Social Icons

-

Thursday, September 2, 2010

500 pelajar DUN Puteri Wangsa dapat Notebook 1Malaysia

j OHOR BAHRU 2 Sept. - Seramai 500 pelajar terpilih akan menerima Notebook 1Malaysia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 1,000 Notebook yang diperuntukan bagi Parlimen Tebrau.

"Pemberian Notebook ini merupakan sebahagian usaha kerajaan membantu merapatkan jurang digital antara rakyat dan meningkatkan kecapaian terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," katanya selepas menyampaikan Notebook kepada 85 pelajar di Dewan Felda Ulu Tebrau, dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Selatan, Bukhari Yahya.

Abdul Halim berkata, pada tahun ini kerajaan negeri menyasarkan dapat meningkatkan kecapaian jalur lebar kepada 46.9 peratus berbanding 36.4 peratus sekarang.

"Dengan adanya akses kepada jalur lebar yang lebih baik, rakyat kita khususnya generasi muda mampu mendapat maklumat menerusi aplikasi canggih ini.

"Kemudahan Internet ini merupakan media alternatif kepada rakyat untuk mendapat maklumat dari dalam dan luar negara, selain media cetak dan elektronik biasa," katanya.

Menurutnya, kewujudan pusat siber di kawasan luar bandar juga mampu merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

"Usaha SKMM menyediakan perkhidmatan jalur lebar di dewan orang ramai atau balai raya juga memberi manfaat kepada penduduk setempat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara