Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.
Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.
Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.
Keanggotaan
Pendaftaran untuk menyertai Kadet Pertahanan Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 20 tahun.
- Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
- Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
- Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak sekolah.
- Warganegara Malaysia.
- Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.
Bayaran Elaun
Anggota kadet tidak layak menerima sebarang elaun.
Guru Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
Guru Penasihat atau Guru Pembimbing Kadet TIDAK LAYAK menuntut sebarang elaun.
Kaedah Latihan
Kuliah: Boleh dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau jurulatih bertauliah.
Praktikal : Dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh Guru Penyelaras Kadet.
Lawatan: Dijalankan sendiri oleh Guru Penyelaras.
Perkhemahan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing dengan bantuan jurulatih bertauliah
Kerja Lapangan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.
Kerja Kumpulan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.
Untuk Maklumat Lanjut Layari Laman Web Berikut
Excellent goods from you, man. І haνе take nοtе your stuff prior to and you are simply extrеmely wonderful.
ReplyDeleteI геally lіke what you have obtaineԁ right heгe, геallу
lіke what you're saying and the way in which during which you are saying it. You make it enjoyable and you still care for to keep it wise. I can't wait to read much more from you.
Thiѕ is actuаlly a tremendοus website.
Heгe is my blog ρоst :: general