SKIM ZAMALAH CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  
2012  
Skim  Zamalah 
Canselor  Universiti  Kebangsaan 
Malaysia  diwujudkan  bertujuan 
untuk  menarik  pelajar yang sangat cemerlang dalam bidang
akademik untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah  doktor falsafah (PhD) secara penyelidikan
sepenuh masa di UKM. Ia merupakan salah satu usaha  untuk 
meningkatkan  bilangan  pelajar 
siswazah  dan  juga 
aktiviti  penyelidikan universiti.
Skim  ini 
adalah sangat kompetitif dan hanya diberi kepada pelajar yang memenuhi
kriteria.   
Syarat Kelayakan dan Cara Memohon:  
1)  Permohonan adalah dibuka kepada calon tempatan
dan luar negara.  
2)  Pemohon program pengajian peringkat  doktor falsafah (PhD) secara sepenuh masa
melalui  mod penyelidikan dan penyediaan
tesis.  
3)  Pembiayaan 
akan  bermula sebaik  sahaja 
penerima  zamalah  ini 
mendaftar  sebagai  calon  Doktor
Falsafah secara sepenuh masa.  
4)  Mempunyai kelulusan akademik cemerlang dengan
kelulusan CGPA tidak kurang daripada  
3.67  atau  setara 
pada  peringkat  pra 
siswazah.  Bagi  pemohon 
yang  mempunyai  Ijazah 
Sarjana, hendaklah mempunyai pencapaian akademik yang sangat cemerlang
di peringkat  Sarjana.  
5)  Tidak 
menerima  biasiswa  atau 
sebarang  bantuan  kewangan 
daripada  pihak  lain 
untuk  membiayai pengajian.  
6)  Pelajar  tahun 
akhir  peringkat  Sarjana 
Muda/Sarjana  yang mempunyai  prestasi 
akademik  cemerlang  dan 
berhasrat  untuk  melanjutkan 
pelajaran  ke  peringkat 
PhD  melalui  penyelidikan 
juga  boleh  memohon 
dengan  mengemukakan  permohonan 
melalui  fakulti  masing-masing 
dan  memperolehi  perakuan 
serta  sokongan  daripada 
Dekan  fakulti  berkenaan. 
7)  Penerima Zamalah Canselor
UKM dikehendaki menjalankan penyelidikan yang ditetapkan  dalam 
program  pengajian  masing-masing 
dan  membantu  dalam 
pengajaran  yang  ditentukan oleh fakulti, tetapi tidak melebih
6 jam seminggu.  
8)  Penerima zamalah ini juga dikehendaki
menandatangani perjanjian yang antara lain tidak  
membenarkan  mereka  menukar 
pengajian  pada  bila-bila 
masa  tanpa  persetujuan 
penyelia/Dekan  Fakulti  serta 
mendapat  kelulusan  Pengarah 
PPS,  memastikan  prestasi 
cemerlang  sepanjang  tempoh 
pengajian  dan  mematuhi 
syarat-syarat  lain  seperti 
yang  ditetapkan oleh
Universiti.  
Tempoh Pembiayaan:   
Bermula
dari semester pertama pendaftaran untuk tempoh maksimum tiga (3) tahun.  
Kadar Pembiayaan:  
| 
   
Elaun Bulanan   
 | 
  
   
 RM 4000.00  
   
 | 
 
| 
   
Yuran Pengajian*   
 | 
  
   
 Dikecualikan 
   
 | 
 
| 
   
Yuran Pemeriksaan Tesis*   
 | 
  
   
 Dikecualikan (sekali sahaja)   
 | 
 
| 
   
Elaun Penyediaan
  Tesis   
 | 
  
   
 RM 500.00 
   
 | 
 
*Penerima  Zamalah Canselor UKM hanya dikecualikan
daripada membayar  Yuran Pengajian
dan  Yuran Peperiksaan Tesis sahaja.
Manakala bagi yuran-yuran selain yang dinyatakan di atas, adalah  menjadi tanggungjawab pemegang skim ini untuk
menjelaskan.  
Tarikh Tutup Permohonan:  
Permohonan
adalah terbuka sepanjang tahun.   
Pemohonan  hendaklah 
dibuat  dengan  menggunakan 
borang  permohonan  rasmi 
dan  disertai  dengan 
salinan  kad  pengenalan/passport,  ijazah, 
transkrip  yang  disahkan, 
biodata  diri  (CV),  cadangan
terperinci projek penyelidikan dan lain-lain dokumen berkaitan seperti kertas
kerja jurnal  yang telah dihasilkan.  
Permohonan
yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada: 
Pengarah  
Pusat Pengurusan Siswazah  
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor  
Malaysia  
Mel-e: zamalahperdana@ukm.my  
NOTA:   
1)  Menghantar hanya SATU (1) borang sahaja ke
Pusat Pengurusan Siswazah.  
2)  Permohonan tidak LENGKAP tidak akan
diproses.  
3)  Keputusan jawatankuasa pemilih adalah
MUKTAMAD.  
No comments:
Post a Comment