Social Icons

-

Sunday, November 13, 2011

Matlamat Pendidikan Islam

Maksud Pendidikan Islam

Pendidikan Islam boleh difahami dengan tiga maksud, iaitu:

Pendidikan Islam khas. Hasan langgulung (1995) mengistilahkan dengan Pendidikan Islam Terhad. Ini merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah, Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.

Pendidikan Islam Umum. Ia melipuli segala bidang hidup manusia, seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media, teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain. Maknanya, dalam setiap bidang itu ada pendidikan Islamnya. Contohnya dalam ekonomi; kita boleh berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam ada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan sebagainya. Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kira bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan sebagainya. Demikianlah juga dengan bidang-bidang lain. Secara rengkasnya Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui apa yang disuruh dan apa yang dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja, sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti.

Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkkumi segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan. Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal Sulam (Hasan langgulung 1991). Jadi, sistem yang tampal sulam itu mengeluarkan guru yang tidak lebih daripada Guru Tampal Sulam. Jadi pendidikan Islam itu ialah suatu yang luas dan bersifat holistik, bukan sempit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.

Tujuan Umum Pendidikan Islam

Pendidikan Islam yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Pendidikan Islam Terhad, iaitu berdasarkan kepada sub subjek yang ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah terdapat sub subjek seperti berikut:

Sekolah Rendah:

1.0. Asuhan Tilawah Al-Quran.

Ia mengandungi perkara-perkaran yang berkaitan dengan mengenal dan menyebut huruf hijaiyah, membaca, menghafaz dan memahami maksud atau tema ayat yang dibaca dan dihafaz.

2.0. Asas Ulum Syari`yah

Ia mengandungi:

  • Aqidah
  • Ibadah
  • Sirah

3. Asas Akhlak Islamiyah

mengandungi asas akhlak dan adab untuk diamalkan oleh orang Islam

Sekolah Menengah

1.0. Tilawah Al-Quran

Ia merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman

2.0. Ulum Syar`iyah (Teras)

Ia mengandungi:

  • Aqidah
  • Ibadah
  • Sirah
  • Institusi Islam
  • Akhlak

Mata pelajaran (Elektif) mengandungi

  • Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
  • Pendidikan Syar`iyah Islamiyah
  • Tasawwur Islam.

Semua pelajaran ini diajar menuju ke satu matlamat sahaja, iaitu melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk itu, guru seharusnya faham dan jelas tujuan mengajar dan belajar dan segala aktiviti dalam dan di luar bilik darjah. Antara tujuannya berdasarkan sub mata pelajaran ialah seperti berikut:


Pengajaran Tilawah Al-Quran. Antara tujuannya ialah:

  • Dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf Al-Quran dengan betul dan fasih
  • Dapat membaca Al-Quran dengan baik, betul dan fasih
  • Mengetahui makna ayat-ayat yang dibaca
  • Menghayati ajaran ayat yang telah dipelajari
  • Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan memahami maksud ayat tersebut

Dengan demikian, guru mesti berusaha memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, termasuk cara sebutan makhraj dan sifatnya serta lagunya, kerana pelajar akan meniru cara guru membaca Al-Quran. Guru mesti cuba pastikan bahawa setiap kali pelajaran Al-Quran, pelajar mendapat sesuatu yang baru daripada Al-Quran. Dengan cara ini pelajar tidak jemu belajar Al-Quran, malah terasa rugi kalau ia tertinggal, serta ia merasa Al-Quran itu sentiasa baru, bukanya suatu yang ketinggalan zaman. Pelajar mengetahui bahawa Al-Quran sentiasa menyentuh tentang dirinya.

Ibadah.

  • Supaya pelajar dapat mengetahui apa dia ibadah dan apa jenis-jenis ibadah
  • Dapat melakukan ibadat dengan betul, sah dan diterima oleh Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya
  • Dapat pahala ibadat bagi urusan lain dalam hidup. Seperti bekerja, menolong orang, menjaga kebersihan, kesihatan, mengasihi binatang, taat ibu bapa, horamat guru, berkahwin dan lain-lain
  • Supaya pelajar tahu apa-apa jenis pekerjaan yang haram bekerja, juga tempat-tempat yang tidak diharuskan bekerja dan yang mana pula yang hurus.
  • Pelajar mengetahui jenis-jenis makanan dan minuman yang diharuskan dan yang diharamkan, di samping itu menanam rasa tanggungjawab supaya melakukan yang harus dan menjauhi yang haram
  • Mengetahui jenis-jenis tindakan, pekerjaan, pengurusan, serta pentadbiran yang baik yang dianjurkan oleh Islam serta jenis-jenis pengurusan yang salah dari perspektif Islam
  • Supaya tingkah laku dan tidndakan pelajar hingga mereka dewasa tidak bertentangaan dengan ajaran Islam.

Aqidah

  • Menerapkan `aqidah yang benar kepada pelajar
  • Mengukuhkan kepercayaan kepada Allah yang Esa
  • Menanamkan keyakinan terhadap rukun-rukun Iman yang enam
  • Percaya kepada perkara ghaib seperti yang khabarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah
  • Mengelakkan daripada kepercayaan sesat
  • Menjauhkan daripada amalan syirik dan khurafat
  • Menanamkan roh cintakan agama
  • Mencintai Rasulullah dengan bersedia mengikuti sunnahnya dan meninggalkan larangannya
  • Mengetahi sifat-sifat Allah dan rasul

Akhlak

  • Memahami Islam secara syumul
  • Memahami konsep akhlak dalam Islam dan mengamalkannya
  • Menghayati cara hidup Islam dengan sempurna dan menyeluruh
  • Menjauhi cara hidup liar, sesat dan merosakkan
  • Melatih tata cara bergaul yang sempurna dan harmoni
  • Beradap dengan orang, terutamanya yang lebih tua dan berpangkat
  • Bertamadun, iaitu dapat bergaul dengan orang Islam dan bukan Islam, serta mengasihi binatang
  • Menjaga alam sekitar
  • Rela berjuang untuk menegakkan yang benar

Sirah

  • Mengenali Nabi s.a.w. dan sahabat dengan lebih dekat
  • Mencintai Nabi s.a.w. dan keluarganya
  • Menginsafi terhadap perjuangan Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam
  • Merasai betapa susahnya hendak menegakkan agama Islam – Untuk masa sekarang – ialah untuk mengamalkan ajaran Islam
  • Mengenali ulama dan pejuang-pejuang Islam
  • Meniru dan mengambil pengajaran daripada perjuangan orang yang terkemuka
  • Menyelidik hasil karia orang terkemuka dan mengambil faedah daripadanya

Institusi Islam

  • Mengenal Islam sebagai agama yang mempunyai organisasi yang cukup lengkap
  • Mengetahui jenis institusi Islam dan peranannya; seperti institusi keluarga, masyarakat, kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan, pemerintahan, syura, ketenteraan, keselamatan, sosial dan sebagainya
  • Mengetahui dengan lebih dekat peranan setiap institusi dan kepentingannya terhadapat pembangunan masyarakat Islam setempat dan masyarakat sesebuah negara

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara