Social Icons

-

Friday, November 11, 2011

Guru

Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara