1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah
satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu
bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman
tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada
dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia
adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020
serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan
perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat
menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di
Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi
jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan
etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan
berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang
pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan
datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan
memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah
kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009
adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun
2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan
tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53.
Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera"
dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.
Tahun
|
Tema
|
2009
|
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
|
2010
|
Menjana Transformasi
|
2011
|
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera
|
Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu
dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara
iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat
cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment