::: Misi, Visi & Objektif :::
MISI
- Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
- Melahir golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.
- Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan.
- Menjadi badan pengiktirafan pengamal profesional seni budaya dan warisan.
VISI
Menjadi sebuah intitusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.
Menjadi sebuah intitusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.
::: Latarbelakang :::
AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.
Kronologi
1971
- Kongres Kebudayaan Kebangsaan
16 Mei 1990
- Jemaah Menteri bersetuju dengan penubuhan Akademi Seni Kebangsaan (ASK)
27 Mac 2004
- Diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
- Penggubalan Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006
- Dewan Rakyat lulus 11 Mei 2006
- Dewan Negara lulus 1 Jun 2006
15 Jun 2006
- Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung menandatangani perkenan Akta
29 Jun 2006
- Pewartaan (Akta 653)
1 Ogos 2006
- YB Menteri KEKKWA mengisytihar tarikh kuatkuasa Akta 653
Untuk maklumat lanjut layari laman web : ASWARA
No comments:
Post a Comment