Sejarah Biasiswa Majlis Raja-Raja
Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja (Kumpulan Wang) ditubuhkan pada 31
Ogos 1949 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-8. Selaras dengan itu, satu
peraturan telah dibuat dan dinamakan Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Biasiswa
Raja-Raja. Mesyuarat Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja ditukar
kepada Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja dan Gabenor-Gabenor. Pada 12 Mei 1983,
satu akta iaitu Akta 284 telah diwartakan dan dinamakan Kumpulan Wang Biasiswa
Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertuan Negeri. Kawalan
dan pengurusannya diletakkan dibawah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga
setiausaha kepada Lembaga Kumpulan Wang.
Lembaga Kumpulan Wang ini mengikut seksyen 5 (1) Akta 284 adalah
terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota yang dilantik oleh
Majlis dari antara Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi tempoh dua tahun dan
layak untuk dilantik semula. Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua
Mesyuarat Lembaga dan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun
dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota adalah
menjadi korum. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah menjadi Setiausaha
Lembaga.
Bagi tahun 2009, Lembaga Kumpulan Wang adalah terdiri daripada :-
1. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan - Pengerusi
2. YAB Menteri Besar Pahang -
Ahli
3. YAB Menteri Besar Perak -
Ahli
4. YAB Menteri Besar Selangor -
Ahli
5. YAB Ketua Menteri Melaka -
Ahli
Biasiswa Majlis Raja-Raja
Biasiswa Kumpulan Wang telah mulai dikeluarkan pada tahun 1967
kepada tiga orang pelajar dan kadar bayaran adalah mengikut biasiswa JPA. Buat masa ini (tahun 2009) seramai 36
penuntut sedang menuntut di 10 buah IPTA dan pengambilan baru bagi sesi
2009/2010 adalah seramai 15 orang. Bayaran biasiswa oleh Lembaga Kumpulan Wang
adalah mengikut kadar bayaran yang sama dibuat oleh JPA dengan tambahan RM200
setiap penuntut. Jumlah keseluruhan penuntut yang diambil mulai tahun 1967
hingga tahun 2009 berjumlah 356 penuntut. Senarai Penerima Biasiswa Majlis Raja-raja sila klik sini
No comments:
Post a Comment