Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Sukan Memanah


Sejarah dan Latar Belakang Sukan Memanah

Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang pertama sebenarnya anda telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak 20,000 tahun yang lalu. Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di Sepanyol. Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum masehi.

Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan makanan. Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak panah diperbuat daripada batu dan tembaga. Orang-orang Tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada zaman Mesir kuno. Orang-orang Tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung pada zaman itu.

Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman kerajaan Rom dan kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11. Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.

Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar abad ke-16 apabila Rja Hendry VIII mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

Di benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia.

Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehingga The Federation International de tir a l'arc (FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Munich.

FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.

Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan di peringkat MSSM. Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.

(Dipetik daripada Panduan Pelaksanaan Kokurikulum:Kelab Memanah, JPN Perak)

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara