LATAR BELAKANG
Usaha ke arah memantapkan sistem pendidikan di semua peringkat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan telah bermula apabila "Malaysian Educational Staff Training Institute" (MESTI) ditubuhkan pada Mac 1979. MESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan yang status awalnya adalah sebahagian daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu. Penubuhan MESTI adalah berdasarkan Laporan Jawatan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979(285)
Setakat ini belum ada sebuah maktab atau institusi pelajaran tempatan yang menawarkan latihan bagi pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pelajaran untuk meninggikan taraf ikhtisas mereka. Pada masa ini kebanyakan pegawai ikhtisas yang memerlukan latihan lanjutan biasanya dihantar ke luar negara. Amalan ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan bilangan pegawai yang dapat dihantar adalah terhad. Selain daripada itu, bidang kajian yang mereka ikuti dan juga cara pemikiran terhadap sesuatu isu pendidikan mempunyai orientasi yang asing. Ini tidak mungkin memberi faedah yang maksimum kepada negara. Oleh yang demikian, dalam konteks mempertingkat keberkesanan dan kecekapan sistem pendidikan negara, melalui peningkatan sekolah-sekolah di Malaysia, MESTI berhasrat :
Memperkenalkan taraf keprofesionalan personel Perkhidmatan Pendidikan sebagai pendidik, pentadbir, dan sebagai agen-agen perubahan dalam strategi pendidikan negara, dan
Memperkembangkan secara sistematis amalan-amalan perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan matlamat negara di mana perubahan yang dilakukan adalah berkonsepkan perubahan terancang.
Sasaran Program latihan MESTI mencakupi
Perancangan, pentadbiran serta penyeliaan pendidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Staf pengurusan serta pengurus-pengurus institusi pendidikan.
Pendidik serta jurulatih guru-guru.
Staf sokongan pentadbiran.
MESTI yang diterajui oleh Dr.Chew Tow Yow(Pengetua) dan Dr. Mohd. Yaacob Haji Mat Nong Naib Pengetua) bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980, dan kemudiannya berpindah pula ke Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus rasminya di Sri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada bulan Mac 1985.Ia kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara pada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasan seluas 121 ekar di Genting Highlands.
Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki(Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya. Peranan IAB kian berkembang merangkumi program-program yang bersepadu di peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping kursus-kursus khas pada peringkat serantau dan antarabangsa. IAB terus memainkan peranannya sebagai institusi latihan berwibawa di bawah beberapa orang Pengarah. Mulai 16 November 1988, Dr, Hussien bin Hj. Ahmad mengambil alih kepimpinan IAB sehingga 1 Disember 1992. Kemudian institusi ini dipimpin pula oleh Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid. Pada penghujung 1998, jawatan Pengarah IAB disandang oleh Dr. Ab. Rahim bin Selamat sehingga bulan Ogos 2000. Mulai 1 September 2000 Dato' Dr. Wan Chik Rahmah Wan Din dilantik sebagai Pengarah IAB yang baru, dan beliau merupakan wanita pertama yang menerajui kepimpinan IAB. Kemudiannya IAB dipimpin oleh Dr. Hj. Ishak bin Sin sehingga 31 Disember 2004. Bermula Mei 2005, IAB dipimpin pula oleh Dr. Zulwali Kifli bin Merawi sebagai Pengarah IAB. Pengarah ke-9 IAB ialah Dr. Khair Mohamad Yusof yang memegang jawatan tersebut sehingga 31 September 2009. Sekarang, semenjak 1 Oktober 2009, IAB dipimpin oleh Yang Berbahagia Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud selaku Pengarah IAB yang ke-10.
OBJEKTIF
Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan pendidikan serta membangunkan Pendidikan Negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya penghayatan dan amalan peradaban ilmu dan nilai-nilai murni.
FUNGSI
Penubuhan IAB berpaksikan kepada enam (6) fungsi utama iaitu:
Latihan
Pentaksiran
Perundingan
Penyelidikan
Penerbitan
Kumpulan Pemikir
VISI
Institut Aminuddin Baki sebagai pusat kepimpinan pendidikan yang terbilang.
MISI
Membangun keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti.
PIAGAM PELANGGAN
IAB komited untuk memberi kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan:
- Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan;
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan program latihan IAB;
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta yang mengikuti program latihan berpuas dengan pengendalian sesi latihan oleh Pensyarah IAB dan Pensyarah Jemputan;
- Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dipohon sekurang-kurangnya empat minggu (4) sebelum kursus bermula;
- Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
- Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahun;
- Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun ;
- Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program konsultansi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun;
- Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesioanal pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun ;
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan penginapan;
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai 8.15 pagi hingga 4.45 petang;
- Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;
- Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan perkhidmatan di IAB adalah menepati tempoh-tempoh berikut:
- akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari
- maklum balas awal dalam tempoh 15 hari
- laporan status aduan dalam tempoh 5 minggu
[Sumber: Pelan Kecemerlangan IAB 2009 - 2011]
Struktur Organisasi
Institut Aminuddin Baki -Cawangan Utara
IAB Zon Kelantan
IAB Zon Perak
IAB Zon Sabah
IAB Zon Johor
IAB Zon Sarawak
Pejabat Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Pusat Pembangunan Organisasi
Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan
Pusat Pengurusan Teknologi
Pusat Penyelidikan, Penilaian dan ICT
Pusat Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Pusat Pembangunan Eksekutif Pendidikan dan Pengurusan Sumber
Pusat Konsultasi dan Mentoring
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web IAB
No comments:
Post a Comment