Social Icons

-

Thursday, November 10, 2011

GURU PENOLONG KANAN 2 (PK HEM)


TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:

Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.

Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.

Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.

Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.

Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.

Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.


B. Senarai Tugas:

Pentadbiran

Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.

Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.

Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.

Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.

Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.

Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.

Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.

Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.


C. Disiplin:

Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.

Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.

Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.

Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.

Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.


D. Bimbingan dan Disiplin:

Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.

Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.

Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.


E. Program Perlindungan:

Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.

Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.

Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.

Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.


F. Skim Pinjaman Buku Teks:

Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.

Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.

Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.

Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.


G. Biasiswa Dan Bantuan:

Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.

Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.

Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.


H. Ko-kurikulum:

Sukan Dan Permainan:

Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.


Persatuan Dan Kelab:

Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:

Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.

Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:

Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.

Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.


Tugas Dan Tanggungjawab Lain:

Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.

Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.

Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar.

Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara