GARIS PANDUAN DAN PERATURAN GERAKERJA KO-KURIKULUM
KEAHLIAN
Setiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja ko-kurikulum: satu gerakerja sukan dan permainan. Satu gerakerja pasukan unit beruniform dan satu gerakerja kelab dan persatuan.
KEDATANGAN
kedatangan guru dan murid adalah diwajibkan dan menyertai kegiatan yang dijalankan dengan aktif.
PAKAIAN
Pakaian seragam , pakaian sukan dan pakaian pendidikan jasmani dibenarkan sewaktu menjalani gerakerja ko-kurikulum.
KEMUDAHAN, KESELAMATAN DAN DISPLIN
Guru bertanggungjawab bagi menjaga , menjamin keselamatan peralatan yang digunakan itu dalam keadaan baik dan selamat.
KONSEP DAN MATLAMAT KO-KURIKULUM
Sebagai program sokongan kepada kurikulum ke arah kecemerlangan pendidikan yang seimbang.
Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian didalam bidang sukan, permainan,persatuan,kelab dan pasukan unit beruniform.
Menyediakan segala kemudahan yang secukupnya kepada semua aktiviti ko-kurikulum.
Memberi peluang kepada semua murid supaya mereka dapat memajukan diri dalam lapangan yang diceburi ke arah kecemerlangan ilmu dan kerjaya.
Mengembangkan bakat dan minat ke arah pembentukan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketerampilan.
Memberi galakan dan dorongan supaya murid dapat mengembangkan minat dan bakat mereka dengan berkesan.
Kesempatan dan peluang untuk mengasah kebolehan serta bakat kepimpinan dalam pengendalian dan pengurusan aktiviti ko-kurikulum.
Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif(Nilai Murni)
Melatih murid bijak mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah disamping membina kesihatan dan kesejahteraan diri, sosial dan harmoni dalam masyarakat.
Memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada masyarakat sekeliling.
Menyediakan peluang kepada ibu bapa dan masyarakat untuk memberi sumbangan idea dan material terhadap sekolah.
JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM
JAWATANKUASA PENGAKAP
JAWATANKUASA ST. JOHN AMBULAN.
JAWANTANKUASA PUTERI ISLAM.
JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN
JAWATANKUASA KELAB BAHASA
JAWATANKUASA KELAB MATEMATIK DAN SAINS
JAWATANKUASA KELAB AGAMA ISLAM
JAWATANKUASA KELAB REKREASI DAN KEMBARA
JAWATANKUASA SUKAN DAN PERMAINAN
BOLASEPAK
BOLA JARING
HOKI
SEPAKTAKRAW
BADMINTON
PING PONG
BOLA BALING
GURU RUMAH SUKAN
RUMAH MERAH
RUMAH BIRU
RUMAH HIJAU
RUMAH KUNING
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
Bidang penasihat utama kepada Guru Besar mengenai aktiviti-aktiviti sukan.
Merancang aktiviti dan program olahraga dan permainan sekolah untuk jangka pendek dan panjang dalam menjalankan tugas ini.
Mengadakan jadual atau takwim sukan dan mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan di kalangan staf.
Menjadi pegawai perhubungan di antara sekolah lain di lapangan sukan dan permainan.
Merancangkan keperluan, kemudahan, kewangan untuk sukan, memesan, menerima dan memasukkan ke dalam buku stok serta mengawal peralatan sukan.
Mengagihkan pelajar kepada rumah sukan, Merancang pertandingan peringkat sekolah dan di antara rumah
Mengurus penyertaan pasukan dalam pertandingan luar dengan kerjasama dari pengurus , dan jurulatih permainan.
Menjadi setiausaha kepada Majlis sukan sekolah dan menyimpan minit mesyuarat
Mengendalikan papan kenyataan dan galakan sukan
Tugas-tugas lain yang diperlukan oleh Guru Besar ,Guru Kanan koko berkaitan sukan dan permainan
BIDANG TUGAS PENGURUS/JURULATIH PERMAINAN
Mengawal dan bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan penggalakan ke arah kemajuan yang di bawah kendaliannya.
membentuk pasukan sekolah. Menyediakan senarai keperluan, alatan dan mencadangkan pembeliannya melalui kerjasama setiausaha sukan
Mengatur program latihan dan kegiatan pasukan bagi sepanjang tahun
Bertindak sebagai pengurus pasukan sekolah.
Memupuk semangat dan minat di kalangan pemain-pemain dengan mengadakan aktiviti menonton video, filem berkaitan, lawatan dan lain-lain rangsangan.
Menaikkan imej sekolah melalui permainan, menjaga kebajikan ahli pasukan sekolah.
BIDANG TUGAS GURU KETUA RUMAH
Menyelaraskan semua kegiatan sukan rumah, membahagikan tugas guru sukan rumah dan menyusun jadual bertugas mereka.
Memilih jawatankuasa sukan di kalangan pelajar melalui mesyuarat rumah sukan.
Mewujudkan satu peraturan bagi rumah, menentukan kedatangan dan penyertaan di catat.
Menyediakan wakil rumah di dalam pertandingan antara rumah dan memberi peluang kepada semua ahli untuk menyertai kegiatan rumah.
“jadikan profesion ini satu ibadat yang mulia”
No comments:
Post a Comment