Social Icons

-

Thursday, November 10, 2011

Guru Besar

Guru Besar ialah jawatan tertinggi di sekolah rendah di Malaysia dan juga di sesetengah sekolah di negara lain. Di Malaysia, sebuah sekolah rendah Gred A diketuai oleh Guru Besar DGA34 dan dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan dan jika sekolah ada dua sesi dibantu oleh Guru Penyelia Petang.


A. Pentadbiran

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.

3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.

4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.

5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.

6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.

7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.

8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.

9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.

12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan

1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.

4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.

5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.

6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.

8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.

9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini.

11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya.

12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada.

13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.

2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa.

3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah.

4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.


D. Pembangunan Kakitangan:

1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.

2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.

3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.


E. Mengajar:

1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.


F. Kurikulum:

2. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,berkesan dan mengikut perancangan.

3. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

4. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna.

5. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

6. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

7. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.

8. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

9. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

10. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.


G. Ko-Kurikulum:

1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.

2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.

3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.


H. Hal Ehwal Pelajar:

1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.

2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.

3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.

4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.

5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).


I. Pengawasan Dan Penyeliaan:

1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.

3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.

4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara