Social Icons

-

Friday, August 9, 2013

Dato' Seri Idris bin Jusoh


Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013. Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Besar Terengganu(2004-2008). Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 selepas Barisan Nasional berjaya menguasai semula DUN Terengganu dibawah kepimpinan beliau dengan membawa Gelombang Biru dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3, ketika BN di negeri-negeri lain mengalami tsunami politik. Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu.Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013.


KELUARGA
Berkahwin dengan Che Kamariah Binti Zakaria yang berasal dari Melor, Kelantan. Mempunyai 5 orang anak. Isteri beliau aktif sebagai seorang Pendidik yang memberi pengajaran secara percuma dalam pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah kawasan Terengganu, juga menjadi pendidik di Pusat Minda Jerteh, dan juga mengajar anak-anak kecil untuk pelajaran bahasa Inggeris secara percuma di masjid sekitar Besut. Hasil didikan Idris dan isterinya, 3 orang anaknya telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran (Al-Hafiz) dan juga berjaya dalam bidang akademik.


KETURUNAN ULAMAK
Dua orang Menteri Besar Terengganu yang terakhir, iaitu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Idris Jusoh, kedua-duanya adalah keturunan ulama' yang berpengaruh dalam masyarakat. Datuk kepada Idris Jusoh yang dipangil Tuan Guru Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani merupakan Ulama' Islam yang terkenal suatu ketika dahulu yang sentiasa didampingi kerabat raja,rakyat biasa di Besut mahupun dari luar kawasan suatu ketika dahulu. Yang dimaksudkan dengan al-Basuti ialah Besut di Terengganu.


PENDIDIKAN
 
·       Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.(1969-1973)

·       Blackburn High School, Victoria, Australia.(Matrikulasi-1973)

·       Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).

·       Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).

·       Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).

·       Pengajian Bahasa Arab (Universiti Jordan) (1993-1994).

·       Kursus Pengurusan Lanjutan (Universiti Harvard, USA) (2001).

·       Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).

Kecemerlangan akademik beliau terbukti sejak dari sekolah lagi.Merupakan antara pelajar cemerlang/terbaik di sekolah premier STAR (Ipoh), kemudian mendapat tawaran matrikulasi ke Australia yang hanya diberikan kepada pelajar cemerlang sekolah STAR walaupun keputusan SPM belum dikeluarkan,Kemudian meraih Pelajar terbaik keseluruhan USM dengan mempunyai Ijazah kelas pertama dari USM, Master, dan pembelajaran Ilmu Agama yang di perturunkan oleh datuknya (Tuan Guru Haji Hameed) yang merupakan Ulama' dan guru agama di Besut pada ketika dahulu, jelas menunjukkan keperibadian beliau.


BAKAT KEPIMPINAN DAN ANUGERAH PENDIDIKAN
Dato' Seri Idris Bin Jusoh seorang individu yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan sejak di bangku sekolah lagi. Ia dibuktikan lagi apabila telah menerima Anugerah Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Universiti Sains Malaysia USM (GOLDEN AWARD BEST STUDENT)pada tahun 1980 ketika menjadi penuntut universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut di beberapa Universiti terkemuka samada di Eropah dan Timur tengah. Antara lain bakat kepimpinan dan kecemerlangan Akademik beliau ialah:


·       Dianugerahkan "Pelajar Terbaik keseluruhan" Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) 1973

·       Dianugerahkan "Anugerah Emas Pelajar Terbaik" di USM (1980)

·   Presiden Persatuan Mahasiswa USM-kini dipanggil Yang-Dipertua Majlis Perwakilan          Pelajar(MPP) (1978-1979)

·       President of International Student Association di University of New Haven (1987)

·       Dianugerahkan Sijil Keusahawanan di Universiti Aston, United Kingdom (1984)

·       Best Club Award, Kelab Usahawan Muda (1994)

·       Special Appreciation Award; Individual Malaysian Franchise Award (2000/2001)

·       Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)

·       Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - Membawa gelaran Dato’ (1998)

·       Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) - Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)

Beliau juga seorang yang amat mementingkan Ilmu,Di mana dibawah kepimpinan beliau,beliau memberi inspirasi dan Idea ULUL AL-BAB-MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL, yang mementingkan agama Islam, menghafaz dan memahami Al-Quran, dan cintakan Ilmu pengetahuan.


PROGRAM ULUL ALBAB
Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 2004- mac 2008,beliau memperkenalkan slogan Terengganu Bumi Ulul Albab.Kemudian di daerah beliau juga,diperkenal Besut Bumi Ulul Albab sehingga kini.

Ciri-ciri Ulul Albab

Perbincangan mengenai Ulul al Bab dan definisinya tidak terhad kepada penyenaraian ayat - ayat suci Al Qur’an. Walaupun terdapat sifat - sifat umum yang disebut dalam Al Qur’an yang melayakkan seseorang itu diberi gelaran Ulul al Bab, cabaran yang lebih besar ialah menyenaraikan ciri - ciri yang lebih khusus.

Dato Seri Idris Jusoh telah mengambil inisiatif menyenaraikan 3 ciri golongan Ulul al Bab ini sebagai mereka yang:

Qur’anik Ensiklopedik Ijtihadik

CIRI 1 : Qur’anik diertikan sebagai mereka yang bukan sahaja khatam hafazan (menghafal 30 Juzuk Al-Quran), tetapi juga mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ilmu Al Qur’an seperti ketertiban bacaan, lagu dan mengamalkan ajaran Al Qur’an itu sendiri.

CIRI 2 : Ensiklopedik dimaksudkan dengan keupayaan untuk menguasai pelbagai cabang ilmu (multi - discipline) dan pelbagai bahasa (multi lingual).

CIRI 3 : Ijtihadik Memberi erti bahawa seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat. Haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan inovatif, pemikiran strategik, pemikiran lateral dan sebagainya.

Beberapa negeri di Malaysia telah menggunakan konsep Ulul Albab ini seperti di Melaka,Pulau Pinang,dan Kedah.Dato' Mukhriz Mahathir,kini Menteri Besar Kedah mengakui konsep ini berjaya dan beliau sendiri praktikkan di Kedah(Parlimen Jerlun) dan keputusan akademik pelajar di sana meningkat.

SEKOLAH IMTIYAZ, MRSM ULUL ALBAB, PINTAR QURAN
Menyedari pentingnya pembelajaran Agama Islam iaitu dengan menghafaz dan memahami Al-Quran,Hadith,dan mengamalkan cara Sunnah Wal Jamaah,Idris jusoh telah mengasaskan sekolah IMTIAZ iaitu sekolah yang menekankan pelajar cemerlang akademik dan disamping itu menghafal Al-Quran.Atas inisiatif beliau kini sekolah IMTIAZ telah menjadi antara sekolah terkemuka di Terengganu dan di negeri negeri lain.

Beliau juga telah memperkenalkan kelas Pintar Quran di Terengganu sekitar tahun 90 an.Di mana,pelajar-pelajar dari umur 4 hingga 12 tahun diberi pelajaran dari Iqra' sehingga dapat membaca Al-quran di sekitar pondok-pondok Pintar Quran yang terletak di Terengganu.

Selepas memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA pada 2008,Idris Jusoh memperkenalkan MRSM Ulul Albab, di mana pelajar-pelajar Islam khususnya akan diberi pendidikan yang mengutamakan pelajaran wajib dan menghafaz Al-Quran.MRSM Ulul Albab kini sudah diperkenalkan di beberapa MRSM di Malaysia seperti di MRSM Ulul Albab Kota Putera,Besut,MRSM Ulul Albab Gemencheh(Negeri Sembilan),MRSM Ulul Albab Kepala Batas(Pulau Pinang).


JAWATAN DALAM KERAJAAN

·       Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) - (1991-1993)

·       Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)(2013- sekarang)

·       Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)

·       Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 - 2013)

·       Menteri Besar Terengganu (2004 - 2008)

·       Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) - ( 2008 - 2013)

·       Menteri Pendidikan ke-II Malaysia (2013 - kini)


sumber : wikipedia

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara