Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

Program Bacathon



Cyberview Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan Program Bacathon di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya, Selangor dalam usahanya menanam minat membaca serta menyokong usaha Kementerian Pelajaran bagi menggalakkan tabiat murni itu di kalangan remaja dan murid-murid sekolah.

Program Bacathon kembali buat tahun keduanya selepas kejayaan dan keberkesanan program tersebut yang dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan dalam keputusan akademik murid-murid di sekolah.

Seramai 105 pelajar sekolah itu juga dipilih untuk menyertai Kem Membaca Selama Tiga Hari pada akhir program berkenaan yang akan menggabungkan pelbagai aktiviti kumpulan termasuk bengkel alat muzik, pencarian harta karun, peraduan membaca pantas, peraduan mewarna dan pertandingan nyanyian dan bercerita selain program membaca.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Ir. Hafidz Hashim berkata, kejayaan Program Bacathon tahun lepas menanda satu pencapaian besar kepada SK Cyberjaya.

"Kami gembira melihat program yang dapat menyemai satu kegemaran baru untuk belajar di kalangan murid-murid dan ia terbukti berkesan melalui pencapaian gred-gred akademik lebih baik," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, program yang mendapat kerjasama pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu secara langsung menyumbang untuk program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang diperkenalkan oleh kementerian yang bermatlamat untuk membangun budaya membaca dan asas pengetahuan para pelajar negara ini.
“Melalui program ini, Cyberview bertujuan untuk menyumbang ke arah mencipta generasi pemimpin masa hadapan yang mampu berfikir di luar kotak kerana minat membaca.

"Sebagai pemilik tanah dan entiti mempelopori pembangunan Cyberjaya, Cyberview mahu mewujudkan satu komuniti yang menyedari kepentingan pemerolehan pengetahuan di setiap peringkat," jelas beliau.
Cyberview Sdn. Bhd. turut memberi sumbangan untuk Program Bacathon dengan menderma sebanyak RM10,000 kepada SK Cyberjaya untuk menggalakkan kesinambungan program bacaan sekolah. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara