Pengertian Pengajaran
Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran
Ciri-ciri pengajaran
Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu:
- Merancang
- Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran
- Memilih strategi pengajaran
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Menilai dalam satu-satu pengajaran
Pembelajaran
Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan.
Perkaitan antara pengajaran dan pembelajaran yang diteguhkan
Pengajaran yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru
Konsep Pengajaran
- Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan
- Pengajaran berkesan ialah Merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar
- Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna
- Pengajaran merupakan aktiviti intelek
- Ia melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaian
- Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka
- Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional
- Dalam pengajaran terkini, terdapat pengajaran yang memusatkan kepada murid
- Dalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan kepada guru
No comments:
Post a Comment