JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS)
Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.
Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia.
Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian
Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah.
Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.
Berusaha menambah ABM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan.
Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran.
Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel.
Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya.
Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan.
JAWATANKUASA PROJEK KHAS
PROJEK PENINGKATAN UPSR
Bidang Tugas
Mengenalpasti kumpulan pelajar.
Merancang ,mengurus,dan menyelia program bimbingan.
Mewujudkan Projek Khas yang inovatif dan memberi kesan berganda.
Membuat penilaian/target mata pelajaran dan menentukan tindakan susulan.
JAWATANKUASA PANITIA MATAPELAJARAN
Bidang Tugas
Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap anggota.
Menyedia Rancangan Mengajar.
Mencadangkan buku teks dan buku rujukan.
Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan.
Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.
Mengadakan mesyuarat panitia.
Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar.
Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah,PPD,JPN,KPM.
“Pengurusan Berkualiti Menjayakan Misi”
GURU PENYELARAS TAHUNAN
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
Bidang Tugas
Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta mengedarkannya.
Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
Mengurus peperiksaan dan memastikan keselamatan soalan.
Menganalisa dan melapur keputusan peperiksaan dalaman dan luaran.
Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
Menyedia,mengisi,menyemak borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan ke JPN.
Menyedia /melengkapkan bilik-bilik peperiksaan.
Menjalankan kajian sosioekonomi pelajar sebagai faktor penyebab kecemerlangan.
JADUAL WAKTU
Bidang Tugas
Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas.
Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah.
PENTADBIRAN DAN KEBERSIHAN
Guru Data
Bidang Tugas
Menyedia Penyata bulanan guru dan murid
Menyedia penyata suku tahun
Menyediakan data-data untuk dihantar ke PPD/JPN/KPM
Menyemak dan mengawasi Jadual Kedatangan
Menyedia dan merekod untuk pembangunan sekolah
GURU DARJAH
Bidang Tugas
Pendaftaran pelajar,butiran penjaga yang kemas kini ke dalam jadual kedatangan.
Merekod kehadiran pelajar/,mengambil tindakan pelajar yang tidak hadir.
Memungut yuran tahunan (Yuran Khas dan Pelbagai)
Keprihatinan guru terhadap pelajar
Keceriaan kelas -sentiasa bersih dan selamat.
Rekod data pelajar,peperiksaan,kad kemajuan,kad 001,profil
Pengumpulan maklumat pelajar (SPBT,Borang biasiswa dll)
JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH
Bidang Tugas
Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
Menyedia dan memproses senarai alat-alat yang ada.
Menyediakan alat-alat dan bahan yang diperlukan oleh semua bahagian mengikut keutamaan.
Berbincang dengan guru besar berhubung pembelian alat-alat mengikut keutamaan dan kemampuan sekolah.
Merancang anggaran belanjawan tahunan - cuba dapatkan sumbangan luar.
Berhubong rapat dengan pembahagian perkhidmatan sebaran pendidikan,PKG,PSPN dan lain-lain agensi.
Sebagai Juru foto sambilan sekolah - merakam peristiwa-peristiwa penting di sekolah dan luar sekolah yang melibatkan penyertaan pasukan sekolah dan memasukkan ke dalam album.
Unit ABM
Bidang Tugas
Berusaha menambah alat-alat ABM dan memastikan penggunaannya secara maksimum.
Mereka dan mengemas kini penggunaan peralatan ABM.
Mengadakan pertandingan reka cipta alatan ABM.
Mengkategori alatan ABM mengikut mata pelajaran.
Unit TV Pendidikan
Bidang Tugas
Menyediakan rekod penggunaan Radio dan TV Pendidikan.
Membuat rakaman kaset radio dan kaset video bagi tajuk-tajuk yang diperlukan oleh panitia.
Menyelaraskan jadual siaran RTV Pendidikan dengan jadual sekolah.
TGBP (Tabung Guna Bahan Penilaian)
Bidang Tugas
Menyediakan buku stok dan peraturan pinjaman bahan/Bank Item.
Mengumpul semua set soalan dan skema jawapan peperiksaan dalaman dan luaran -OTI,PTS,UPSR.
Unit Perpustakaan
Bidang Tugas
Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya.
Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog buku-buku baru untuk diedarkan kepada guru-guru bagi memilih buku-buku yang sesuai.
Mengurus dan mengemas kini kerja-kerja berikut:
-Merekod semua buku yang ada dalam perpustakaan dalam buku stok.
-Menggelas,mengkatalogkan dan memproses buku.
-Menyedia buku rekod penggunaan perpustakaan
-Melantik Pengawas Perpustakaan dan menentukan tugas-tugasnya.
Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti:
-Sudut Pameran
-Pameran buku baru
-Minggu/bulan perpustakaan dan bulan membaca.
-Mengadakan pertandingan banyak membaca,mengulas buku.
-Membuat polongan akhbar.
-Mengadakan penerbitan seperti”Berita Perpustakaan”
Membaikpulih buku-buku yang rosak dan menjilid.
Membuat hapus kira,menutup kira-kira akhir tahun dan membuat anggaran belanjawan tahun berikutnya.
Menghias cantik perpustakaan supaya menjadi “Gedung Ilmu”.
Unit Komputer
Bidang Tugas
Menyelaras penggunaan komputer
Mengadakan kursus dalam berkaitan dengan penggunaan komputer
Berusaha mewujudkan Kelab Komputer Sekolah.
Melakukan kerja rawat pulih komputer.
JAWATANKUASA KHAS
PEMBANGUNAN DAN PERABUT / KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
Bidang Tugas
Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan penggunaan kerusi,meja,almari dan sebagainya.
Menerima,mengagih dan menyimpan peralatan sekolah yang baru serta menghapus kira peralatan yang lama mengikut prosedur.
Menyediakan bengkel baik pulih peralatan sekolah dan mengaktifkannya.
Menjaga stok dan inventori.
Menyedia tempat berehat,sudut bacaan,bilik rawatan,tempat basikal bilik air dll.
KELAB GURU DAN STAF SOKONGAN
JAWATAN KUASA PEMBANGUNAN STAF
Bidang Tugas
Melaksanakan kursus-kursus dalaman kepada guru-guru dan staf sokongan.
Bekerjasama dengan badan-badan luar bagi pembangunan kendiri guru dan kakitangan.
Membuat anggaran belanjawan bagi pembangunan staf.
No comments:
Post a Comment