Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Institut Terjemahan Negara Malaysia

PROFIL

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 dengan tujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, menangani urusan berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan, selain bertanggungjawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dengan modal asas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan pentadbirannya yang diuruskan Kementerian Pelajaran, ITNM bergerak selari dengan falsafah korporatnya untuk membina sebuah masyarakat progresif berteraskan sains dan teknologi, serta berusaha memperkaya ilmu dan menggalakkan daya saing negara dalam ekonomi serantau.


PERKHIDMATAN

Khidmat Terjemahan

ITNM menyediakan khidmat terjemahan berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat. Kelebihan berurusan di ITNM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemahkan, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf – untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Khidmat Suntingan

ITNM menjamin khidmat suntingan berkualiti tinggi, anda boleh menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali demi memastikan ia bersih daripada sebarang kesilapan. Dengan kualiti sebagai tunjang kerja, editor kami bertanggungjawab memastikan kesempurnaan setiap dokumen yang diserahkan kepada ITNM.

Khidmat Kejurubahasaan

ITNM menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Bergantung kepada permintaan pelanggan, ITNM sedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang – yang membabitkan acara pelbagai bahasa, atau sebagai jurubahasa pengiring bagi urusan perniagaan dan diplomatik.

Khidmat Latihan

ITNM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. ITNM juga sedia mengatur latihan atas permintaan dan keperluan pelanggan – di Wisma ITNM atau di lokasi pilihan pelanggan. Berikut ialah kursus yang dikendalikan oleh ITNM:

1) Kursus Penterjemahan Am

Ditawarkan secara sepenuh masa (dua minggu) atau sambilan (setiap Sabtu selama enam bulan), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.

2) Kursus Bahasa

Kursus ini ditawarkan mengikut permintaan pelanggan dan istimewanya, peserta tidak sekadar diajar tentang bahasa, tetapi turut didedahkan dengan aspek budaya masyarakat penuturnya.

3) Kursus Lain

Turut ditawarkan di ITNM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

Khidmat Sari Kata

Kelebihan ITNM dalam khidmat sari kata adalah menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan konsep pemikiran dan budaya masyarakat setempat. Hasilnya, sari kata yang terpapar mampu memberikan kepuasan sama seperti pengalaman menonton jalan ceritanya.

Khidmat Sokongan

Khidmat berikut juga turut ditawarkan atas permintaan pelanggan:

1) Atur huruf bahasa asing

2) Percetakan

3) Pengesahan dokumen terjemahan (bahan rasmi/undang-undang)


OBJEKTIF

Menyediakan khidmat terjemahan pelbagai bahasa.

Menterjemah dan menerbitkan bahan pengetahuan bermutu ke dalam Bahasa Melayu.

Menterjemah dan menerbitkan karya-karya penting terjemahan ke bahasa lain untuk kepentingan kemanusiaan dan imej nasional.

Menyediakan perkhidmatan kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menyediakan latihan dan bimbingan dalam bidang penterjemahan.

Mempromosi dan memasarkan khidmat dan produk ITNM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


MISI

Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan karya kreatif untuk meningkat dan memperluaskan horizon minda bangsa melalui terjemahan bermutu ke arah masyarakat lebih maju, dinamis dan beradab.

Memperkaya kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan.

Mengantarabangsakan karya kebangsaan Malaysia melalui aktiviti penterjemahan.


VISI

Untuk menjadi badan penterjemahan terunggul di Malaysia.


FALSAFAH & ILTIZAM

Institut Terjemahan Negara Malaysia adalah :-

Pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa lain.

Pusat khidmat kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara.

Pusat pengembangan profesional yang memupuk kaedah, teknik dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat dalam pelbagai bahasa.

Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa yang berkaitan untuk memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pusat rujukan yang menetapkan piawaian dan jaminan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara