Latar Belakang
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”
Objektif
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas;
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid berkeperluan khas;
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas;
Menyediakanbahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini;
Memastikantenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Fungsi
Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khas.
Membentuk sahsiah dan mempertingkat potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat antarabangsa.
Mempertingkat kompetensi pengurus, pentadbir, guru dan anggota kumpulan sokongan pendidikan khas melalui program latihan di dalam dan di luar negara.
Memastikan sumber manusia mencukupi, terlatih dan berkemahiran untuk melaksanakan Program Pendidikan Khas.
Mempertingkat kemudahan infrastruktur, infostruktur, peralatan khas, bahan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khas.
Visi
Pendidikan Berkualiti menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan
Misi
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
Piagam Pelanggan
Kami warga Bahagian PendidikanKhas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir Program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berikrar untuk:
Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
Mengeluarkan surat penempatan/pertukaran guru dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
Memastikan maklumbalas minit mesyuarat dihantar kepada urus setia dalam tempoh lima (5) hari selepas minit diterima;
Memastikan tindakan bagi perkhidmatan pakar dan aduan diambil dalam tepoh 14 hari bekerja ;
Menguruskan kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib bagi kanak-kanak/murid dengan keperluan khas dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima ;
Memastikan semua sumbangan yang diterima untuk program pendidikan khas dari agensi lain diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja;
Struktur Organisasi
Program Pendidikan Khas
Sektor Pembangunan Kemanusian
Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid
Unit Pengurusan Ko-kurikulum, Sukan dan Seni
Unit Pengurusan Staf Sekolah
Sektor Pembestarian ICT dan Instruksional
Unit Pengurusan Program Transisi/Kemahiran
Unit Pengurusan Instruksional
Unit Pengurusan TMK
Sektor Program Khas
Unit Pengurusan Pemulihan Khas dan KIA2M
Unit Pengurusan Orang Asli and Penan
Perancangan dan Penilaian
Sektor Perancangan Mikro, Pembangunan dan Maklumat
Unit Perancangan Mikro
Unit Data dan Maklumat
Unit Pembangunan Pendidikan Khas
Sektor Operasi Dasar, Penilaian dan Kajian Tindakan
Unit Operasi Dasar
Unit Penialain
Unit Kajian
Latihan dan Khidmat Bantu
Sektor Latihan dan Sumber
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Unit Teknologi dan Sumber Pendidikan
Sektor Khidmat Bantu Pendidikan Khas dan Penerbitan
Unit Penerbitan dan Percetakan Braille
Unit Khidmat Bantu
Sektor Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Unit Terapi Pertuturan
Unit Audiologi
Pengurusan dan Perhubungan
Unit Perhubungan dan Khidmat Pelanggan
Unit Pengurusan Sumber Sekolah Pendidikan Khas
Unit Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan
Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
Unit Kewangan dan Akaun
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pendidikan Khas
No comments:
Post a Comment