Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di
Kampung Ketari, Bentung, Pahang. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu
Bentong, Tawalih School, Sumatera, Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah,
Sumatera dan Pitman College, Singapura. Dalam bidang penulisan dia juga
menggunakan nama pena Keris Mas, Aku, K.M. Kamal, Kamaludin M. dan Mister X.
Sepanjang hayatnya, dia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Cawangan Pahang, Pengarang Utusan Melayu,
Singapura, Pengarang Melayu Raya, Pengarang Warta Negara. Sidang Pengarang
Syarikat Utusan Melayu, Pengarang Umum DBP, Ketua Pengarang DBP dan Ketua
Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP. Dia menamatkan perkhidmatan
pada 10 Jun 1977.
Selepas itu dia dilantik sebagai
Penulis Tamu DBP (1 Julai 1977 hingga 30 September 1978), Karyawan Seni,
Universiti Malaya (1979-1980) dan Penulis Tamu DBP (1985-1986). Dia telah
menerima beberapa anugerah seperti Anugerah
Pejuang Sastera (1976),Anugerah
Sastera Negara (1981), Anugerah Asean (Dalam bidang Kesusasteraan) (1987),
danIjazah Kehormat Doktor Persuratan, USM, 1989. Dia meninggal dunia
pada 9 Mac 1992.
No comments:
Post a Comment