Social Icons

-

Sunday, April 8, 2012

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)




Moto: 
"Ilmu Memimpin"
"Knowledge Guides"

Ditubuhkan pada:              
1970

Jenis:              
Awam

Canselor:        
DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Naib canselor:           
Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Siswazah:     
 17,500 (2006-07)
Pelajar sarjana/doktor falsafah:     5,105 (2006-07)

Lokasi:            
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Kampus:         
Kampus utama di Bangi
Hospital latihan di Kuala Lumpur
Cawangan yang menempatkan Fakulti Perubatan, Pergigian, Sains Bersekutu dan Farmasi di Kuala Lumpur

Penggabungan:       
 ACU, ASAIHL

Laman sesawang:   
 http://www.ukm.my




Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903.  Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917.  Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan.   

Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.  Walau bagaimanapun, idea, pemikiran, semangat dan tekad terus hidup di kalangan intelektual Melayu dan perjuangan penubuhan sebuah universiti kebangsaan memuncak apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara.  Sehubungan itu, pada 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan.  

 Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.  Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970.  Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada Mei 1970.
Sejak tarikh tersebut,  UKM berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai 12 fakulti dan Graduate School of Business (GSB-UKM), dan 14 insititut kecemerlangan penyelidikan.  

UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersial, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. sebagai satu pendekatan praktis dalam memanfaat dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping membantu dalam penjanaan kewangan Universiti.  UKM Holdings ditubuhkan pada 2001 bagi menyelaras perjalanan sub-entiti di bawahnya iaitu Pusat Kembangan Pendidikan (PKP), UKM Kesihatan Sdn. Bhd., UKM Pakarunding Sdn. Bhd., UKM Perunding Kejuruteraan dan Arkitek Sdn. Bhd., Akademik Latihan Kebersihan dan Keselamatan Makanan (ALKEM), Food Quality & Research Unit (Unipeq), Puri Pujangga dan Talent Enhancement Academy. 

Kampus induk UKM yang mempunyai keluasan 1,096.29 hektar terletak di Bangi, Selangor Darul Ehsan, kira-kira  35 kilometer dari Kuala Lumpur.  Kampus ini terletak di sebuah lembah yang dikelilingi perbukitan dengan sekitaran menghijau yang menyediakan suasana nyaman dan tenang bagi proses penerokaan dan pengalaman menimba ilmu.  Fakulti dan institut kecemerlangan yang terletak di kampus induk Bangi ialah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Undang-undang, Fakulti Pendidikan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Graduate School of Business (GSB-UKM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Institut  Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Institut Kajian Oksidental (IKON), Institut Sains Angkasa (ANGKASA), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Sel Fuell (SEL FUEL), Institut Islam Hadhari (HADHARI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Institut Kajian Etnik (KITA), Institut Kajian Bencana Asia Tenggara UKM (SEADPRI-UKM), Pusat Pengurusan Siswazah, Pusat Pengajian Umum, Pusat Perkembangan Pelajar dan pusat perkhidmatan yang lain.

Selain itu, UKM juga mempunyai sebuah kampus kesihatan di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi.  Manakala Pusat Perubatan UKM (PPUKM) yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital UKM dan Institut Perubatan Molekul (UMBI). 

Dalam usia 42 tahun penubuhannya, UKM telah mengeluarkan sejumlah 146,527 graduan; 124,838 graduan Sarjana Muda, 19,772 Sarjana dan 1,917 PhD.  Ini adalah hasil penawaran lebih daripada 103 program prasiswazah dan 170 program pascasiswazah. Peningkatan jumlah pelajar luar negara yang setakat ini berjumlah 2,415 pelajar dari 55 buah negara membuktikan penerimaan global terhadap program dan ekosistem ilmu UKM. 
Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih tiga dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia pada tahun 2006.  Keunggulan UKM terserlah dengan penempatan institut penyelidikan nasional dan antarabangsa, iaitu Institut Genom Malaysia (GENOMalaysia) dan International Institute of Global Health, United Nations University.  Proses pemantapan bidang penyelidikan disusuli dengan pengwujudan projek-projek tertumpu di bawah lapan (8) nic yang dikenalpasti iaitu Cabaran Membina Negara Bangsa, Pembangunan Lestari Wilayah, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Kesihatan & Perubatan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi & Bahan termaju, Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi dan ICT: Informatik Isian.

UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006.  Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengurusan.  Dengan asas yang mantap ini,  UKM melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM 2000-2020 (PS2020).  Kini, UKM tampil dengan citra baru melalui garis tanda “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’.  Garis tanda ini memberi keyakinan kepada warganya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki, tempat memupuk kebolehan, labuhan untuk berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut, kerana di sini mereka disediakan dengan prasarana untuk memiliki masa depan yang gemilang.


Moto
Mengilham harapan, mencipta masa depan

Falsafah
UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Visi
UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Misi
Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.



Lambang
 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Setiap petak mengandungi gambar dan warna latar yang berlainan dengan membawa maksud tertentu. Sebuah buku terbuka terletak di atas perisai ini. Gambar yang didapati dalam petak tersebut ialah seperti berikut:



· Seekor harimau berwarna kuning yang gagah sedang menyerang ke arah kanan berlatar warna merah.

· Simbol atom berlatar warna kuning.

· Simbol teknologi berlatar warna biru.

· Sekuntum bunga raya berwarna merah berlatar warna putih.




Buku
Buku melambangkan ilmu pengetahuan, iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan.
Perisai
Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini.

Falsafah
Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan UKM mara memerangi kejahilan, kejahatan dan kepalsuan.

Atom dan Teknologi
Simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga mahir dalam semua bidang untuk memenuhi keperluan pembangunan negara.

Bunga Raya
Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang dianuti dan sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia.


LAGU UKM

lihat kampus ku yang tenang
damainya alam ciptaan tuhan
paduan ilmu dan keimanan
amal dan jerih digabungkan
lautan ilmu kita harungkan
sumber ilmuan berkembangan.

inilah varsiti kita
ditegakkan hasrat rakyat kita
dari mula untuk semua
bagai tanda perjuangan kita

bangun berbakti membina
memupuk insan jiwa bertakwa
memimpin manusia semua
kenal akan adat ungulnya
membina negara sentiasa
maju berilmu dan bahagia...


Peta Lokasi

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara