS
 1
 SBP
 The Malay College
Jalan Tun Abdul Razak,
33000, Kuala Kangsar,
Perak
TEL: 05-7761400
FAKS:05-7764500
 2
 SBP
 Sekolah Seri Puteri
Persiaran Tasik,
63000, Cyberjaya,
Selangor
TEL: 03-83192414
FAKS:03-83193937
 3
 SBP
 Sekolah Sultan Alam Shah
Parcel G, Presint 1,
62520, P
Putrajaya
TEL: 03-88883763
FAKS:03-22223614
 4
 SBP
 Kolej Tunku Kurshiah
Jalan Tunku Kurshiah,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan
TEL: 06-7625351
FAKS:06-7619906
 5
 SBP
 Kolej Islam Sultan Alam Shah
Peti Surat 64, 
Jln. Kota Raja,
 
Kg. Jawa, 41906,
Klang, Selangor
TEL: 03-33711658
FAKS:03-33721148
 6
 SBP
 Sekolah Dato' Abdul Razak
 Sungai Gadut, 71450,
Seremban,
Negeri Sembilan
TEL: 06-6770806
FAKS:06-6781790
 7
 SBP
 Sekolah Tun Fatimah
 Jln. Tun Abdul Razak,
80000, Johor Bharu,
Johor
TEL: 07-2364706
FAKS:07-2376961
 8
 SBP
 SM Sultan Abdul Halim
 06009, Jitra,
Kedah.
TEL:04-7143209
FAKS:04-7143215
 9
 SBP
 SMS Tuanku Syed Putra
 Jln. Padang Behor,
Behor Pulai, 01000,
Kangar, Perlis
TEL: 04-9760433
FAKS:04-9760199
 10
 SBP
 SMS Muzaffar Syah
 Ayer Keroh,
75450,
 
Melaka
TEL:06-2320833
FAKS:06-2321780
 11
 SMH
 SMK (P) St. George
 Jalan Macalister,
10450,
 
Pulau Pinang
TEL:04-2295855
FAKS:04-2295886
 12
 SMH
 SMK (P) Sri Aman
 Jln. 14/49, 46100,
Petaling Jaya,
 
Selangor
TEL:03-78765041
FAKS:03-78775658
 13
 SMH
 SMK Sultanah Asma
 Jln. Langgar, 05460,
Alor Setar,
 
Kedah
TEL:04-7322618
FAKS:04-7328020
 14
 SMH
 SMK Aminuddin Baki
 Jln. Kampung Pandan,
55100,
 
Kuala Lumpur
TEL:03-92858219
FAKS:03-92811905
 15
 SK
 SK Seri Bintang Utara
 Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur
TEL:03-92838284
FAKS:03-92838278
 16
 SK
 SK Zainab (2)
 Jalan Telipot,
15150, Kota Bharu,
Kelantan
TEL:09-7418681
FAKS:09-7418682
 17
 SK
 SK Bandar Baru Uda 2
 Jln. Padi Mahsuri,
81200 Bdr. Baru Uda,
Johor Bharu, Johor
TEL:07-2364114
FAKS:07-2346114
 18
 SK
 SK Bukit Damansara
 Jalan Beringin,
Bukit Damansara,
Kuala Lumpur
TEL:03-20948350
FAKS:03-20962092
 19
 SK
 SK Convent Kota
 Jalan Convent,
34000 Taiping,
Perak
TEL:05-8072478
FAKS:05-8064492
 20
 SK
 SK Taman Tun Dr. Ismail 1
 Jln. Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur
TEL:03-77273060
FAKS:03-77261407


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) KOHORT 2
BIL
JENIS 
SEK
 NAMA SEKOLAH
 ALAMAT
 TEL / FAKS
 1
 SBP
SM Sains Alam Shah
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000
 
Kuala Lumpur
TEL:03-91315014
FAKS:03-91318119
 2
 SBP
Sek. Tuanku Abdul Rahman
Jln. Sultan Azlan
Shah, 31400,
Ipoh, Perak 
TEL:05-5457733
FAKS:05-5467000
 3
 SBP
 SBP Integrasi Gombak
Batu 8. Jln. Sg. Pusu
53100,
Kuala Lumpur
TEL:03-61863050 
FAKS:03-61858472
 4
 SBP
 SM Sains Miri
Jalan Bakam,
98000 Miri,
Sarawak
TEL:085-421371
FAKS:085-411050
 5
 SBP
 SM Sains Seri Puteri
Jalan Kolam Air,
51200,
 
Kuala Lumpur
TEL:03-40411715
FAKS:03-40449614
 6
 SBP
 SBP Integrasi Kubang Pasu
Bukit Kayu Hitam, 
06050 Bukit
 
Kayu Hitam, Kedah
TEL:04-9222701
FAKS:04-9222707
 7
 SBP
SM Sains Tengku Muhammad 
Faris Petra
16100, pengkalan
Chepa, Kelantan 
TEL:09-7738277 
FAKS:09-7739139
 8
 SBP
 SM Sains Selangor
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000
 
Kuala Lumpur 
TEL:03-91316093
FAKS:03-91300346
 9
 SBP
 SM Sains Muar
Tanjung Agas,
84009, Ledang,
Johor 
TEL:06-9523181
FAKS:06-9536693
 10
 SBP
SBP Integrasi Tun Abdul Razak
Pulau Serai,
26600 Pekan,
Pahang
TEL:09-4101010
FAKS:09-4101030
 11
 SBP
SM Sains Tengku Abdullah
KM.6, Jalan Lipis,
27600, Raub,
Pahang
TEL:09-3551600
FAKS:09-3553511
 12
 SBP
 SM Sains Tuanku Munawir
Jalan Sikamat, 
70400, Seremban,
Negeri Sembilan
TEL:06-7630388
FAKS:06-7622885
 13
 SBP
 SM Sains Sabah
Beg Berkunci, 
No. 116, 88999,
Kota Kinabalu,
Sabah
TEL:088-246268
FAKS:088-247540
 14
 SBP
 SM Sains Kuching
Jalan Batu Kawa,
Off Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak
TEL:082-642544
FAKS:082-642710
 15
 SBP
 SMA Persekutuan Labu
KM 11, Jln. Labu,
71900 Labu,
Negeri Sembilan
TEL:06-7912245
FAKS:06-7912198
 16
 SBP
 SM Sains Kuala Selangor
Bandar Melawati,
45000 Kuala
Selangor, Selangor
TEL:03-32893052
FAKS:03-32896631
 17
 SMH

SMK Jalan Empat
Jalan 4/10, 
Seksyen 4, 43650,
Bandar Baru Bangi
Selangor
TEL:
FAKS:03-89254749
 18
 SMH

SM Imtiaz
Kota Putra, 22200,
Besut, Terengganu

TEL:09-6920084
FAKS:09-6958463
 19
 SMH

SMK Lembah Bidong 
21010, Setiu,
Terengganu
TEL:09-6531315
FAKS:09-6532206
 20
SMA
SMA Naim Lilbanat
151520, Jln. Sultan
Yahya Petra,
 
Kota Bharu,
Kelantan
TEL:09-7482752
FAKS:09-7473029
 21
SK

SJK (C) Perempuan China
2D, Jalan Gottlieb,
10350,
Pulau Pinang 
TEL:04-2264016
FAKS:04-2281864
 22
 SK

SK Convent Muar
No.100, Jln. Daud,
84000, Muar,
Johor 
TEL:06-9516636
FAKS:06-9516636
 23
 SK

SK Seri Biram
Jalan Engku Muda
Mansor, 26600
Pekan, Pahang
TEL:09-4224050
FAKS:09-4227549
 24
 SK

SK Sultan Ahmad Tajuddin
06000 Jitra,
Kedah
TEL:04-9171277
FAKS:04-9171862
 25
 SK

SK Setiawangsa

Jln. Setiawangsa 13,
54200
 
Kuala Lumpur
TEL:03-42528019
FAKS:03-42523628
 26
 SK

SJK (C) Lick Hung
SS19/6, 47500,
Subang Jaya,
Selangor
TEL:03-56351333
FAKS:03-56323265
 27
 SK

SK (P) Methodist Kuantan

Jalan Gambut,
25000 Kuantan,
Pahang
TEL:09-5711048
FAKS:09-5141436
 28
 SK

SK Ulu Lubai
Pejabat Pelajaran
Daerah Limbang,
98700 Sarawak
TEL:085-211450
FAKS:085-212644
 29
 SK

SK Sultan Ismail
Hadapan Lot 144,
24000 Kemaman,
Terengganu
TEL:09-8591349
FAKS:09-8502590
 30
 SK

SK Jalan 3
43650, Bandar
Baru Bangi,
Selangor
TEL:03-89254875
FAKS:03-89257624
 31
 SK

SK Seksyen 9 Shah Alam
Jln. Tengku Ampuan
Rahimah, 9/20,
40100, Shah Alam,
Selangor
TEL:03-55129941
FAKS:03-55132375
 32
 SK

SJK (C) Tung Hua Sibu
Jalan Suarah,
96000 Sibu,
Sarawak
TEL:084-333749
FAKS:084-333749


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara