Matlamat
- Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
- Mewujudkan permuafakatan di semua sekolah rendah dan menengah.
- Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara.
- Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
- Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan.
- Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan.
- Meningkatkan tahap kebajikan guru.
- Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar.
- Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid.
- Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan selurus warga sekolah.
- Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%.
- Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa.
- Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid.
- Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penyerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.
Piagam Pelanggan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan dengan :
1. Pengurusan Penempatan Guru
- Memastikan proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas bekalan guru diterima daripada BPSH
2. Pengurusan Pertukaran Guru
- Memastikan proses pertukaran guru diurus 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun dalam tempoh seperti berikut:
- 45 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan bagi pertukaran Januari
- 30 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan bagi pertukaran Jun
3. Pengurusan Murid
- Memastikan 100% murid warganegara mendapat tempat belajar setiap sesi persekolahan bermula
- Memaklumkan keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
4. Pengurusan Permohonan Agensi Luar
- Mengemukakan status kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja
5. Pengurusan Semakan Kertas Makluman / Cadangan
- Mengemukakan Kertas Makluman / Cadangan kepada urus setia dalam tempoh 7 hari bekerja
6. Ulasan Memorandum / Kertas Cadangan
- Mengemukakan ulasan Memorandum/Kertas Cadangan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja
7. Pengurusan Aduan Pelanggan
- Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh-tempoh berikut:
- Menyelesaikan aduan dalam tempoh 14 hari bekerja
- Menjawab sebarang pertanyaan dalam tempoh 3 hari bekerja
8. Pengurusan Keurusetiaan
- Mengemukakan draf minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas mesyuarat
- Mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat.
9. Pengurusan Pembayaran kepada Pembekal
- Memastikan urusan pembayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap)
Visi
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian peneraju pengurusan pendidikan berkualiti menjelang 2012
Misi
Menyelaras, memudahcara, menyelia dan menguatkuasa pengoperasian dasar pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan Jabatan Pelajaran Negeri melaksanakan dasar-dasar pendidikan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai pengurusan pendidikan berkualiti
Objektif Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ialah:
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid.
- Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan kualiti pendidikan supaya aspek aksesibiliti atau kemudahcapaian peluang-peluang pendidikan, aspek ekuiti atau kesamarataan peluang pendidikan dan aspek kualiti pendidikan dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat.
- Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
- Mewujudkan permuafakatan di semua sekolah rendah dan menengah.
- Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara.
- Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
- Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan.
- Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan.
- Meningkatkan tahap kebajikan guru.
- Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar.
- Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid.
- Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan selurus warga sekolah.
- Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%.
- Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa.
- Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid.
- Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penyerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.
Struktur Organisasi
Sektor Pentadbiran, Kewangan dan ICT
Unit Pentadbiran
Unit Pengurusan Kewangan
Unit ICT
Unit Perolehan dan Pengurusan Aset
Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan
Unit Pengoperasian Dasar
Unit Keurusetiaan
Unit Inovasi
Sektor Pengurusan Sekolah Menengah
Unit Pengurusan Sekolah Menengah
Unit Pengurusan Akademik Menengah
Unit Pengurusan Tingkatan Enam
Unit Pengurusan Sekolah Amanah
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Unit Pengurusan Sekolah Rendah
Unit Pengurusan Akademik Rendah
Sektor Pengurusan Prasekolah
Unit Pengurusan Prasekolah
Unit Koakademik Prasekolah
Sektor PERMATA
Unit PERMATA Negara
Unit PERMATA Pintar, Insan dan Seni
Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin
Unit Adu Disiplin
Unit Pengurusan Disiplin
Unit Kaunseling
Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama
Unit Pengurusan Kesihatan dan Kebajikan Murid
Unit Pengurusan Asrama Harian
Unit Pencegahan dan Intervensi Dadah
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
No comments:
Post a Comment