VISI
PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA
MISI
Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara."
PIAGAM PELANGGAN
Kami seluruh anggota Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi memberikan perkhidmatan yang berkesan dengan mengeluarkan:
- Surat tawaran kemasukan ke tingkatan satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid-murid yang berjaya dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan;
- Surat tawaran kemasukan ke tingkatan empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid-murid yang berjaya dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh PMR diumumkan;
- Surat pertukaran kepada murid yang memohon bertukar dari Sekolah Berasrama Penuh ke sekolah harian dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
- Surat penempatan pertama bagi guru-guru baharu di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh data guru diterima dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian;
- Surat pertukaran guru kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan; dan
- Surat pelantikan warden kepada sekolah setelah diluluskan oleh panel mesyuarat dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
OBJEKTIF
Objektif utama penstrukturan semula Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan:
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid;
- Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan;
- Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020;
- Mewujudkan permuafakatan di semua Sekolah Berasrama Penuh;
- Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara;
- Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
- Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
- Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
- Meningkatkan tahap kebajikan guru;
- Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar;
- Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid;
- Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;
- Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%;
- Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa;
- Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid; dan
- Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.
Struktur Organisasi
SEKTOR PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN SBT
Unit Pengurusan dan Perhubungan SBT
SEKTOR PENGURUSAN OPERASI SBT
Unit Pengurusan Operasi SBT
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK SBP
Unit Akademik SBP
Unit Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Antarabangsa
SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SBP
Unit Pengambilan dan Kemasukan Murid
Unit Pengurusan Disiplin dan Kaunseling
Unit Pengurusan Bantuan dan Kebajikan
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN DAN KEPEMIMPINAN SBP
Unit Pengurusan Asrama dan Sistem Rumah
Unit Pengurusan Sukan dan Kokurikulum SBP
Unit Kepimpinan dan Profesionalisme
SEKTOR PENGURUSAN DASAR, INOVASI DAN KOMUNIKASI
Unit Dasar dan Inovasi
Unit Perhubungan dan Keurusetiaan
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SEKTOR PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN OPERASI PENDIDIKAN
Unit Naik Pangkat dan Tatatertib
Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
Unit Perjawatan dan Pengurusan Sekolah
Unit Kewangan dan Akaun
Unit Pembangunan, Perolehan dan Pengurusan Aset
SEKTOR PENGURUSAN KEBITARAAN AKADEMIK
Unit Kebitaraan Akademik
SEKTOR PENGURUSAN KEBITARAAN KOKURIKULUM
Unit Kebitaraan Kokurikulum
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
No comments:
Post a Comment