Social Icons

-

Monday, July 2, 2012

GRAND PRIX SEPAKTAKRAW KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

PENGENALAN

Kejohanan Grand Prix Sepaktakraw Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan antara usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan ini dijalankan sebanyak 5 Sirkit. Pengelola kejohanan ditentukan oleh pihak pengurusan sepaktakraw negeri bersama-sama dengan pihak KPM. Kejohanan ini mula dipertandingkan pada tahun 2011 dengan Pulau Pinang ( sirkit 1 ), Selangor ( sirkit 2 ), Pahang ( Sirkit 3 ), Negeri Sembilan ( sirkit 4 ) dan Johor ( sirkit 5 ). Pada Tahun 2012 ini, 5 negeri lagi diamanahkan untuk mengelola pertandingan ini. 3 kategori umur dipertandingkan iaitu Bawah 11 tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun. Diharap dengan adanya kejohanan ini, ianya akan akan menghasilkan sesuatu yang baik demi Mengembalikan Kegemilangan Sukan Sepaktakraw di negara tercinta ini. 
 
PERATURAN PERTANDINGAN GRAND PRIX SEPAKTAKRAW
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.         GELARAN
1.1       Kejohanan sepaktakraw antara REGU ini akan dikenali sebagai KEJOHANAN GRAND PRIX SEPAKTAKRAW KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA .
2.         UNDANG – UNDANG PERMAINAN
2.1       Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang  ISTAF ( Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan peraturan  Am  Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) serta peraturan Sepaktakraw MSSM.
3.         JENIS PERTANDINGAN
            Pertandingan ini mengandungi pertandingan antara regu sahaja.
                        3.1      1 regu  bawah 16 tahun
                        3.2      1 regu bawah  14 tahun
                        3.3      1 regu bawah  11 tahun
4.         PENYERTAAN
4.1      Semua Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) diwajibkan menghantar pasukan ke kejohanan ini.
5.         PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN REGU
5.1       Setiap Jabatan Pelajaran Negeri / Sekolah Sukan Malaysia adalah dibenarkan menghantar satu (1 ) regu  sahaja  bagi setiap  kategori.
5.2       Setiap Jabatan Pelajaran Negeri / Sekolah Sukan Malaysia adalah dibenarkan mendaftarkan seramai lapan (8) orang pemain bagi setiap  regu  yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Setiap sirkit akan di wakili oleh empat (4) pemain bagi setiap kategori.
5.3      Setiap Jabatan Pelajaran Negeri / Sekolah Sukan  Malaysia hendaklah
mendaftarkan   terdiri  daripada:-
Pengurus Pasukan                      1 orang
Jurulatih Pasukan                        2 orang
Pemain                                     12 orang / 8 orang (SSM)
Pengadil                                     1 orang
_______
16 orang
=======
5.4       Setiap pemain WAJIB membawa kad pengenalan asal atau dokumen JPN KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara ( Bagi murid yang kehilangan kad pengenalan asal ) atau dokumen JPN KP 11/KPPK 11 asal dari   Jabatan Pendaftaran Negara   ( bagi murid yang mendaftar untuk kad pengenalan pertama kali ) dan salinan Surat Beranak yang di sahkan oleh Guru Besar sekolah murid itu belajar ( bagi murid di sekolah rendah). Surat akuan, surat sumpah dan sebagainya TIDAK  DITERIMA. ( Sila rujuk peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) para 4).
5.5       Pendaftaran pemain hanya boleh dibuat semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan di sirkit 1 (satu)   dan pertukaran pemain  boleh dibuat semasa taklimat pengurus – pengurus pasukan di setiap sirkit.
5.6       Pemain yang telah didaftarkan dan kemudian berpindah ke negeri lain selepas liga sirkit pertama DIBENARKAN mewakili regu negeri asalnya.
5.7       Bagi Sekolah Sukan Malaysia kategori regu bawah 16 tahun di wakili oleh murid bawah 15 tahun dan bagi kategori 14 tahun diwakili oleh murid bawah 13 tahun.
5.8       Murid yang didaftarkan sebagai pemain perlu ada surat kebenaran daripada penjaga semasa pendaftaran pemain dibuat.
6.         UMUR
6.1       Semua pemain mestilah berumur bawah enam belas tahun ( 16 ) pada tahun pertandingan bagi regu bawah 16  tahun.
6.2       Semua pemain mestilah berumur bawah empat belas tahun ( 14 ) pada tahun pertandingan bagi regu bawah 14 tahun.
6.3       Semua pemain mestilah berumur bawah sebelas tahun ( 11 ) pada tahun pertandingan bagi regu bawah 11 tahun.
7.         SISTEM PERTANDINGAN
7.1       Pertandingan  Grand Prix (GP) Sepaktakraw Kementerian Pelajaran Malaysia ini akan dijalankan dalam lima ( 5 ) sirkit.
7.2       Semua pertandingan akan dijalankan mengikut kaedah peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ).
7.3       Semua pertandingan ini  akan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang dipilih .
7.4      Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan / Jawatankuasa Teknik bagi menentukan kumpulan regu masing – masing sewaktu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
7.5      Pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara Liga.
8.         MENENTUKAN KEPUTUSAN
8.1       Regu yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang pertama , manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan dikira sebagai pemenang kedua.
8.2       Regu yang menang akan mendapat 2 mata dan kalah 0 mata.
8.3       Sekiranya selesai semua perlawanan dalam kumpulan kiraan mata diperolehi sama oleh 2 regu atau lebih maka kedudukannya akan ditentukan mengikut tertib berikut :-
8.3.1   Kiraan perbezaan pusingan (Difference) daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh berkenaan.
8.3.2   Kiraan perbezaan angka – angka mata daripada jumlah yang diperolehi oleh regu berkenaan.
8.4       Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku maka kaedah berikut akan dilakukan.
8.4.1   Jika 2 regu  sahaja terlibat maka regu yang telah mengalahkan lawannya dikira menang.
8.4.2   Jika 2 atau lebih regu terlibat maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja.
8.5       Setiap regu hendaklah bersanggupan bertanding lebih dari satu pelawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.
8.6       Mata akan diberikan kepada semua regu bagi setiap sirkit mengikut tahap pencapaian.
8.7       Johan, Naib johan, ketiga dan seterusnya hanya dapat ditentukan pada sirkit akhir setelah jumlah mata terkumpul dikira.
9.         SISTEM KIRAAN MATA.
9.1       Sistem kiraan mata lima belas (15) akan diguna pakai dalam kejohanan ini.
10.      PENGADIL, PENJAGA GARISAN & PEMBANTU TEKNIKAL
10.1    Semua pasukan dikehendaki membawa seorang (1) Pengadil yang bertauliah (KEBANGSAAN) dan bergilir-gilir bagi setiap sirkit.
10.2    Semua Penjaga Garisan yang akan bertugas mestilah daripada murid yang dilantik oleh JPN pengelola selaku tuan rumah.
10.3    Pembantu-pembantu Teknikal yang akan bertugas akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.4    Segala keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil berkaitan Undang-Undang Permainan adalah muktamad.
11.      JADUAL & TEMPAT PERTANDINGAN
11.1    Jadual dan tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola, dan akan diedarkan kepada semua Pasukan pada masa Mesyuarat Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum pertandingan pertama bermula.
11.2    Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
12.      HADIAH-HADIAH
12.1    Piala Pusingan  bagi setiap kategori. (bawah 16, bawah 14 dan bawah 11)
12.2    Pingat-pingat akan disediakan  adalah seperti berikut:-
Bawah 16

EMAS
PERAK
KE3
KE4
KE5
KE6
KE7
KE8
8
8
8
8
8
8
8
8

Bawah 14

EMAS
PERAK
KE3
KE4
KE5
KE6
KE7
KE8
8
8
8
8
8
8
8
8

Bawah 11

EMAS
PERAK
KE3
KE4
KE5
KE6
KE7
KE8
8
8
8
8
8
8
8
8





REKOD PENCAPAIAN





 


RANKING

KEDUDUKAN KESELURUHAN BAGI SIRKIT 1 ( 11 TAHUN KE BAWAH )
( SILA KLIK PADA RAJAH UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS )


KEDUDUKAN KESELURUHAN BAGI SIRKIT 1 ( 14 TAHUN KE BAWAH )


KEDUDUKAN KESELURUHAN BAGI SIRKIT 1 ( 16 TAHUN KE BAWAH )


 

Sumber Di sini


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara