Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Tajaan Pendidikan

LATAR BELAKANG

Sebelum tahun 1979, aktiviti berhubung dengan latihan dan beberapa program penghadiahan telah dikendalikan oleh pelbagai Bahagian seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian PendidikanTeknik dan Vokasional. Keadaan yang lebih bercorak “decentralized” ini telah menyebabkan keutamaan kepada keperluan Bahagian masing-masing telah dititikberatkan.

Seksyen Biasiswa dan Taja pada masa itu diletakkan dibawah Bahagian Pendidikan Tinggi, mempunyai kuasa yang terhad kepada urusan beberapa program bantuan kewangan termasuk urusan penajaan pelajar-pelajar persendirian yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Keadaan ini telah disemak semula dan mulai 1 Januari 1979 Bahagian Biasiswa telah diwujudkan bagi tujuan memusatkan semua rancangan biasiswa dan latihan dalam perkhidmatan yang sebelumnya ditadbir oleh pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyusunan semula struktur organisasi dan perjawatan Bahagian Biasiswa yang terakhir telah dilaksanakan pada tahun 1995. Namun demikian, pada tahun 2008, Bahagian Biasiswa telah ditukar nama kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertukaran nama ini juga adalah selaras dengan perpindahan Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ke Bahagian Kewangan daripada Bahagian Biasiswa.


OBJEKTIF BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

Memastikan dana tajaan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan latihan bakal PPP dan PPP

Memastikan pengurusan tajaan kepada bakal PPP dan PPP dilaksanakan dengan cekap dan telus

Memastikan pengurusan cuti belajar dan jawatan latihan PPP dilaksanakan dengan efisien

Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran

Memastikan penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan


FUNGSI UTAMA BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

Mengurus pemberian biasiswa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pelajar dalam dan luar negara (dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan).

Mengurus pemberian pinjaman pelajaran kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman dan pecah kontrak.

Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kewangan jawatan latihan.

Mengurus fungsi sebagai PTJ.


MISI BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

Membangunkan warga pendidik yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik pendidikan negara melalui pemberian biasiswa dan pinjaman.


VISI BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

Peneraju dalam bidang penajaan pendidikan untuk menjana kecemerlangan intelek dan profesionalisme warga pendidik.


PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

Kami warga Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

Mengeluarkan surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas calon diperaku dan dilulus oleh pihak yang melulus.

Memastikan pembayaran biasiswa dan pinjaman kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dibuat dalam tempoh 4 minggu selepas perjanjian lengkap diterima.

Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan lengkap diterima.

Mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman dalam tempoh 4 minggu selepas pelajar tamat pengajian.

Mengeluarkan resit kepada pembayar balik pinjaman atau gantirugi pecah kontrak dalam tempoh 6 minggu selepas bayaran diterima.

Memastikan setiap bayaran balik pinjaman dan gantirugi yang diterima dikemaskini dalam tempoh 4 minggu selepas bayaran diterima.


Struktur Organisasi

CAWANGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

CAWANGAN PRA PERKHIDMATAN

CAWANGAN PENGUATKUASAAN PERJANJIAN

Unit Perjanjian Pinjaman

Unit Perjanjian Biasiswa

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Tajaan Pendidikan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara